❤❤❤❤❤¸¸ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤❤❤❤❤
Sudah 23 tahun bergelar seorang anak kepada seorang ayah. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun bergelar kakak kepada 4 orang adik. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun bergelar hamba kepada Penciptaku. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai kesegaran oksigen kurniaan ILLAHI. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai keindahan hijau warna pokok dengan kicauan merdu burung. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai kebiruan latar langit yang dihiasi gumpalan awan. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai indahnya kerdipan bintang di malam hari. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai cantiknya purnama menghias gelapnya langit. Alhmdulillah.
Sudah 23 tahun berjalan memimpin diri di hamparan tanah yang menyuburkan. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun menggunakan segala pancaindera yang dianugerahi ALLAH tanpa bayaran. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun mengenali makna persahabatan dalam mengikat ukhuwwah islamiyyah. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun belajar mencari dan mengenal personaliti diri. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH dengan penuh warna-warni. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai cinta ALLAH kepada hambanya. Alhamdulillah.
Alhamdulillah ya ALLAH, Alhamdulillah ya Rahman, Alhamdulillah ya Rahim.
Sebagaimana firman ALLAH s.w.t : “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (QS Luqman : 12).
Buat diri yang serba dhaif dan kekurangan, belajarlah untuk menjadi serikandi yang tidak gentar dengan dugaan dan cabaran. Bangkitlah dengan ketabahan yang jitu dalam meraih sejuta kecemerlangan. Jadilah mujahidah, mujahidah solehah. Rendahkanlah dirimu seperti mutiara di lautan, tinggikanlah cita-citamu setinggi bintang di langit bergemerlapan. Dunia tempat untuk mu menyemai, akhirat menjadi tempat untuk mu menuai. Jadikanlah dunia sebagai tunggangan untuk mu menuju akhirat. Beribadatlah seolah-olah dirimu akan mati esok hari kerana perjalanan menuju kematian bermula sebaik sahaja diri mu dilahirkan. Sanah helwah, ya Zarina.
**imannurbalqis**