.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...nota si penulis AR : 7.0...

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca entry ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya masih lagi diberi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup kita iaitu nikmat Islam dan Iman, insya'Allah. Semoga setiap hati orang-orang mukmin itu ditautkan dengan hikmah berlapang dada, insya'Allah.

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang oleh ALLAH s.w.t untuk merasai nikmat akhir Ramadhan pada tahun ini. Bersyukur juga ana kerana diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di laman ini. Walaupun hakikatnya, keluaran entri pada bulan ini agak merosot. Maaf, ana ucapkan pada sahabat-sahabat dan adik-adik yang bertanya tentang penglibatan ana dalam dunia blogger ini. Biasalah, sewaktu mempunyai idea untuk mencatatkan sesuatu, kerja lain yang menuntut diri ini untuk diberikan perhatian. Dalam bulan ini banyak perkara yang dilalui dan berlaku tanpa dirancang. Dengan internship, kerja kursus pendek, lawatan dan projek serta laporan kajian tindakan benar-benar menghantui ana.(^_^)Sampai satu tahap, jadi 'blank' nak buat ayat. Rasa dah kehabisan perkataan. Macam-macamlah yang berlaku pada diri ana sepanjang bulan Ramadhan ini. Tak tercerita tapi tak mengapa kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ketahuilah yang setiap saat kita diuji. Namun, antara kita sedar atau tidak yang sebenarnya kita sedang diuji.


Untuk entry kali ini suka ana berkongsi tentang Ramadhan. Kalau nak cerita bab bazar Ramadhan, orang memang selalu pergi. Kalau nak bagitahu bab fadilat sunnah-sunnah sepanjang Ramadhan, orang memang dah amalkan. Kalau nak kongsi bab malam Lailatulqadar, ana pun masih lagi dalam pencarian. Perkara yang menarik untuk ana bincangkan bersama-sama pembaca terutamanya yang bergelar wanita ataupun muslimah pada entri kali ini iaitu 11 kesilapan muslimat pada bulan Ramadhan. Tajuk ini ana terbaca dalam majalah Fardhu Ain yang adik ana beli. Ana rasa berkeperluan untuk ana berkongsi dengan pembaca sekalian.

Syukur kita kepada ALLAH s.w.t yang menganugerahkan sebuah bulan istimewa kepada umat Muhammad. Ramadhan ibarat pesta ibadah yang sentiasa dinantikan oleh setiap orang beriman. Sayangnya, dalam kerinduan menanti Ramadhan, elemen ibadah dana dat saling bercampur aduk. Dalam keghairahan saling berlumba mengerjakan ibadah, masih ada yang hanyut dengan adat dan kebiasaan. Berikut merupakan sebelas kesilapan yang biasa dilakukan oleh muslimat ketika Ramadhan :

1) TIDAK SEGERA MENGGANTIKAN PUASA
Muslimah menggambil mudah urusan mengqada puasa yang ditinggalkan sehingga sampai ke bulan Ramadhan tahun berikutnya. Sepatutnya, musliah segera menggantikan puasa yang ditinggalkan sebaik-baiknya selepas Hari Raya iaitu 2 Syawal lagi.

2) ENGGAN MEMBAYAR FIDYAH
Setiap hari puasa yang ditinggalkan wajib diganti sebelum masuk bulan Ramdhan tahun berikutnya. Bagi mereka yang gagal mengerjakannya. fidyah wajib dibayar kepada fakir miskin mengikut jumlah hari yang ditinggalkan. Malangnya, sebahagian Muslimah lebih menitik beratkan perbelanjaan sempena hari raya sehingga lupa melunaskan fidyah yang menjad hak milik orang miskin. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 184.

3) GAGAL MEMANFAATKAN BULAN REJAB DAN SYAABAN
Puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban sangat dianjurkan kerana ia berfungsi sebagai elemen warm up, iatu tempoh latiha sebelum menghadapai puasa fardhu pada bulan Ramadhan. Malagnya, berbanding saling berlumba mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan Ramdhan yang membawa pelbagai kelebihan untuk direbut, sebahagian daripada kita lebih mengutamakan urusan tempahan baju raya, persiapan hiasan rumah ataupun penyediaan kuih raya. Akhirnya Rejab dan Syaaban berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sewajarnya.

4) BERPUASA TAPI TIDAK SOLAT
Fenomena aneh ini dapat dilihat dalam segelintir masyarakat yang sangat rajin dan taat berpuasa tapi culas dalam soal mengerjakaan solat fardhu. Ini selari dengan apa yang diperkatakan dalam surah Maryam ayat 59.

5) MENGHABISKAN WAKTU DENGAN AKTIVITI YANG MELALAIKAN
Mungkin kerana mahu mengelak daripada berasa lapar atau bosan, ramai yang menghabiskan waktu siang mereka dengan menonton televisyen, video, mendengar lagu, bermain permainan komputer atau melayari internet dengan laman-laman yang melalaikan. AKtiviti seperti ini membuka ruang untuk seseorang itu melakukan dosa melalui penglihatan, pendnegaran dan penrcakapan. Rasullah s.a.w meningatkan bahawa keadaan ini boleh menghilangkan pahala puasa malah menambah dosa.

6) MENJADIKAN RAMADHAN SEBAGAI PESTA MAKANAN
Sungguh aneh bulan Ramadhan merupakan bulan berpuasa tetapi gerai-gerai makanan bertambah daripada hari-hari biasa. Kalau begitu keadaannya, bagaimana puasa yang sepatutnya menjadi terapi bagi merawat tubuh yang kepenatan akibat proses makan minum sepanjang tahun dapat berfungsi?

7) MENOLAK AJAKAN SUAMI
Terdapat juga isteri yang tidak selesa melayan permintaan suami untuk bersama pada malam Ramadhan sama ada kerana keletihan atau bimbang ia menjejaskan ibadahnya pada bulan Ramadhan. Dalam hal ini ALLAH s.w.t menegaskannya dalam surah Al-Baqarah ayat 87.

8) TIDAK BERPUASA KERANA MASIH BERJUNUB KETIKA MASUK WAKTU SUBUH
Sebahagian Muslimah beranggapan apabila mereka bersetubuh pada malam Ramadhan dan tidak sempat mandi wajib ketika masuk waktu subuh, maka puasa mereka tidak sah. Ini adalah suatu kekeliruan, mereka yang berjunub juga perlu berpuasa dan mandi wajib boleh dilakukan sepelas masuk waktu Subuh. Ummu Salamah menceritakan, Nab Muhammad s.a.w pernah berjunub pada malamnya dan dia mandi dan berpuasa pada keesokan hari. Cuma dalam hal ini, tidak wajarlah mereka yang berjunub itu melewatkan mandi kerana ia bererti mereka melewatkan solat Subuh.

9)BERHIAS KETIKA KE MASJID MENGERJAAN SOLAT TERAWIH
Sudah menjadi trend bagi sebahagian wanita memakai wangian yang kuat, bersolek dan memakai pakaian yang menarik apabila mahu mengerjakan solat Terawih di surau atau masjid. Sudah tentu perkara-perkara sunat itu dilakukan kerana mengharapkan pahala tambahan. Tetapi ada yang kurang berhati-hati dalam soal ini dan tidak sedar bahawa solekan dan pakaian mereka itu boleh mengakibatkan dosa berganda pula. Rasullah s.a.w pernah memberi ingatan kepada wanita seperti ini, "Sesiapa yang memakai wangian, jangan bersolat Isyak bersama kami."

10)MENJADIKAN MASJID PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK
Kegigihan ibu bapa menerapkan kecintaan anak-anak kepada masjid ada solat memang patt dipuji. Namun perbuatan membawa anak-anak kecil ke masjid tanpa pengawasan menimbulkan masalah kepada jemaah lain. Anak-anak yang tidak diawasi akan mengangu ketenteraman jemaah yang sedang bersolat apabila merak menjerit-jerit, menangis atau bergaduh bersam rakan-rakan mereka, malah ada yang berlari-lari di hadapan barisan para jemaah. Dalam keadaan seperti ini, lebih baik anak-anak diajar untuk solat di rumah sahaja. Sekiranya mahu membawa anak-anak, bawa yang sudah mampu berdikari dan tidak memerlukan pengawasan yang rapi.

11) SIBUK MENYEDIAKAN PERSIAPAN HARI RAYA SEHINGGA MENINGGALKAN IBADAH
Walaupun begitu bersemangat meningkat ibadah masing-masing pada awal bulan Ramadhan tetapi apabila sudah memasuki pertengahan dan hujung Ramadhan, kebanyakan Muslimah sudah mengurangkan aktiviti ibadah mereka. Keghairahan menyambut hari lebaran menyebabkan kita mula sibuk dengan persiapan yang menjadi adat kebiasaan.


Inilah antara fenomena-fenomena yang sering berulang kepada golongan Muslimah tatkala Ramadhan menjelma. Entri ini bukan untuk mencari salah dan kekurangan insan bernama wanita. Namun, sudah tiba masanya muslimah memiliki kekuatan mencarik adat kebiasaan yang melanggar syarak dan menjejaskan kualiti Ramadhan itu sendiri. Ini kerana saya juga seorang yang memegang gelaran wanita. Sama-sama kita muhasabah dan saling mengingatkan dalam kebaikan.

iman's note : takziah diucapkan kepada guru pelatih IPGKPM, Iffah Afeefah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang ke kampung. Bersama-sama kita doakan kesejahteran, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan beliau dalam masa untuk pulih sedia kala.

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails