.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...nota si penulis AR : 8.0...

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh dan salam sejahtera ke atas semua umat manusia yang masih bernyawa. Syukur, alhamdulillah atas segala nikmat yang kita kecapi selama mana hidup di bumi citaan Ilahi ini. Atas limpah dan rahmat dari-Nya, ana masih bisa menaip lagi di laman sesawang ini.

Alhamdulillah, malam ini merupakan malam aidilfitri. Dentuman mercun dan cahaya pelita mewarnai suasana di kampung. Petang tadi, dah siap masak lemang, ketupat, rendang dan lontong di rumah mak cik. Usai sudah berbuka, majlis tahlil, takbir dan kesyukuran di rumah mak cik, pulang ke rumah dengan adik-adik. Sama seperti 5 tahun yang lalu, hanya berlima tatkala malam raya menyiapkan persediaan untuk esok walaupun tahu yang datang hanya saudara-saudara terdekat dan kanak-kanak yang teruja dengan hari raya. Namun, masih cuba untuk berkongsi rasa kemeriahannya bersama dengan adik-adik. Tiada seorang yang berani membuka mulut untuk menyatakan kerinduaan kepada arwah mak dan ketiadaan ayah di rumah waktu malam raya. Bersyukur kerana masih punya mereka yang memahami dan banyak memberi sokongan. Terngiang-ngiang lagi pesanan adik ana yang kedua, malam raya ini kena banyakkan solat sunat dan bertakbir. Allahuakbar~



Dalam menyambut kedatangan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut panduan yang digariskan oleh agama Islam, iaitu sunat melaungkan takbir sebaik tibanya Syawal serta menghidupkan malam raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan sembahyang sunat. Selain disunatkan mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri, memakai bau-bauan harum, memotong kuku, memakai pakaian elok, kita disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud :-

"Sesungguhnyabyang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah solat sunat." HR Al-Bukhari.

Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari raya ada adab serta garis panduan yang mempimpin kita supaya tidak terpesong daripada tujuan sebenar sambutan ini diadakan iaitu sebagai menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH.

Malam raya yang cukup indah dan mengusik jiwa. Dalam liuk lentuk api pelita, di situ ada hati sedang merintih dengan alunan ana abdullahi walan yudhi’ani."aku hamba Allah dan Dia tidak akan mengecewakanku." Biar yang lain tidak tahu kerana ana tahu ada yang mengambil tahu. Allahuakbar~

iman's note : speechless (T_T)

**imannurbalqis**

3 Responses so far.

  1. salam aidil fitri, moga dirahmati ALlah =)

  2. i'm also speechless. eid mubarak

  3. Fakir says:

    eid mubarak ukhti fillah..

    ukhtukum fillah,
    Raudhah~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails