.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...belakang pentas FPI...

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca blog ana. Alhamdulillah, untuk pertama dan selamanya kerana masih diberi hidayah iman dan islam di dalam diri kita semua. Bersyukur juga ana keran diberi ruang dan peluang untuk mencoret dalam laman sesawang ini dengan apa yang ana rasa pada hari ini. Dengan kesibukkan dunia yang tidak pernah selesai, banyak perkara yang ana rasa sangat rugi kerana tidak dapat dikongsikan dalam laman sesawang ini. Biarpun, ana tidak tahu siapa pembacanya atau adakah coretan yang tidak seberapa ini dibaca oleh orang lain, ana suka untuk berkongsi di sini. Ana harapkan ini merupakan salah satu cara untuk ana berkongsi dan melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Seronok juga jika laman sesawang ini menjadi saham pahala untuk ana di akhirat kelak. InsyaALLAH, doakan semoga apa yang disampaikan tidak menjadi fitnah dan bermakna buat semua pembaca.
~pengisian yang mantap~

Alhamdulillah, dapat juga ana menghadiri Persembahan Nasyid "NOWSEEHEART" dan Majlis Penutupan Rasmi Festival Penghayatan Islam(FPI) yang telah dijalankan selama seminggu di kampus ana. Walaupun tidak semua program yang diatur dapat ana sertai tetapi majlis penutupan ini memberikan gambaran keseluruhan program yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (Biro Agama dan Dakwah) dan JK Balai Islam Saidatina Aisyah dibawah naungan JHEP dan JAPIM, IPG KPM. Tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana dan individu-individu yang terlibat dalam menjayakan FPI. Moga ini merupakan salah satu wadah dalam memberikan kefahaman ISLAM yang sebenar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Bait-bait firman yang sentiasa menjadi pilihan di bibir-bibir kita tatkala lunak membicarakan soal tanggungjawa iaitu "Andai kamu tidak mampu berdakwah dengan lisan (bercakap), maka berdakwahlah dengan tulisan, andai kamu tidak mampu juga maka berdakwah lah dengan perbuatan (akhlaq). Jangan sampai kerana diri kamu, orang lain memburukkan Islam."

Dengan tema "ISLAM : Dekat Di Hati", satu transisi perubahan yang perlu dilakukan oleh seluruh warga IPG KPM dalam menjalani kehidupan seharian. Suka ana memetik ucapan pengarah IPG KPM yang dibacakan oleh wakil pengarah iaitu Ketua Jabatan Pra Sekolah : Puan Norlian bt Ishak. Kualiti sesuatu program tidak terletak pada gahnya program tersebut dijalankan bahkan kuantiti peserta program juga tidak menjadi kayu ukur yang tepat dalam menentukan kualiti sesuatu program. Sebaliknya, impak selepas program ini dijalankan pada setiap peserta yang menjadi sasaran adalah kayu ukur sebenar program ini berkualiti dan berjaya. Jika dilihat kembali FPI bukan satu program biasa-biasa yang perlu diadakan untuk memastikan program yang dijadualkan dalam takwim berjalan seperti dirancang. Bahkan ini merupakan medan terbaik dalam menyampaikan apa yang diseru dalam firman ALLAH : “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”(Surah Ali Imran : ayat 104)Diharapkan program-program berkonsep Islam dari intelektual, ilmu, dakwah, hiburan dan kesukanan dapat diperbanyakkan di bumi Mualimah Melaka ini.

Dengan pengisian Introspeksi Diri : "Aku Seorang Guru", Aktiviti Siswa Sihat : Aerobik, Malam Kesenian Islam : Nasyid, Berzanji dan Marhaban, Siswa Sihat : Jom Jalan-Jalan Cari Hikmah, Malam Persona Anggun : Busana Muslimah, Bacaan Yaasin dan Persembahan Nasyid Nowseeheart punya kekuatan tersendiri. Setiap pengisian yang dijalankan ada objektif yang ingin dicapai dan disampaikan. Cuma terpulang pada cara kita ambil dari sudut ilmiah atau tidak. Amat rugi sekiranya tiada satu pun mutiara ibrah yang dapat diambil dalam FPI ini. Hal ini kerana, kita merupakan bakal pendidik seharusnya kita perlu mendidik diri kita dahulu. Siapa kita sekiranya kita antara hati mati yang ingin menghidupkan hati-hati yang telah mati. Jika kita merupakan JK Penggerak program pastikan kita mampu untuk mendidik diri kita dalam memberi dan menerima pandangan orang lain. Jika kita ketua kepada program pastikan kita mampu mendidik diri kita tidak beremosi dalam memberi arahan. Jika kita ahli biro yang menjalankan tugas pastikan kita mampu mendidik diri kita untuk amanah dalam tugas yang telah ditaklifkan. Jika kita merupakan kumpulan sasaran kepada program yang dijalankan pastikan kita mampu mendidik diri kita untuk belajar memberi sokongan. Jika kita merupakan orang sampingan kepada program yang dijalankan pastikan kita mendidik diri kita untuk belajar menghormati setiap usaha yang telah dijalankan oleh orang lain. InsyaALLAH, damai kehidupan kita tanpa ada keluh-kesah dan berat hati. Bak kata orang, belajar untuk banyak memberi.
~di sebalik belakang pentas FPI~

Bila ana keluar dari Dewan Srikandi(DSK) selepas tamat majlis, ana nekad nak menulis di laman sesawang ini apa yang ana perolehi dalam majlis ini. Sepanjang majlis, ana berada di tengah DSK sebagai penonton. Ana lebih banyak melihat dan menilai di sebalik belakang pentas FPI iaitu program sepanjang 4tahun setengah yang lalu. Adakah program-program sebelum ini memberi impak pada orang lain? Bagaimana agaknya penerima peserta terhadap program yang dijalankan? Bukan untuk ana pertikaikan apa yang telah berlaku tapi sebenarnya medan FPI merupakan medan muhasabah terbaik buat diri ana setelah bergelar mantan. Disini tempat segalanya bermula dan ana belajar banyak perkara. Dan Alhamdulillah, ada lima perkara yang dapat ana simpulkan selama 4tahun setengah yang lalu dalam melaksanakan program. Antara yang dapat ana kongsikan ialah :
1)Satu hati. Pastikan tujuannya nyata dan sama dalam organisasi. Setiap JK Pelaksana perlu mengetahui tujuan sebenar dan bersama-sama untuk mencapai matlamat yang telah digaris.

2)Kerja kita. Sentiasa saling membantu antara satu organisasi. Mudah untuk menawarkan diri sekiranya ada keperluan untuk dipenuhi dalam unit lain. Sentiasa faham dan memahami. Rasional dalam setiap perkara yang berlaku.

3)Belajar dan terus belajar. Bersedia untuk menerima teguran walaupun caranya pahit kerana ia berguna buat kita untuk hidup yang lebih manis. Pintu untuk kita belajar ada di mana-mana. Kita yang perlu membukanya untuk melangkah.

4)Optimis. Pandanglah dengan pandangan positif agar tiada tekanan pada diri walaupun berada dalam keadaan yang genting. Keputusan yang dibuat perlulah bersandarkan akal bukan bertulangkan emosi.

5)Tawakkal kepada ALLAH. Doa agar segalanya dipermudahkan setelah berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya. Istiqomah dalam menjana kekuatan fizikal dan rohani. Kepada ALLAH kita berserah agar segala apa yang dijalankan dirahmati dan diberkati.

Deduksinya, dalam melaksanakan sesuatu program pasti ada mehnah dan tribulasinya. Waima program tersebut hanya melibat sebilangan kecil individu lain. Hal ini kerana, kita berkerja dengan ramai pihak yang bergelar manusia. Analoginya mudah. Lima batang pokok tumbuh di atas tanah yang sama. Pokok cili menghasilkan buah yang pedas, pokok durian menghasilkan buah yang lemak manis, manakala buluh menghasilkan batang yang miang, jering mengeluarkan buah yang kelat dan pokok kelapa menghasilkan buah yang luar biasa kegunaannya. Setiap dari kita punya kelebihan yang berbeza. Gunakanlah ia untuk melengkapkan kekurangan orang lain. Malahan, kita juga punya peranan yang berbeza-beza dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Percayalah, kita sudah membuka jalan untuk orang lain melangkah. Lantaran itu, di situ juga terbuka pintu untuk kita belajar melangkah ke hadapan. Melangkahlah dengan yakin kerana apa yang belum kita lihat merupakan jalan untuk kita lebih berjaya.

~Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang melangkah biar sampai ke garisan penamat.
Alang-alang mula biar selesai.~

iman's note : Teringat lagi waktu sibuk program datang bertimpa-timpa untuk diselesaikan. Pahitnya waktu itu rasa manis kini. Sewaktu itu buat ana kenal kawan, sokongan, dorongan, penyokong dan penguat. Alhamdulillah, nikmat ukhuwahnya sampai kini terasa. Tiba-tiba rasa rindu dengan perkataan rasional.

**imannurbalqis**

5 Responses so far.

  1. very like dis..=D
    ..
    ..
    ..
    dah lama x datang cni..
    rindu plak tetiber,,..=)

  2. aminaazza says:

    Yang baru membuat transformasi, yang lama dijadikan panduan untuk menjayakan transformasi tersebut.

  3. murabbi says:

    alhadulillah..
    moga sdikit sbnyk trkesan d hati..
    "bukan kuantiti tp kualiti yg dibicara"

  4. to lukisan alam : xpe, kak ina faham bada sibuk~

    to aminaazza : alhamdulillah~(^_^)b

    to murabbi : syukran atas kesudian membaca post yang tidak seberapa

  5. huhuhu
    ...
    ..
    ..
    sibuk sebab xpandai mnguruskan masa...
    huhuhu..
    slalu tbuang dgn bnda x berpekdah...huhu..=/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails