.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...nota si penulis AR : 12.0...

Salamu'alaik semua. Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar La haula wala quwataillabillah hil 'aliyyil 'azim. Semoga semua sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah, sudah tamat seminar pembentangan kajian tindakan semalam. Ini merupakan pengalaman kali pertama berhadapan dengan penilai-penilai yang sangat berkaliber dan berfikiran kritis. Rasanya apa yang dijalankan selama ini sudah puas hati namun masih ada kelompangan yang perlu diperbaiki. Begini rupanya perasaan orang yang hendak membentang dinilai. Macam-macam keadaan yang dapat dilihat semalam walaupun hanya 12 orang sahaja pembentangnya. Pandangan sisi ana melihat seminar pembentangan merupakan satu medan untuk peningkatan yang positif sekiranya lebih terbuka menerima pandangan orang. Bukan mudah untuk memahamkan orang dengan apa yang kita fahami. Bila diprovok, di situ dapat dilihat sejauh mana keyakin terhadap apa yang telah dihasilkan. Sesi begini sangat bagus kerana ruang lingkup fikiran lebih luas dan membuka minda kita untuk lebih melihat jauh kehadapan. InsyaALLAH, ini baru permulaannya. Menanti peluang-peluang yang lain.

Selesai seminar pembentangan pada jam 530petang. Hal ini kerana semua setuju untuk menamatkannya dalam masa satu hari sahaja. Dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman, ana disapa oleh salah seorang pensyarah kanan. Beliau tidak pernah mengajar ana, berbual dengan ana hatta berhadapan dengannya. Selama hampir lima tahun setengah ana di kampus ini, hanya setakat berselisih dan bertegur sapa dengan salam dan senyuman sebagai tanda hormat kepada beliau. Hampir sejam perbualan yang berlangsung di hadapan bangunan pentadbiran benar-benar menyuntik semangat ana untuk terus aktif dalam profesion perguruan ini. Dengan hanya bertanyakan ana pernah bersekolah di mana, asal orang mana dan sekarang berada dalam bidang apa memberikan ana motivasi yang sangat ana perlukan buat masa sekarang. Ana menganggap perkongsian bersama beliau merupakan aturan ALLAH s.w.t. Kalau bukan pun dengan beliau hatta dari seorang tukang kebun, ana akan tetap menganggap itu adalah kurniaan ALLAH s.w.t. Sesiapa pun yang bergelar manusia memerlukan sokongan, dorongan dan motivasi dari orang di sekelilingnya. Tidak banyak yang diminta cukuplah dengan sedikit kata-kata yang memberi kepercayaan dan keyakinan dalam meyakinkan diri ini untuk terus dalam kehidupan yang penuh warna-warni ini. Rasullah s.a.w jua ALLAH hadirkan Khadijah, Abu Bakar dan Abu Talib untuk memberi Baginda semangat, sokongan dan pendamping dalam terus memperjuangkan Islam.

“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

Ana bukanlah seorang yang terlalu optimis dan berani dalam segala apa yang cuba diputuskan dalam kehidupan. Melihat ana seorang yang terlalu kuat dan tidak memerlukan sokongan dari orang lain adalah satu kesilapan yang besar. Dalam meyakinkan diri ana sendiri, banyak dugaannya. Kadang-kadang rasa tak mampu meraja dalam diri tapi ana sebenarnya ana tengah menghadapinya. Indah sungguh aturan ALLAH s.w.t. Ucapan sabar dari orang lain sememangnya bukan mudah untuk diri kita terima. Itu hakikatnya. Hal ini kerana, kita yang berada dalam keadaan tersebut bukan orang lain. Namun, sokongan dan dorongan amat diperlukan dalam mencipta keyakinan untuk terus melangkah. Kita bukan siapa-siapa untuk terus berasa diri kita mampu untuk mengharunginya seorang diri. Rindu untuk mendengar kata-kata semangat dari arwah mak. Rindu sangat-sangat. Mak akak rindu mak. Sangat dan sangat. Rasa takut, tak kuat dan tiada daya sangat sekarang.

Tapi ana yakin ALLAH itu maha adil. Walaupun ana tidak berkesempatan untuk bertemu alim ulama', berguru di pondok-pondok tapi ALLAH temukan orang yang mampu memberi motivasi dan menjentik kesedaran ana untuk tidak terus berasa kekurangan diwaktu susah dan senang. Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH s.w.t, Rabbul Izzati yang selayaknya ana serahkan kerinduan ini.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."(Surah Qaaf:16)

Setakat manalah sangat ujian buat diri ini jika hendak dibandingkan dengan Sumayyah, Rabiatul Adawiyah jauh sekali Fatimah yang merupakan wanita pertama yang akan masuk syurga.

Diri yang banyak kekurangan ini tidak pernah menafikan ubat bagi untuk mendapatkan sokongan adalah mengadu dengan Yang Maha Esa dan juga ayat-ayat cinta dari Al-Quran. Bila pengharapan dan kepercayaan itu diserahkan kepada Yang Maha Mengatur, banyak ibrah yang boleh kita ambil dari kehidupan seharian kita. Hal ini kerana, ALLAH s.w.t adalah yang berkuasa ke atas penciptaannya. Di saat suka atau duka pun kita, jangan pernah lupakan ALLAH walaupun hanya dengan ucapan basmallah. Hidup manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk. InsyaALLAH, ada keajaiban yang akan berlaku. Itu yang pasti. Terima kasih ya ALLAH. Cukuplah dengan niat hanya kerana Engkau, ya ALLAH dalam setiap urusanku sehingga disaat hembusan nafas terakhir ku.

Sabda Baginda s.a.w “Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon dengan Allah swt” (hadith Sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi).


iman's note : Alhamdulillah.

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails