.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...nenek TUA tapi bukan hati BUTA...

Terdengar perbualan seorang nenek dan seorang mak cik sepanjang perjalanan pulang dalam bas petang tadi buat air mata ini mengalir tanpa henti. Kagum dengan jiwa 'ibu' nenek itu.


Mak cik: Dari mana ini?
Nenek: Dari hospital. Check, ambil ubat.
Mak cik: Sorang jea ke?
Nenek: Tak dengan kawan (sambil tunjuk kawannya yang juga seorang nenek di belakang)
Mak cik: Suami tak datang ambil?
Nenek: Dah lama dah meninggal. 20 tahun dulu.
Mak cik: Owh. Habis tu macamana nak jalan balik nanti? Kaki bengkak tu.
Nenek: Jalanlah sikit-sikit. Kalau ada orang nak tumpangkan sampai rumah nanti. Alhamdulillah.
Mak cik: Anak tak hantar ke?
Nenek: Anak ada kerja.
Mak cik: Berapa orang anak?
Nenek: 6 orang. 2 lelaki 4 perempuan.
Mak cik: Anak-anak tak balik rumah ke?
Nenek: Tak. Waktu raya jea balik. Rasa hati ini nak pergi rumah anak-anak tapi tak diberi. Suruh duduk kampung.
Mak cik: Anak-anak kerja apa?
Nenek: Yang kat KL tu peguam, Yang kat Seremban jururawat, Yang kat Linggi jaga sekolah, Yang kat Taiping Johor dengan suami, Yang kat Selangor juru ukur.
Mak cik: Bagus anak-anaknya. Kenapalah mak sorang tak boleh nak jaga? Betullah kan kata orang seorang mak boleh jaga 10 orang anak. Anak ramai pun tak mampu nak seorang mak.
Nenek: Tu lah. Tapi tak pelah, orang tua siapa yang nak. Menyusahkan dia jea kan.
Mak cik: Esok mereka akan tua juga. Anak lelaki tak datang jenguk ke?
Nenek: Lagi tak nak. Dia dah pesan kalau sakit hantar kat rumah orang tua-tua. Jangan bawa jumpa dia.
Mak cik: Astagfirullah al'adzhim. Kenapalah sampai macam tu sekali? Bukannya mak angkat atau mak tiri. Ini mak kandung sendiri.
Nenek: Entahlah, tak tahu salahnya kat mana. Tapi tak pelah, asalkan mereka bahagia, bahagia dah hati saya ini.
Mak cik: Dapat duit bantuan tak?
Nenek: Dapat, RM300 sebulan.
Mak cik: Oklah tu, dapat juga buat duit ubat diri.
Nenek: Kalau sorang nie lepaslah. Ini ada cucu kat rumah tu 3 orang. Mak ayah dia kerja. Iyealah katanya belanja jaga anak pun dah mahal. Tu yang duduk kampung. Bukan dia yang bagi kita duit, kita balik yang tanggung cucu-cucu tu.

Turun dari bas, ana turun sekali dengan nenek & kawannya yang pangkat nenek juga.

Kawan nenek: Anak nak balik mana?
Ana: C.....
Kawan nenek: Balik kerja ke?
Ana: Iye.
Kawan nenek: Cikgu yea?
Ana: Iye.
Nenek: Owh, anak siapa ini?
Ana: Anak K... Uwan nak balik mana ni?
Nenek: I...
Ana: Jauh tu nak jalan kaki.
Nenek: Tumpang kereta ke motor anak boleh tak?
Ana: Maaflah wan, saya pun jalan kaki. Nanti saya tahankan kereta atau motor yea.
Kawan nenek: Susah orang sekarang nie nak tumpangkan kalau tak kenal.
Ana: Tak pe wan, kita cuba yea.
Kawan nenek: Tolong lintaskan wan jalan. Kita tunggu kat sana. (sambil tunjuk arah pokok)
Ana: Boleh-boleh. Jom.

Setelah selesai menumpangkan mereka dengan motor orang yang mereka kenali. Sebelum bergerak balik:

Nenek: Terima kasih yea. Kirim salam kat mak. Baguslah anak dia.
Ana: InsyaAllah.
Dalam hati ana, cukuplah nenek hadiahkan al-fatihah buat mak saya. Bukan saya yang bagus tapi arwah mak saya yang bagus. Sepanjang perjalanan, ana mengharapkan ana dapat berbakti pada arwah mak ana. Kasihan nenek itu. Walau macamana pun didikan dia pada anak-anaknya, nenek itu tetap mak. Ana tahu jauh di sudut hati nenek itu, ada naluri rindukan anak-anaknya. Biarpun senyuman yang dilemparkan tapi betapa tergurisnya hati dia hanya Allah yang tahu. Ketahuilah, redha Allah sentiasa bersama redha mak dan ayah. Sama-sama kita muhasabah diri.


iman's note: bukan nak ceritakan aib, keburukan atau kebaikan yang dilakukan tapi nak berkongsi agar kita saling mengingatkan. Seorang peguam tak dapat membela walaupun berjaya menjadi pembela paling terkenal. Seorang jururawat takkan dapat merawat walaupun merawat 1000 orang pesakit di hospital. Seorang jaga sekolah takkan dapat jadi jaga yang bertanggungjawab walaupun sekolahnya terjaga siang dan malam. Seorang juru ukur takkan pandai mengukur walaupun naik pangkat tiap tahun dan seorang isteri takkan dapat jadi isteri solehah walaupun membahagiakan suami. Andai tak dapat nak bela emak yang seorang, andai tak dapat nak merawat mak yang menjaga siang & malam, andai tak dapat nak jaga mama yang menyusukan, andai tak dapat nak mengukur umur ummi yang mengandungkan dan andai tak dapat nak mendoakan ibu yang melahirkan. Walau apa jua pangkat, pekerjaan, kedudukan kita yang berbakti pada bangsa, negara takkan menjanjikan bakti kita pada seorang ibu dan agama.(T_T)

**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. Sedihnya :(

    Saya ada nenek, umur 81 tahun ni, dan tahun ni tahun pertama saya nampak tandatanda nenek dah nak emm saya tak nak sebut. dia banyak lupa mcm mcm. banyak hilang temper, kadang kadang saya taktahan tapi saya senyum je.

    saya cari keje dia takbagi, saya menurut, tp dalam hati saya merajuk juga. harini ada sesuatu yg terjadi di rumah, disebabkan terhilang sabar saya marah nenek, saya tinggikan suara. tapi lepastu saya menyesal, sebab nenek tak marah pun :(

    by the way saya nak cerita ni sebab tiba tiba saya rasa saya ni cucu yg tak bertanggungjawab. saya taknak jadi mcm lawyer tu, saya taknak jadi mcm juru ukur tu, saya nak jadi cucu yg baik.

    :'(

    saya tak boleh berhenti menangis. saya sayang nenek saya sebab dia jaga saya sejak kecil, dari sebesar tapak tangan, dah jadi seperti ibu.

    tapi saya rasa saya tak kuat dan takmampu membalasnya.

    terima kasih sudi baca luahan hati saya :'(

  2. Alhamdulillah dik, adik punya seorang nenek~ masih dapat merasai nikmat adanya nenek yang sudah mula lupa. Seharusnya kita ingat yang kita juga akan tua dan mungkin kita juga yang akan pergi dahulu. Akak pasti, adik masih lagi mempunyai peluang menjadi cucu yang bertanggangjawab selagi di hati adik masih lagi ada kasih-sayang~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails