.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...MAHASISWA bukan PELAJAR SEKOLAH...

Apabila seseorang melangkah ke menara gading atau universiti, paradigmanya tentang dirinya juga seharusnya berubah. Dia bukan lagi seorang pelajar sekolah yang terpaksa mengenakan uniform dari 7 pagi hingga 1 petang. Hadir ke kelas bersama buku teks, menerima nota dari guru dan kembali dengan sebumbung kerja rumah. Tidak! Mahasiswa bukan pelajar sekolah!

Apabila telah bergelar mahasiswa, kita bukan lagi disuap dengan ilmu, diminta menghafal fakta dan dipimpin dalam setiap perkara. Seorang mahasiswa mencari ilmu, memahami dan menganalisa fakta dan yang paling nyata memimpin orang lain. Malah, menurut Prof Ir. Dr. Wan Hamidon dan Norngainy dalam tulisannya, ‘Mahasiswa Bertaraf Dunia’, seorang mahasiswa yang bertaraf dunia mempunyai kematangan dalam berfikir, berani, bersemangat kental, kreatif, kritis dan menguasai kemahiran-kemahiran insaniah atau softskills.

Sifat-sifat yang diutarakan di atas bersesuaian dengan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Rasulullah s.a.w. dalam kerangka menyebarkan dakwah dan merubah masyarakat Arab Jahiliyyah juga bergantung kepada kekuatan semangat dan keazaman golongan muda seperti Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah. Merekalah ‘tulang sulbah’ baginda. Bahkan sepanjang lipatan sejarah, golongan mahasiswa telah menjadi nadi dalam reformasi sosial.

Sebagai contoh, di Indonesia, suara keramat mahasiswa pada Mei 1998 telah memaksa Presiden Soeharto untuk berundur dari jawatannya setelah 31 tahun memerintah dengan rakus. Di China, anak muda bernama Mao Tze Tung menjadi peledak kepada kebangkitan komunis sejak tahun 1919 hingga tertegaknya negara komunis pada 1949. Jelas bahawa mahasiswa menjadi gelombang yang boleh merubah lanskap politik dunia.


Tiga Ciri Utama Mahasiswa


Walaupun tiada satu kriteria yang jelas bagi menentukan ciri-ciri seorang mahasiswa, namun secara umumnya mahasiswa perlu mempunyai ciri idealisme, intelektualisme dan aktivisme. Ketiga-tiga ciri tersebut dapat dilihat dalam gerakan mahasiswa sejak tahun 1960-an hingga abad ke-21 ini.

Definisi dari segi bahasa menunjukkan bahawa idealisme merupakan suatu sifat menghasratkan sesuatu yang ideal. Ideal bererti sempurna atau unggul. Maka, tidak hairan jika dikatakan bahawa mahasiswa sering mengkritik kerana worldview mereka diselubungi gagasan yang ideal. Oleh itu, ia perlu dipandu dengan kebijaksanaan menganalisis fakta dan auta.

Idealisme mahasiswa merupakan perjuangan ke arah sesuatu yang lebih baik, berasaskan ilmu dan ketulusan hati. Ia berbangkit dari kesedaran dan bersifat dinamik bersesuaian dengan suasana semasa. Idealisme yang mampu bertahan dari cuaca zaman sudah tentu berbangkit dari misi dan misi yang jelas terhadap tujuan penciptaan manusia di bumi oleh Allah s.w.t.

Intelektualisme pula menurut Kamus Dewan adalah ‘pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya berfikir’, manakala seorang intelektual didefinisikan oleh kamus tersebut sebagai golongan terpelajar, cerdik pandai atau cendekiawan. Justeru, apabila mahasiswa dikatakan memiliki ciri intelektualisme, syarat pelengkapnya adalah sikap cintakan ilmu dan keghairahan berfikir.

Keutamaan orang yang berilmu pengetahuan telah termaktub dalam ayat ke-11 surah al-Mujadalah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

Kegagalan menguasai ilmu pengetahuan menyebabkan kelesuan daya berfikir dan kegagalan dalam memahami realiti semasa. Oleh itu, Islam telah lama menitik beratkan kepentingan ilmu apabila ayat pertama yang diwahyukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh manusia agar membaca (iqra’).

Sebagai tambahan, menurut Profesor Edward Said dalam buku ‘Representations of The Intellectuals’, seorang intelektual berperanan menyampaikan pandangan secara bebas tanpa dipengaruhi atau terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Ini bersesuaian dengan tugas manusia sebagai khalifah yang wajib menyebarkan kebenaran tanpa ‘fear of favour’.

Ciri ketiga seorang mahasiswa adalah aktivisme. Ciri terakhir ini merupakan suatu kuasa atau ‘force’ yang menggerakkan suatu perubahan sama ada sosial, politik, budaya dan sebagainya. Aktivisme berkait rapat dengan idealisme dan intelektualisme iaitu kedua-duanya menjadi pemangkin kepada aktivisme. Apabila mahasiswa tahu apa yang diperjuangkan dan mahu mengaplikasikan pengetahuan yang diyakininya, maka ia mampu menggerakkan perubahan.

Mungkin ungkapan terbaik yang dapat menjelaskan aktivisme boleh diambil dari kata-kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku Aziz. Katanya, ”Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar. Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak berjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.”

Inilah ciri-ciri seorang mahasiswa yang jelas membezakannya dari pelajar-pelajar sekolah. Persoalannya, adakah universiti telah melahirkan mahasiswa yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan di atas dan sejauh manakah warga universiti telah berusaha untuk memenuhi ciri-ciri tersebut?


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan penerima Anugerah Emas Terbaik Keseluruhan, Muhammad Solehuddin Abdul Rani (empat dari kiri) pada majlis Konvokesyen Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di PICC, Putrajaya, semalam. Turut sama (dari kiri) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin dan Rektor Institut Pendidikan Guru, Datuk Dr. Haili Dolhan. - Bernama

iman's note : sedarkah bakal-bakal guru keluaran IPG bahawa mereka juga MAHASISWA? bukan lagi PELAJAR SEKOLAH. Adakah dengan digelar pelajar guru membuatkan mereka tidak merasai gelaran siswa yang rancak digelar buat individu-individu keluaran universiti?ataupun ada apa pada gelaran?

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails