.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...PEMIMPIN TAQWA @ ketawa?...

Lihatlah sejarah pemimpin yang bertaqwa.

Rasulullah SAW ketika Siti Fatimah minta seorang rampasan perang untuk di-jadikan khadam pembantu rumah, ditolaknya permintaan itu. Sebagai ganti, dimintanya Siti Fatimah berzikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali sebelum tidur. Sehingga jadilah Siti Fatimah semiskin-miskin manusia tetapi dia tetap sabar. Akhirnya dia layak menjadi penghulu wanita di Syurga.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah ditanya oleh Sayidina Umar Al Khattab, kenapa dia selalu disebut-sebut oleh Rasulullah dan kenapa dia sangat kuat menanggung ujian. Sayidina Abu Bakar menjawab;
Lazimnya dalam dunia ini ada dua jenis manusia. Satu yang berjuang untuk dunia. Satu lagi yang berjuang untuk Akhirat. Tetapi aku berjuang bukan untuk dunia dan bukan untuk Akhirat. Aku berjuang dan aku berbuat apa pun hanya untuk Allah semata-mata. Aku makan tidak pernah kenyang. Aku kenyang dengan kelazatan bersama Tuhan. Aku minum tidak pernah hilang dahaga kerana aku mabuk cinta dengan Tuhan. Kalau bertemu dalam satu masa dua kerja, satu kerja ber-bentuk duniawi dan satu lagi kerja berbentuk Akhirat, aku dahulukan kerja Akhirat. Sayidina Abu Bakar As Siddiq sangat fakir (menyerah) kepada Tuhan. Dia hanya berserah kepada Tuhan dan tidak menagih bantuan dan simpati dari manusia. Bila dia habis korbankan hartanya untuk jihad fisabilillah dan ditanya oleh Rasulullah apa lagi yang ada padanya, dia menjawab, “Allah dan Rasul.”

Sayidina Umar menampal dinding rumahnya sendiri. Pakaiannya bertampung dan kasutnya dijahit untuk dipakai lagi, sedangkan kunci perbendaharaan negara berada dalam tangannya. Bila diketahui ada janda dan anak yatim kelaparan, segera ditanggung seguni gandum untuk dihantar ke rumah mereka itu. Khadamnya meminta untuk menanggung guni tersebut tetapi tidak dibenarkan oleh Umar seraya berkata: “Bukan engkau yang akan menanggung dosaku di Akhirat nanti.”

Ketika seekor kambing rakyatnya mati. Sayidina Umar menangis kerana merasakan kematian itu berpunca dari kesalahannya. Begitulah taqwanya. Begitulah sensitifnya dia dengan dosa. Sebab itu terkeluar dari mulutnya kata-kata yang ajaib ini: “Sekiranya nanti (di Akhirat), di umumkan semua orang masuk Syurga kecuali seorang, maka aku rasa yang seorang itu adalah aku.”

Alangkah takutnya Sayidina Umar dengan dosa-dosanya. Dirasakan dirinya penuh dengan dosa. Kesilapannya dengan rakyat akan membuatkan dia menangis hingga berbekas aliran air mata pada pipinya. Dia rasa dia tidak selamat walaupun sudah diisytiharkan oleh Rasulullah yang dia termasuk sepuluh orang yang dijamin Syurga. Sebab bagi Sayidina Umar, itu soal Allah hendak bagi dia Syurga sedangkan tidak ada jaminan yang dia tidak berdosa. Kalau begitu, layakkah dia ke Syurga dengan calar-calar dosa yang berbekas pada dirinya. Itulah yang Sayidina Umar tangiskan.

Sayidina Ali k.w. waktu pemerintahannya, setiap pagi janda-janda dan fakir miskin selalu dapat makanan di pintu rumah mereka. Tetapi mereka tidak tahu siapa yang meletakkan rezeki itu di situ. Tidak terfikirlah oleh mereka yang Sayidina Ali yang memberinya kerana dia pun terkenal dengan kemiskinannya. Hingga bila Sayidina Ali wafat, bekalan-bekalan itu terhenti. Maka fahamlah rakyatnya bahawa Sayidina Alilah yang berjalan di waktu malam dari pintu ke pintu rumah fakir miskin, anak yatim dan janda-janda untuk menghantar makanan. Sejak itu terkenal Sayidina Ali dengan panggilan Bapa Fakir Miskin dan Janda.

Sayidina Umar Abdul Aziz, sebaik sahaja diangkat menjadi khalifah, terus mewakafkan semua hartanya untuk negara. Begitulah pemimpin yang bertaqwa. Takut mereka pada dosa membuatkan mereka menyeksa diri untuk rakyatnya. Harta rakyat tidak disentuhnya takut kalau-kalau itu akan jadi sentuhan api Neraka. Jadi, pada mereka, pemimpin adalah seolaholah sebagai kuda tunggangan yang sentiasa berlari ke sana dan ke sini untuk menunaikan kehendak orang ramai. Dan kuda itu sentiasa takut dimarahi oleh Tuannya kalau-kalau kerjanya tidak diselesaikan.

-----------------------------------


Orang bertaqwa itu dalam keadaan hati mereka rindu dan takut kepada Allah, mereka bertaburan di tengah-tengah manusia di seluruh dunia untuk mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam. Dari undang-undang taghut kepada kalimah Allah. Dari kekotoran najis dosa kepada kemurnian hati yang bertaqwa. Dari peperangan dan penzaliman kepada keamanan, keadilan dan kemakmuran supaya manusia semua mahu sujud kepada Allah, Tuhan yang menciptakannya dan yang akan mematikannya.

Orang bertaqwa itu pada waktu malam yang sunyi sepi, mereka menyembah, memuja dan memuji ALLAH. Mereka mengadu, merintih dan meminta ampun dari ALLAH. Mereka memohon petunjuk, pimpinan dan bantuan ALLAH. Pada siangnya pula mereka berbakti kepada sesama manusia dan berbuat sebanyak-banyak kebajikan dan amalan taqwa.

Bagi orang yang bertaqwa, hiburannya adalah iman, ibadah, zikrullah atau apa sahaja pekerjaan yang akan membawa kepada keredhaan dan kasih sayang Allah. Hatinya tenang dan tenteram. Jiwanya sentiasa hidup dan segar. Zikrullah itu luas pengertiannya. Ia bukan setakat menyebut puji-pujian, istighfar, selawat, takbir, tasbih dan tahmid di lidah. Zikrullah adalah kerja-kerja hati iaitu mengenal ALLAH dengan hati, rasa bertuhan, rasa cinta dan takut ALLAH, rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat, syukur, sabar, redha dan sebagainya.

Orang bertaqwa itu, jiwanya hidup. Dia terlalu sensitif dengan Tuhan. Tidak berdosa, dia rasa berdosa. Tidak buat salah, dia rasa bersalah. Dia merasakan bahawa dirinyalah yang paling jahat, berdosa, hina, tidak berguna, rasa serba-serbi dhaif, lemah, lalai dan leka di sisi Allah. Justeru itu, dia tidak putus-putus meminta ampun dan bertaubat dengan Tuhan.

Orang bertaqwa itu, kalau dia pemimpin dan berkuasa, dia tidak rasa bahawa kuasa itu adalah kekuasaan dirinya tetapi kekuasaan Allah. Orang bertaqwa, semakin tinggi taqwanya, semakin dia rasa berdosa. Walaupun dia kaya, dia merasa tidak punya apa-apa. Orang bertaqwa merasakan dirinya hamba walaupun dia berpangkat besar. Kalau dia dihina, dia mudah menerimanya kerana hakikatnya dia memang hina. Yang mulia itu Allah.

Orang bertaqwa, walau bagaimana pun hebatnya, dia tenggelam dalam kehebatan Allah. Dialah orang yang paling bebas kerana dia paling kuat terikat dengan Allah. Orang bertaqwa tidak takut dengan makhluk bahkan makhluk takut kepadanya. Orang bertaqwa paling cemas dengan Allah hingga dia tidak cemas dengan malapetaka dunia. Kalau dia mulia, dia akan rasa kemuliaan itu kemuliaan Allah yang dipinjamkan kepadanya.

iman's note : Ya, ALLAH, tatkala ini betapa rasa tidak bergunanya hambaMu yang fakir ini dalam menempuhi liku-liku hidup di bumiMu. Tiada apa yang hambaMu ini sumbangkan jika dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya dijalanMu. Pimpinlah hambaMu ini untuk sama-sama melangkah seperti kekasihMu. Walaupun tidak dapat seiring dengannya biarlah hambaMu ini masih sejalan dengan laluan Baginda. “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar.” (Al Hujurat: 15)

**imannurbalqis**

One Response so far.

  1. matadore says:

    Kool sungguh dapat jadi orang yang bertaqwa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails