.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...teaser KONVO IPGM 2012...

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca entry ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Moga redha Allah sentiasa bersama kita mengiringi hari-hari mendatang untuk menuju negara yang lebih abadi iaitu Akhirat. Ameen ya Rabb. Alhamdulillah masih dikurniakan usia untuk terus berbakti dengan cara sendiri buat agama yang di cintai. Hidup ini hanya seketika dan sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya bawa dosa bawa pahala. Ini bermakna kita bukanlah siapa-siapa di dunia yang fana ini. Hanya nilaian "TAQWA" yang akan membezakan siapa kita disisi Allah.



Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menghadiri sesi pendaftaran Majlis Konvokesyen PISMP IPG KPM Kali ke-2. Bukan sekadar mendaftar, mendengar taklimat dan melihat demonstrasi penerimaan ijazah tetapi majlis ini menjadi majlis pertemuan dengan rakan-rakan unit, kampus, JPP dan warga pensyarah. Berjumpa semula dengan rakan-rakan yang pernah menyertai program kemerdekaan di Miri, Sarawak, rakan-rakan yang terlibat dalam proses pertukaran soalan latihan, rakan-rakan facebook serta blog dan tidak di sangka berjumpa dengan guru sekolah sewaktu praktikum semester7 & internship yang menemani anak mereka. Mereka masih kenal dengan insan ini. (^_^) Melihat senyuman mereka, kesibukkan menyelesaikan pendaftaran, gurau-senda dan perkongsian pengalaman yang tidak sudah-sudah walaupun dua hari masanya buat ana rasa rindu dengan suasana kampus. Dengan ditemani ayah dan adik, kali pertama menjejak kaki ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ya, pastinya ana teruja kerana ini pertama kali ana menerima penganugerahan ijazah selepas lima tahun setengah 'bersilat' di kampus. Alhamdulillah.


Dalam pada masa ana mengisi ruang yang ada sementara menunggu suka ana untuk melihat gelagat guru permulaan ini. Belajar dari pengalaman kalian yang berbeza latar belakang, agama dan bangsa buat diri lebih sedar yang Islam itu indah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang sangat besar ini. Kurniaan ini hebat dan Kau Maha Hebat. Ana doakan semoga kita semua dapat menjadi pendidik yang kenal PENCIPTA, yang sedar bahawa ilmu yang kita ada saat ini adalah pinjaman sahaja daripada Allah s.w.t dan akan tiba masa ianya kita kembalikan kepada Dia yang memberi pinjaman.



Ijazah bukanlah nilaian hebatnya kita di mata masyarakat namun kezuhudan dan kenalnya kita kepada Pencipta itulah anugerah terbesar dalam hidup yang seketika ini. Kita bukan siapa-siapa di hadapanNya. Hanyalah insan kerdil yang datangnya kosong dan pulangnya dengan dosa pahala. Maka sedarlah diri bahawa apa yg diperolehi adalah untuk membeli akhirat dan bukan untuk membanggakan diri. Maafkan bicara ini jika ianya menyinggung hati dan perasaan namun biarlah diri yang lemah ini menyatakan kebenaran kerana jika kita tersilap kejayaan hari ini bakal menghumban kita ke nerakaNya. Walau bagaimanapun, berdoalah agar usaha yang kita taburkan selama ini diredhai dan diberkati Allah hendaknya. Ameen, insyaAllah.


Segulung ijazah hanyalah sejumlah tulisan yang ditulis di atas kertas. Tulisan yang tidak membawa apa-apa makna jika ilmu di sebaliknya tidak diamalkan. Selamat berkonvokesyen graduan PISMP ambilan Januari 2008 IPGM.

iman's note: Sidang ketiga, 14 Mac 2012, 8.00am, PICC.

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. assalam akak. pertama, tahniah ya akak! saya ke sana juga, pada sidang pertama dan kedua. menyokong senior p.agama. ada juga berharap agar kita ditemukan namun tiada usaha maka hanya tinggal harapan. apa2 pun buat akak, semoga terus gagah membawa bangga sebagai seorang guru nan dihormati jua dikasihi!

  2. to Mawar Hina: waalaikumussalam. Owh, akak sidang ketiga. Bertuah senior-senior adik dapat juga sokongan. InsyaAllah,jika diizinkan Allah kita akan bertemu. Jika bukan di sini, di syurga nanti. Syukran atas ucapannya. Didokan adik teruskan berusaha untuk kejayaan yang lebih cemerlang lagi~ Yassarallah..

  3. Di sekolah medan sebenar kitakan. mOga terus istiqamah kak.. ^__^

  4. to Ashaari Selamat: Benar dik. Saat itu segalanya pilihan di tangan kita. Mohon doakan diri ini akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails