...JALINAN UKHUWAH...
...sharing is CARING...
0
comments
IMANNURBALQIS
-
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
oleh: Izzat Hafifie
syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie
daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan
menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekimu yang melimpah ruah
jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.
sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.
biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.
sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.
tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar
sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.
wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.
rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti
kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati
mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh
kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu
medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…
---------------------------

bacalah dengan hati, selamilah dengan jiwa.... ku harap kau faham erti sebenar KITA...
**imannurbalqis**
...11 Ramadhan...
Salam alaik buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, kita sudah berinjak ke fasa kedua Ramadhan...sedikit perkongsian daripada pesanan Sheikh Jamal Faruq...semoga pesanan ini memberi kesan dan erti Ramadhan pada kali ini buat kita...
“Pesanan saya pada bulan puasa ini ialah, pertama ubah kehidupan kamu (جدد حياتك), kedua perbaharui kehidupan kamu (غير حياتك), ketiga mulakan hidup baru (إبدأ بالجديد)”
“Ubah kehidupan kamu dengan (التخلي) – membuang segala sifat-sifat yang tidak baik, perbaharui kehidupan kamu dengan (التحلي) – menambah sifat-sifat kebaikan”

[من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه]
“Sesiapa yg tidak meninggalkan perkataan yg tak elok dan perbuatan yg tak elok ketika puasa maka Allah tidak memerlukan puasanya (tak memberi pahala ganjaran puasanya).”
(HR Bukhari)
Untuk berubah antara perkara yang perlu dikorbankan ialah perasaan....Adakala berasa pedih, penat, malu, bergelora, perit dan putus asa...tetapi setiap dari itu adalah kemanisan yang sebenar buat insan yang bergelar hamba ALLAH...laluan takkan berliku jika tidak pernah kenal erti perjalanan penamat kehidupan di dunia...
**imannurbalqis**
...handphone saya lagi CANGGIH...
Salam alaik buat semua sahabat dan pembaca blog ana... ana doakan antum semua dapat meneruskan jihad pada diri dan agama dalam bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah sudah masuk hari ke sembilan ramadhan bagi tahun ini...fasa pertama yang penuh kerahmatan ini...hargai sebaik-baiknya...
Minggu ini merupakan minggu terakhir ana untuk sesi praktikum fasa kedua...Esok merupakan hari terakhir ana di Sek Keb Bukit China...Alhamdulillah, banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba di sekolah ini...Yang paling best dapat resipi buat murtabak dari kak ayu a.k.a jiran sebelah meja di bilik guru...melalui praktikum fasa kedua ini, banyak perkara yang ana belajar sehinggakan setiap kali melangkah ke sekolah tersemat rasa untuk membina generasi anak muda yang bakal memimpin negara agar cemerlang dari segi akademik dengan dihiasi sahsiah yang terpuji...tapi entry kali ini ana coretkan bukan untuk menceritakan pengalaman ana di SKBC...tapi ingin berkongsi artikel yang ana tulis sewaktu zaman ana persediaan di IPG Kampus PM ini empat tahun yang lalu....
Ini bermula apabila sebelum waktu pulang dari sekolah tadi...ada anak murid ana minta no telefon ana di surau...sebelum ana bagi no telefon ana, ana pun bertanya dulu beberapa soalan pada mereka :
Teacher : Kenapa awak nak nombor telefon teacher?
Student : Sebab saya nak mesej teacher kalau ada masalah.
Teacher : Kamu ada handphone ke?
Student : Ada, lagi canggih dari teacher.(sambil tunjuk pada hp ana) Boleh ambil gambar dan video lagi...warna pink lagi teacher...
Teacher : Iyea ke...sapa yang beli?(memang buat ana tersenyum)
Student : Ayah yang belikan...
Teacher : Ok, meh sini buku kamu...
Student : Teacher pakai celcom @ maxis @ digi?
Teacher : Teacher pakai celcom jea...
Student : Saya ada tiga-tiga nombor teacher...
Teacher : Kamu buat apa banyak-banyak nombor?
Student : Saya mesej-mesej kawan-kawan dengan family...
Teacher : Ingat x pe yang teacher cakap...jangan membazirkan....membazir amalan siapa?
Student : Amalan syaitan laknatullah, teacher...
Teacher : Tahu pun..ALLAH suka x?
Student : x...(sambil geleng kepala)
Teacher : Jadi, kalau tak de kepentingan...jangan bazirkan duit kamu pada perkara yang tidak bagi faedah...faham ?
Student : Saya tahu teacher...nanti saya mesej teacher yea...thank you teacher...
Teacher : Baguslah tu...teacher tahu kamu memang bagus...tp jadi yang lebih bagus dengan buat perkara yang lebih berfaedah...
Student : Baik teacher...saya balik dulu (menghulurkan salam)
Teacher : Ok, baik-baik balik...sampaikan salam teacher pada keluarga kamu...belajar rajin-rajin yea...
-------------------------------------------------
sambil-sambil siapkan RPH untuk esok, ana terjumpa artikel dalam simpanan lappy ana nie yang kena mengena dengan kejadian hari ini...artikel nie ana tulis untuk majalah bingkisan IPGKPM untuk tahun 2006...tp sampai sekarang muka majalahnya pun tak pernah nampak...('__________')...tapi itu tidak menjadi masalah bagi ana kerana laman IMANNURBALQIS ini sentiasa menantikan post-post untuk tatapan semua pembaca...jom baca artikel ana empat tahun yang lepas...sekadar untuk perkongsian...
-------------------------------------------------
NAMA : NORZARINA BT KAMARUDIN
UNIT : PPISMP SAINS AMBILAN JULAI 2006
TAJUK PENDAPAT : TELEFON BIMBIT ANTARA KEPERLUAN DAN GAYA HIDUP

Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah hidup manusia termasuk masyarakat negara kita. Jika satu dasawarsa yang lalu, telefon bimbit adalah salah satu lambang kemewahan atau barangan ekslusif lagi berprestij. Tetapi, kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon selular sekarang, bagi sesetengah pengguna, mereka terasa betapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal tahun 2006, mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai pengguna telefon bimbit terbanyak. Kajian itu mendapati 53.9 peratus adalah orang Melayu, diikuti oleh Cina 32.4 peratu, manakala India, serta bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing 6.5 peratus dan 6.3. Sebanyak 57.4 peratus pengguna telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6 peratus dengan 93.7 peratus daripadanya adalah Malaysia, manakala 6.3 peratus melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia terutamanya penggunaan telefon bimbit prabayar.
Kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah gaya hidup masyarakat termasuk golongan remaja. Di sebalik keadaan dunia yang semakin mencabar urusan kehidupan manusia menjadi begitu mudah. Jika lima tahun dahulu, Internet merupakan agenda perbualan di serata dunia, tetapi kini kecanggihan teknologi telefon bimbit lebih senang, pantas dan murah. Malaysia sendiri merupakan antara salah sebuah Negara Asia Tenggara yang mempunyai tahap kecenderungan dan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya terhadap perkembangan telekomunikasi. Dewasa ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Satu masa dahulu telefon bimbit memang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia untuk terus berinteraksi. Walaupun ketika itu kebanyakan telefon bimbit tidak begitu canggih seperti hari ini, tetapi keperluannya melebihi segala-galanya. Telefon bimbit kini dapat berfungsi sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambing status dan yang paling utama ialah menjadi pendorong manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mal dan pesanan teks, semuanya boleh dibuat melalui telefon bimbit.
Salah satu cabaran manusia dalam era globalisasi hari ini ialah ledakan maklumat yang lazimnya dapat diakses menerusi komputer peribadi. Komputer peribadi masih menjadi perantara unggul untuk meneroka alam siber, namun perkembangan telefon bimbit bersama-sama dengan peningkatan keupayaannya menjangkau Internet dapat mengubah cara seseorang itu memilih untuk mengakses Internet. Pengguna Internet sudah berpeluang untuk memilih pilihan baru yang dapat direalisasikan menerusi telefon bimbit yang semakin popular. Ada beberapa sebab kenapa trend baru ini boleh berlaku. Komputer peribadi tidak boleh dibawa kemana-mana kerana terpaksa distesenkan pada satu tempat yang kekal seperti di bilik atau makmal. Mengakses Internet melalui peranti wayarles bukan lagi satu fenomena yang baru. Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit untuk mengakses Internet akan cepat menjadi kenyataan apabila kelajuan hubungan dengan Internet bagi telefon bimbit dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Sebagai intiha, jelaslah menunjukkan bahawa telefon bimbit dewasa ini telah menjadi satu keperluan kepada kita semua. Terjahan teknologi komunikasi ini membawa arus perubahan yang tidak mampu ditepis. Pengguna telefon bimbit sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memiliki model telefon terkini yang serasi dengan gaya dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Tegasnya, dengan adanya teknologi seperti jalur lebar, teknologi rangkaian telekomunikasi bergerak generasi ketiga (3G) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS), pasaran industri telekomunikasi mudah alih akan terus berkembang maju. Setiap individu perlulah mengambil faedah daripada perkembangan teknologi ini bukan hanya sekadar untuk bergaya dan menjadikan ini salah satu jalan untuk membazir.
---------------------------------------------
p/s : ana masih sayangkan hp motorola yang ayah ana belikan lima tahun yang lalu...selagi boleh digunakan ana akan gunakan...al-fatihah buat arwahyarham yunus, ayah kepada ex-classmate ana di SMKA SHAMS yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi...semoga rohnya dicucuri rahmat...
**imannurbalqis**
...bingkisan 22...
Terima kasih atas hidup yang luar biasa ini
Terima kasih atas detak jantung ini
Terima kasih atas mata yang dapat melihat
Terima kasih atas telinga yang dapat mendengar
Terima kasih atas hati yang dapat merasa
Terima kasih atas tangan yang dapat mengenggam
Terima kasih atas kaki yang dapat berjalan
Terima kasih atas mulut yang dapat berbicara
Terima kasih atas orang tua yang bijak
Terima kasih atas sahabat yang setia menemani
Terima kasih atas adik-adik yang penuh semangat
Terima kasih atas orang-orang yang mencintai
Terima kasih atas saudara seperjuangan yang tak pernah letih
Terima kasih atas makanan yang meredakan lapar
Terima kasih atas selimut yang menghangatkan
Terima kasih atas atap yang melindungi
Terima kasih atas pakaian yang menutupi
Terima kasih atas udara yang kuhirup
Terima kasih atas tanah yang kupijak
Terima kasih atas burung-burung yang berterbangan
Terima kasih atas bintang-bintang yang indah
Terima kasih atas matahari yang menyinari
Terima kasih atas rasa cinta
Terima kasih atas rasa sayang
Terima kasih atas rasa kasih
Terima kasih atas pengorbanan
Terima kasih atas perjuangan
Terima kasih atas air mata
Terima kasih atas kesempatan untuk mengenal-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk beribadah kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk berharap kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk bergantung kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk beramal soleh
Terima kasih atas segala yang tak pernah terucap
Kerana tak terluah mulut ini mengucapkan syukurku yang tak terhingga
Kerana tak cukup pena ini menuliskan segala nikmat-Mu
Kerana tak cukup dunia ini melukiskan segala milik-Mu
Kerana Engkau begitu indah
kerana Engkau begitu sempurna
Kerana Engkau begitu mulia
Kerana Engkau begitu luar biasa....

Ampuni hambaMu ini ya RABB...
Tak pantas hamba menghitung segala nikmat-Mu
Kerana hambaMu ini tahu bahawa
Di saat usia makin bertambah
Masa hidup di dunia makin berkurang...
Hamba hanya dapat menitiskan air mata...
Tertunduk tak berdaya di hadapan-Mu..
Kerana hambaMu ini tahu masanya kian singkat...
Untuk hamba kembali kepada MU...
**imannurbalqis**
...kehadiran MU di nanti...
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Ana berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita. Alhamdulillah, pagi 1 Ramadhan yang cukup menyegarkan dan nyaman. Apa khabar iman dan hati kita? Apa khabar puasa pertama kita hari ini? Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t. Ana dahulukan coretan 1 Ramadhan ini dengan azam untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada ALLAH dan terus istiqomah pada masa akan datang dengan niat hanya kerana ALLAH s.w.t. Sememangnya kehadiran Mu di nanti ya Ramadhan seumpama si ibu atau si ayah menanti kehadiran anaknya.

Madrasah Ramadhan merupakan musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!
Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),
Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan, makan minum, dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah. Di saat syaitan dan iblis dirantai, ketika itu nafsu cuba menyelubungi. Lantaran itu, setiap dari kita perlu ada senjata dan perancangan untuk mengelolakannya.
Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.
Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).
Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan. Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).
" ya RAMADHAN sememangnya KEHADIRAN MU ku nanti"
**imannurbalqis**
...hadapi dengan SENYUMAN...
Aku cuba hadapi semua ini dengan senyuman. Bukan bererti aku kalah. Tapi justeru aku harus menang. Semua memang sudah menjadi ketetapanNya. Aku hanya bisa menjalaninya saja.
Aku bukan minta dikasihani. Bukan minta diberi simpati. Aku berjuang untuk diriku, keluargaku dan agamaku. Dan kini, saat semua ternyata tak seperti yang kuharapkan. Aku hadapi dengan senyuman takdirku ini.
Aku yakin, ALLAH Maha Adil disebalik semua yang direncanakan untukku. Aku yakin ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buatku. Bukan aku pasrah. Bukan pula aku lemah. Namun aku ingin berjalan seperti apa yang seharusnya aku jalankan.
Rela…
Aku sungguh rela akan semua ini. Rela, sungguh aku rela tak bisa turut mengikuti nafsu amarahku itu. Itu terbaik untuk semua. Termasuk juga untukku.
Menyerah bukanlah untuk kalah.
Tapi menyerahku adalah untuk menang.
Menang dengan cara meredam amarahku.
Aku akan tetap melangkah dengan senyuman yang bisa menjadi kekuatan aku untuk terus berdiri.
PEOPLE ARE OFTEN UNREASONABLE, ILLOGICAL AND SELF-CENTERED, JUST FORGIVE THEM ANYWAY. SOMEDAY YOU’LL SEE, IN THE FINAL ANALYSIS, IT IS BETWEEN YOU AND ALLAH. IT WAS NEVER BETWEEN YOU AND THEM ANYWAY! BE YET A WISER PERSON AND YOU'LL SUCCEED, INSYA ALLAH.
**imannurbalqis**
...ceritera 2 MELOR...
Assalamualaikum and good morning, teacher...
Apa khabar iman dan hati kita? Hidup berpaksikan dengan KALIMAH TAUHID LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMADARASULULLAH, dan Iman sebagai masdar yakni Iman itu perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan kerana Iman adalah sesuatu yang istimewa kerana hanya dengan keimanan kepada Allah sahajalah yang akan menjadi sign board arah kepada perjalanan arah hidup insan. Tetapi Iman saja tidak mencukupi tanpa direncahkan dengan taqwa kerana bekalan terhebat itu adalah taqwa. Taqwa adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT. Dengan taqwa seseorang itu akan benar-benar mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA. Ana doakan sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH s.w.t.
Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas untuk merasai nikmat Syaban dan bulan Ogos. Ana mohon maaf pada semua yang menunggu post entry dari ana. Atas kekangan dan perkara yang lebih penting ana tidak dapat meng'update' laman sesawang ini selalu. InsyaALLAH, ana akan terus berkongsi pengalaman yang mengajar ana erti sebenar kehidupan. Sebagai seorang bakal guru, ana terpanggil untuk mencoret kisah yang berlaku dalam profesion ini. Dalam keadaan tidak sedar, sebenarnya sekolah merupakan alam belajar dan mengajar yang terbaik untuk setiap individu. Kali ini, ana nak 'share' tentang anak murid ana tahun 2 Melor. Praktikum 2bulan ini ana mengajar science untuk tahun 2 dan 4. PJ pula untuk tahun 4. Kat sekolah ini, satu tahun, satu kelas jea. Pelajar tak ramai tapi tak semua pelajar ana ingat nama.=)
jumlah pelajar tak sampai 300. Pelajar lelaki 85%...
Nak dijadikan cerita, pelajar tahun 2 Melor nie mmg nakal2. Kadang2 sesak nafas nak melayan perangai masing2. Asal pensyarah datang 'observe' mesti kelas nie yang terlibat. Pensyarah ana suka buat 'suprise' nie. Sampai pensyarah plk yang kawal kelas ana.=) Dulu ana praktikum kat sekolah semua perempuan, sekarang dah campur. Blh tahan penat. 'Hyperactive" tahap kronik. Pelajar ada la 25 orang tapi perangai masing2 macam 50 orang. Pelajar lelaki 19 orang, perempuan 6 orang. Dalam kelas nie ada jg pelajar ana yang kelas inklusif. Masuk kelas untuk subjek yang exam jea, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. Tenat jg, sampai aktiviti kena buat lain2 sebab tahap mereka tak sama dengan pelajar aliran perdana walaupun sepatutnya dah tahun 5. Dalam keadaan pelajarnya macam nie pun masih ada yang memberi "MAKNA" pada ana. Kejadiaan nie berlaku waktu ana kena 'observe' kali kedua.
Masa : 9.10am-10.10am
Tempat : OTW nak pi MAKMAL SAINS
Oleh kerana kebuasan pelajar tahun 2 Melor yang tahap kritikal, ana perlu menjemput mereka sekiranya sesi pengajaran dijalankan selain dari bilik darjah. Setelah ana tiba di depan kelas mereka...
Fahmi : Teacher da sampai. Jom p makmal.
Ana : Tunggu dulu. Teacher dah pesan, kalau nak p makmal buat apa?
Iman : Bawa buku sains, beratur, jari letak kat mulut, jalan sama2.
Ana : Pandai. Habis tue kenapa xbuat lagi barisan nie?
Hazzad : Teacher, pencil box saya hilang. Diorang sepak. (sambil menangis)
Ana : Kamu letak kat mana Hazzad? Kelas, siapa ada ambik pencil box Hazzad? Cari sekarang, kalau tak cikgu tak bagi kamu pi makmal.
Harith : Teacher, Ikmal dengan Shakir yang sepak tadi. Saya nampak.
Abi : Teacher, biar saya cari. Tepi! Tepi! Buka kaki.
Ana : Ikmal, Shakir meh sini awak. Nak saya bawa kamu p makmal ke tak? Mana awak sorok pencil box Hazzad. Cari sekarang.
Ikmal : Mana ada cikgu, Hazzad yang ambil pencil saya dulu. Shakir yang sepak.
Ana : (Adoi hai anak-anak kecil nie, buat hal plk pagi nie..Dah la kena observe hari nie)
Abi : Teacher, nie pencil box Hazzad.
Ana : Ok, Hazzad. Jangan nangis dah. Tak hensem la kalau nangis. Kita nak pi makmal nie. Fahmi boleh gerak sekarang.
(Hazzad masih lagi tak nak bergerak dan memegang tiang dengan sekuat hati)
Ana : Jom Hazzad kita pi makmal. Teacher ada banyak game yang boleh main. Sapa tak pi makmal rugi. (Ana pun menarik tangan Hazzad)
Hazzad : Saya tak pergi!!! Tak nak!!! (sambil menangis)
(Ana makin pening dan konsentrasi untuk di'observe' makin kurang)
Dashwin : Teacher, biar saya jalan dengan Hazzad.
Ana : Dah Hazzad. Berhenti menangis. ALLAH tak suka orang menangis tak nak belajar. Susah nak masuk ilmu. Dah kesat air mata tue. Lain kali awak xblh kacau kawan2 yang lain. Mestilah kawan-kawan awk marah.
Dashwin : Teacher, kalau tuhan tak suka, kita buat jg, kita masuk neraka kan?
Ana : (Eh, pandai pulak Dashwin[kanak-kanak berbangsa India] nie bagi penerangan) Betul tue, Dashwin. Tengok Hazzad, dengar tak pe Dashwin cakap. Dashwin nak temankan awak lagi.
Dashwin : Hazzad, awak kena dengar cakap teacher. Baru boleh masuk syurga. Saya nak masuk syurga. Awak nak masuk syurga tak? Tak boleh nakal-nakal. Jom kita pi makmal. (Sambil pegang tangan Hazzad)
Hazzad : Teacher, sy nak masuk syurga. Masuk neraka sakit, panas sgt.
(Hazzad & Dashwin memulakan langkah untuk ke makmal sambil ana mengekorinya dari belakang)
Dashwin : Hazzad, awak tak boleh buat nakal. Tuhan tak suka. Kawan2 pun tak suka. Kena dengar cakap teacher. Nanti Tuhan bagi awak pahala. Kalau awk lawan, awk dapat dosa. Nnt masuk neraka. (sambil menoleh ke arah ana dan tersenyum)
Ana : (tersentuh dengan situasi itu, dengan penuh pengharapan "Ya ALLAH, berikanlah kanak-kanak ini cahaya keimanan dan hidayah agar dia beriman dengan kalimah "LAILAHAILALLAH" dan menjadi mukmin suatu hari nanti)
Hebat betul rencana ALLAH s.w.t, menjadikan seorang kanak-kanak bukan Muslim sebagai perantaraan untuk penerapan keyakinan atas apa yang diciptakannya. Pelajar tahun 2 yang bukan Islam boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Bagaimana pula dengan orang yang beragama Islam, bak kata orang "rumah kata pergi, kubur kata mari". Makin ramai yang menidakkan kebenaran dan mengiyakan kefasikan. Masalah yang datang bukan untuk dirunguti tetapi perlu dimuhasabahkan. Itulah cara teguran Allah buat kita yang lalai agar kembali bertaut harapan kepadaNYA. Kepada Allah lah penyelesai segala masalah. Baikilah dan tingkatkanlah hubungan kita dengan Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Gapailah redha Allah. Kita memang tidak mungkin menjadi yang terbaik tapi kita mampu menjadi yang lebih baik, insyaAllah.
“Ya ALLAH, tunjukkanlah kepada kami kebenaran sehinggga kami dapat mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kejelekan sehingga kami dapat menjauhinya.”
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy9 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`11 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan8 years ago
-
assalamualaik zainal anbiya- lirik qasidah11 years ago
-
2014 : 22 days before ramadhan..12 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani12 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan12 years ago
-
-
mac 201313 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1213 years ago
-
Kembali Menemui Rab...13 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201214 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah14 years ago
-
Kan ku Cuba...14 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA14 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah15 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.











