...JALINAN UKHUWAH...
...end of 5/2011...
0
comments
IMANNURBALQIS
-
Ya Allah..
Aku hanyalah hambaMu yang lemah, penuh noda dan dosa, memohon sekelumit cintaMu, buat bekalan hidup yang semakin singkat...
Ya Allah..
sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh daripada Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku. Kerana aku mengimani, tidak ada sesuatu yang Kau takdirkan sia-sia, melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..
Ya Allah..
jika aku alpa, maka ingatkanlah aku dengan peringatan al-Quran, jika aku lemah, kuatkanlah aku dengan seruan jihad-Mu, jika aku mati, matikanlah aku sebagai mujahidah di jalan-Mu..
Ya Allah...
ku mohon, ampunilah ya Allah, dan Kau rahmatilah perjalanan hidup ini...
amien ya Rabbal 'alamien...
iman's note : terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bulan Mei ini. Kuliah, peperiksaan, program dan aktiviti-aktiviti sebagai seorang hamba ALLAH. Tahniah diucapkan kepada sepupu ana, Nurul Raudhah dan suami kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata pertama, Nurul Damia Qaisara pada hari terakhir peperiksaan. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Muhammad.
**imannurbalqis**
...sedikit vs sikit-sikit...
Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah SAW
Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tido
Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan
Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah
Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau
Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal
Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan
bila kita nak berusaha untuk kejar perbezaan yang "HANYA SEDIKIT ITU"?
"Allah telah muliakan kita dengan Islam. Jikalau kita mencari kemuliaan selain Islam, pasti Allah akan menghinakan kita." [Saidina Umar Al-Khattab]
iman's note : kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua. segalanya bermula dengan sedikit yang positif dan teruskan istiqomah dengannya.
**imannurbalqis**
...semester break : 1/2011...
"Being happy doesn't mean that everything is perfect. It means that you've decide to look beyond the imperfections."
Happy holiday to all IPGM's trainee teachers.
iman's note : Memorable Day. Tahun terakhir menyambut Hari Guru di kampus. Hari terakhir lagu IPPM berkumandang di Dewan Srikandi. Hari terakhir logo IPPM diguna. Selepas ini, lagu IPGM dan logo IPGM berkuatkuasa secara rasmi dalm semua urusan di kampus.
**imannurbalqis**
...misi cuti 1 : reading BOOKS...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca entry ana. Segala puji hanya bagi Allah S.W.T., Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha luas ilmu pengetahuannya, yang dengan nikmatnyalah sempurna segala kebaikan dan keberkatan. Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan pertolongan Allah yeng telah memberi taufik dan hidayat serta dengan keizinannya, dapat juga ana mengisi laman sesawang ini dengan entry yang bermanfaat. InsyaALLAH.
hak milik kerajaan : rak buku
hak milik persendirian : buku-buku
Walaupun dah menjengah ke waktu pagi namun sepasang mata ini masih tidak mahu ditutup selepas siap mengemas bilik untuk ditinggal selama tiga minggu. Bilik perlu dikosongkan untuk dijadikan bilik penginapan bagi peserta-peserta Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) kali ke-IV. Jadi, kena la akur dengan arahan yang telah diberikan walaupun barang sangat banyak. Cukuplah dikosongkan kawasan meja belajar, kawasan cermin dan tempat menyimpan makanan untuk kegunaan mereka. Iyealah, status pelatih guru tahun akhir di kampus. Kumpul barang dari foundation sampai tahun yang kelima. Tak tau la macamana gayanya.(^_^) Dalam pada masa mengemas barang-barang berharga yang perlu disimpan, kemas sekali barang-barang yang nak dibawa balik ke rumah. Memang jenis ana bawa barang penting. Ada la dalam 3 beg. Opps, jangan salah sangka. 3 beg itu adalah beg galas, beg pakaian dan hand beg. Sampai ada yang kata, bawa balik nie jea ke? Sikitnya. Aish, takkan nak bawa barang balik banyak-banyak. Dah la, Dato' K tak mai datang ambil. Naik bus loncat-loncat. Pening la kepala bawa barang banyak-banyak. Lagipun kat rumah dah ada semua kelengkapan. Kita mesti sistematik bab-bab nie. Betul tak?
Ok, terus pada isi yang ana nak ceritakan. Dalam tengah kemas-kemas barang nak dibawa balik. Ana terpandang tempat yang mesti ana pastikan sentiasa kemas. Rak Buku. Hati kalau lara pun, bila pandang rak buku ini mesti rasa senang hati. Salah satu mission cuti ini ialah nak habiskan bahan bacaan yang dibeli dan tak dikhatamkan bacaannya lagi. Jadi, antara buku yang terpilih untuk diamati setiap aksara dan isi bukunya ialah :
1)
oleh John C. Maxwell
Harga: RM RM14.00 / RM RM16.00
ISBN-13: 978-967-369-092-3
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 120
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Sebab pemilihan : Short and precise. Buku ini memberi pandangan tentang cara untuk menjadi pemikir yang kreatif dari sudut dunia masa kini. Buku ini juga membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. Ada 11 rahsia pemikiran semuanya, ana baru selesaikan dua rahsia "Berfikir Secara Big Capture" dan "Berfikir Dengan Fokus".
2)
oleh Shayuthy Abdul Manas
Harga: RM 16.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-9677-5137-13-6
Tarikh Terbit: 4 Aug 2008
Jumlah Muka Surat : 128
Kategori: Islam, Gaya Hidup, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Sebab pemilihan : Suitable for me. Nak terlibat dalam politik ke?(^_^) Kalau diberi peluang, insyaALLAH. Namun sebab utama, buku ini dipilih adalah kerana suasana kepimpinan di kampus ana sekarang. Iyelah, di kampus semua warga pelatih gurunya perempuan. Walaupun sudah tiada taklifan di kampus namun ingin mereflek semula tanggapan masyarakat berkenaan kepimpinan wanita dalam Islam.
3)
oleh Andrea Hirata
Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5783-57-9
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 521
Kategori: Novel Dewasa Umum
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Sebab pemilihan : Profitable. Dua novel dalam satu harga. Jimat.(^_^)b Kalau orang yang kenal ana, memang ana suka baca novel. Ana banyak belajar bina pandangan dari bacaan novel. Lepas baca, ana buat kritikan atau ulasan tak bertauliah. Tak semua novel ana ambil, yang kena dengan jiwa jea. Lagipun, novel ini penulisnya adalah penulis novel Lasykar Pelangi. Ana bagi sedikit sinopsis novel ini :
Novel Padang Bulan bermula daripada kisah seorang gadis kecil berusia 14 tahun, Enong namanya, yang sangat gemar pada pelajaran bahasa Inggeris, namun secara mendadak terpaksa berhenti sekolah dan mengambil alih seluruh tanggungjawab keluarga.
Cinta di Dalan Gelas berkisah tentang perjalanan nasib Enong, melalui gaya khasnya - mentertawakan kepedihan, memparodikan tragedi, mengkritik tanpa perlu menjadi sarkastik. Kisah Enong menjadi seperti panggung dalam lembaran-lembaran kertas. Enong jatuh, bangun, jatuh lagi dan bangun lagi. Kisah Enong bukan sekadar kisah sebuah keluarga yang sederhana, namun kisah impian seorang anak kecil, kisah keberaniannya menjalani hidup dan kisah seorang lelaki yang menjadi berantakan kerana tragedi cinta pertama.
4)
Oleh Suhaimi Mamat (Pakcik Sains)
Kod Katalog : TBBK 1104
Kod ISBN : 978-967-5102-47-9
Jumlah Muka Surat : 176
Harga : RM23.00 / RM25.00
Penerbit : Telaga Biru
Sebab pemilihan : Becoming Science Teacher.(^_^)v Buku ini ana beli tahun lepas lagi sewaktu debaran menantikan peperiksaan akhir semester 5 tapi baru habiskan baca 30 eksperimen. Ada lagi 50 eksperimen yang tak dijengah lagi. Alhamdulillah, ada juga yang ana praktis waktu praktikum hari itu. Sangat best sebab praktikal. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga cikgu sekolah.
5) Proposal Kajian Tindakan :
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KPS MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN KAEDAH AMALI DALAM TAJUK KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN.
Oleh Norzarina Kamarudin
Jumlah Muka Surat : 22
Diluluskan setelah empat kali diperbaiki.
Sebab pemilihan : My responsibility. Memang kena jadi rujukan untuk buat instrumen bagi kajian tindakan yang akan dilaksana pada semester depan. Moga dapat diselesaikan dengan jayanya kajian tindakan ini dan dapat dibentangkan dapatannya dalam seminar dengan baik.
Itulah antara bahan bacaan yang akan dihabiskan waktu cuti tiga minggu ini. Mampu atau tak, jawapannya ada pada si pembaca.(^_^)Sebagai seorang bakal guru, seharusnya membaca itu menjadi satu kewajipan harian kita. Pilihlah bacaan yang sesuai dan memberi faedah pada kita kerana membaca juga perlukan masa. Jangan dibazirkan masa dengan membaca perkara yang tidak bermanfaat. Di sini ana ingin berkongsi fakta dengan kalian tentang tahap budaya membaca ummah Islam khususnya di negara-negera Arab berbanding negara Jepun dan Eropah. Statistik ini ana petik daripada Majalah Solusi keluaran Isu 18. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani. Hasil kajian beliau seperti berikut:
Jepun : 40 buah buku setahun
Eropah : 10 buah buku setahun
Arab : 20 HELAIAN BUKU SETAHUN!
Bagaimana pula di negara kita, Malaysia sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara. Kajian yang telah dibuat pada tahun 2005 menunjukkan budaya membaca dalam masyarakat kita ialah 2 BUAH BUKU SETAHUN! Jenis-jenis bacaannya pula seperti berikut:
Surat Khabar : 77.4 %
Majalah : 3 %
Buku : 3 %
Komik : 1.6 %
Nah, apa yang dapat anda simpulkan tentang perkara ini? Sepatutnya, dalam kalangan umat Islam budaya membaca ini adalah perkara yang paling tinggi dan perlu dititikberatkan. Ini kerana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad ialah berkaitan dengan perintah MEMBACA.
Firman Allah (maksud):
"Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan" (al-'Alaq:1)
Namun, yang paling penting sekali, tadabbur Al-Quran wajib untuk dilakukan setiap hari. Sekiranya, waktu belajar tak sempat habis satu juzu', takkan cuti tiga minggu tak boleh habiskan. Kalau tak mampu, bacalah kalimah-kalimah suci dari ALLAH itu. Moga kita dapat membina hubungan dengan ALLAH. InsyaALLAH, kita cuba semampu mungkin untuk mengisi hari-hari cuti dengan perkara yang berfaedah.
ruang sebelah kanan
ruang sebelah kiri
iman's note : Kepada peserta SIPMA yang mendiami bilik CS-G-10 di blok kediaman Cempaka Sari, anda dibenarkan untuk membaca buku-buku yang ada di rak saya. Namun, sila jaga dengan baik keadaan bukunya dan letak semula ditempatnya. Tidak dibenarkan untuk membawa pulang. Saya sayang buku-buku saya.
**imannurbalqis**
...RINDU dinda...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana menganugerahkan kepada kita nikmat umur dan rezeki yang tidak dapat dihitung dan dibilang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasul s.a.w utusan terakhir untuk umat manusia dan kepada ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang benyak berjasa untuk umat islam hingga akhir zaman. Alhamdulillah, dapat menyelesaikan kertas peperiksaan yang terakhir bagi sesi kuliah semester 1/2011 jam 11 pagi tadi. Moga ALLAH permudahkan pensyarah yang menanda kertas dengan ketenangan sewaktu menanda kertas dan hanya kepada ALLAH hamba dhaif ini bertawakkal. Memang ana tekad nak update entry kat laman ini selepas habis peperiksaan. Alhamdulillah, masih diberi ruang walau banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sepanjang minggu peperiksaan ini banyak perkara yang perlu diselesaikan. Walaupun hanya dua subjek yang peperiksaan pada kali namun usaha dijalankan berganda-ganda. Bukan untuk mengejar pointer tapi perasaan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan bertepatan dengan unjuran dari Baginda Rasulullah S.A.W agar kita berusaha untuk menghadapi sesuatu sebelum bertawakkal. Tambahan pula, ana nie tak bagi tumpuan dan pemahaman sangat sewaktu dalam kuliah sebab rasa macam dah faham tapi bila dapat soalan latihan berpinau bijik mata(bak kata orang Melaka).(^_^) Alhamdulillah, segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan ana berpuas hati. Segala urusan yang seterusnya hanya berdoa pada ALLAH s.w.t dan bertawakkal.
kanda rindu dinda semua
Isu peperiksaan bukan isu yang ana nak tekankan dalam entry kali ini kerana dari tadika sampai sekarang ana mengambil peperiksaan. Rasanya peperiksaan kertas dan pensil ini ana akan ambil walaupun umur dah meningkat kelak. Sebenarnya, dua minggu ini banyak buat ana berfikir hikmah ana sebagai seorang anak sulung. Kalau dulu ana tak suka dipanggil "kak long" oleh sepupu-sepupu ana sebab ana rasa ana bukan anak sulung dan bukan tanggungjawab ana nak pegang sifat-sifat anak sulung. Bukan anak sulung? Ramai yang tak tahu ana ini anak kedua, sepatutnya ana ada abang. Kalau ikutkan umurnya sekarang sudah 26 tahun tapi nampaknya dia lebih suka untuk menunggu arwah mak di pintu syurga. Selepas dilahirkan, dia meninggal. Lepas tiga tahun, baharu ana lahir. Disebabkan arwah mak ana nak kehadirannya dirasai panggilan ana di rumah bukanlah kak long, Along atau Ayong. Begitu kasihnya seorang ibu terhadap anak kerana dia lebih tahu kasih dan sayangnya pada anak-anak yang dilahirkan.
Sepanjang dua minggu ini, tiap-tiap hari ana menerima panggilan dari adik ana yang berada di rumah dan di matrikulasi. Tak ketinggalan juga, adik ana yang berada di Seremban. Ya ALLAH, terasa aku perlu bertanggungjawab terhadap perasaan adik-adik ku. Sebenarnya, minggu ini merupakan minggu orientasi adik ana yang ketiga (no 5 dalam family) di salah sebuah matrikulasi KPM. Isnin yang lalu sesi pendaftarannya, kiranya baharu tiga hari berada di asrama setelah 17 tahun tidak pernah tinggal di asrama. Malam semalam dalam jam 12.30 tengah malam, ana terima panggilan dari adik ana, acik.
Acik : Kak, tengah buat apa?
Kak ina : Tengah buat revision, Rabu exam. Cik, macamana hari ini orientasi?
Acik : Kak, aku takutlah.
Kak ina : Kenapa pula? Kat mana ni?
Acik : Kat bilik dah. Baru habis baca surah Al-Mulk. Kak, tadi waktu latihan nyanyi lagu matrik kat padang, tetiba ada orang jerit-jerit. Dia kena histeria. Pastu ada yang lain kena juga. Dah la dia duduk satu blok dengan aku. Kak, macamana nie?
Kak ina : Jangan la takut sangat. Buat biasa jea. Tak ada apa pun tu. Ingat, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Yang penting, jangan lupa baca Quran dan solat. Sebelum tidur, ambil wudhu'. Jangan lupa gosok gigi pula. Nanti benda tu tak datang, benda lain pula datang. He3
Acik : Kak, jangan la nak main-main pula.
Kak ina : Kang aku serius ko takut pulak. Sebelum tidur, baca ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur. Pastu niat nak bangun awal pagi esok untuk solat subuh.
Acik : Ok. Kak, ko tak nak datang tengok aku ke?
Kak ina : Kenapa pula? Tak sampai seminggu dah nak datang. Mengada lebih nampak.
Acik : Bukanlah, barang-barang aku tak cukup. Aku bawa cawan jea dari rumah. Pinggan, sudu, tupperware semua tak ada.
Kak ina : La, kenapa tak bawa dari rumah.
Acik : Mana la aku tahu. Aku tak pernah duk asrama. Nak tanya ko asyik sibuk jea. Tak nak la kacau. Kalau dulu ko masuk asrama kat Seremban, mak yang packing kan barang. Aku semua buat sendiri tau.
adik no 3 & 4
Ayat terakhir ini, sebenarnya buat ana rasa satu tamparan hebat kat hati ini. Bukan bergenang dah air mata, dah tertumpah dah pun. Namun, still steady. Anak sulung mana boleh tunjuk lemah dan lembik sebab adik-adik semua bergantung pada dia. Itu baru satu cerita. Ana ada empat orang adik. Cerita seterusnya pula, adik ana yang nombor 1 (no 3 dalam family). Yang nie baru habis exam untuk semester akhir diploma Mechanical Engineering kat Pulau Pinang. Dua minggu ini duk telefon ana menyatakan kerisauan untuk melihat keputusan exam yang bakal keluar. Takut kena repeat paper dan pointer tak cukup untuk sambung degree. Malam tadi dalam jam 10 malam ana terima mesej dari dia.
"Salam, kak. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat."
Ana yang tak tahu hujung pangkal ini, rasa pelik sebab tak faham. Tiba-tiba, dia call ana.
Usop : Kak, aku bersyukur sangat-sangat. Tak tahu nak kata apa.
Kak ina : Kenapa pula tiba-tiba jea nie?
Usop : Aku dah check dah keputusan peperiksaan aku last semester.
Kak ina : So, macamana?
Usop : Aku tak sangka kak. Aku lulus dan boleh dah dapat diploma hujung tahun nie. Boleh dah sambung degree. Alhamdulillah, kak.
Kak ina : Alhamdulillah, kena buat sujud syukur tu.
Usop : Betul kak. Aku tak sangka sangat. Pagi tadi kawan aku call kata dia kena repeat. Dalam rumah aku, aku sorang jea yang ambil kredit hours paling banyak. Aku yang jawab paper tu. Ada lima semua. Semua 3 kredit hours. Aku yang jawab aku tahu susah senangnya. Aku tak sangka kak. Aku bersyukur sangat.
Kak ina : Eloklah tu. Ingat, yang bagi kau lulus tu semua dengan izin ALLAH. Doa banyak-banyak pada dia. Aku pun tumpang gembira kalau kau berjaya. Tahniah.
Usop : Kak, aku tak tahu nak cerita dengan sapa. Aku ada ko jea nak bagitahu. Terima kasih sebab doakan aku selama ini. Aku selalu pikir, kalu aku kena repeat. Mana nak cari duit bayar yuran exam. Nak balik penang balik. Nak duduk kat mana. Terima kasih kak doakan aku. Aku ingat lagi arwah mak suruh aku belajar sampai berjaya. Aku akan buktikan aku jadi engineer pada kau walaupun mak dah tak ada.
adik no 1
Allahuakbar, tersentuhnya hati ana waktu ini. Ana tahu, dia yang paling rapat dengan arwah mak. Ya ALLAH, beratnya tanggungjawab jadi anak sulung. Tambah-tambah keadaan mak yang dah tak ada. Semua memerlukan ana. Tahu tak ana jawab apa? ana jawab : "Ok, aku cabar kau." Adik ana jawab : "Terima kasih kak cabar aku selama ini." Ya ALLAH, permudahkanlah urusan dia. Nie, baharu dua cerita. Cerita yang ketiga, adik ana nombor 4 (no 6 dalam family). Ni yang sekolah asrama kat Seremban. Minggu nie, minggu ana exam sama juga dengan dia. Ana terima panggilan dari dia tiga hari sekali.
Ikah : Kak, doakan aku exam esok yea.
Kak ina : InsyaALLAH, sentiasa doakan untuk ko walaupun bukan waktu exam. Ko pun doakanlah untuk aku. Aku pun exam juga nie.
Ikah : Mestilah aku doakan untuk ko. Kitakan adik-beradik. Kenalah sentiasa mendoakan antara satu sama lain walaupun jarang jumpa. Yang tinggal pun kita jea.
Ini lagi sorang ni. Buat ana rasa diperlukan setiap waktu. Bantulah dia, Ya ALLAH. Cerita yang terakhir pula, adik ana yang nombor 5 (no 7 dalam family). Jarak umur dia dengan ana adalah 11 tahun. Dia tak rapat dengan ana sangat. Jarang sangat bercerita sebab ana jarang balik rumah. Dia nie rapat dengan adik ana yang Acik (kat matrikulasi). Baru-baru ini ana call tanya macamana dia duk rumah sekarang sebab dulu dia duduk dengan acik. Sekarang adik ana yang no 1 jaga dia sebab dah habis belajar kat Penang.
Kak ina : Adik, macamana sekolah tadi? Kerja sekolah dah siap belum?
Adik : Ok. Dah siap petang tadi dengan abang.
Kak ina : Dah solat Isyak belum? Abang masak apa?
Adik : Dah. Abang tak masak. Makan kat luar tadi.
Kak ina : Adik ok tak kak cik tak ada kat rumah?
Adik : Ok, sebelum acik pergi matrik, acik dah gosok baju sekolah adik untuk seminggu. Adik dah basuh kasut dan goreng telur sendiri.
Kak ina : Wah, bagusnya. Kan pandai buat sendiri.
Adik : Kak ina, bila acik nak balik rumah? Tinggal abang dengan adik jea kat rumah.
adik no 5
Allahuakbar, rindu rupanya dia walaupun baru tiga hari acik pergi matrikulasi. Dari dia darjah dua sampai darjah enam dengan Acik jea semua. Main, gaduh, belajar dan ketawa, semua dengan Acik. Sebab yang lain, belajar jauh. Tak membesar sama dengan dia. Acik sanggup tolak tawaran sambung belajar kat sekolah asrama Sains waktu tingkatan 4 sebab nak jaga adik. Sedih dan serba-salah terus menular dalam hati ini.
Ya ALLAH, terus terang ana kata ana bersyukur punya adik-adik seperti kalian. Banyak perkara ana belajar. Memang besar tanggungjawab anak sulung. Sampai satu masa ana terfikir ana bukan selayaknya untuk berada di tempat ini. Meraka sangat memahami ana, banyakkan bagi semangat, tak pernah nak susahkan ana walaupun perkara kecil, tak minta perkara bukan-bukan yang tak mampu ana nak bagi, tak pernah nak salahkan ana, sangat membantu dan menghormati ana. Memang ana tempat mereka bergantung. Keadaan ini buat ana makin belajar banyak perkara. Terkadang rasa sangat lemah dan tidak mampu untuk memberi apa-apa pada mereka. Saat ana melangkah kaki dari pintu rumah selepas arwah mak ana meninggal untuk pulang ke kampus empat tahun lepas, ana hanya meletakkan kesemua adik-adik ana hanya pergantungan pada ALLAH semata-mata. Ana doakan agar mereka sentiasa dalam peliharaan ALLAH, dilindungi dari sebarang perkara-perkara yang tidak diingini dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa begitu, kerana bagi ana ALLAH lebih tahu yang terbaik untuk mereka. Ana tak mampu untuk menanggung amanah ini dengan kudrat ana semata-mata kerana ana juga perlukan mereka.
Rasullullah s.a.w bersabda, "Paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya."
iman's note : Bahagiakanlah ayahku dengan permata-permatanya ini. Al-Fatihah buat arwah mak, arwah abang dan arwah adik no 3 (no 4 dalam family). Khas buat intan berlian emas kak ina :
Ya ALLAH,
Mereka buat hati gembira,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah rasa,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya ALLAH,
Silaturrahim kami Usrah Fillah,
Bermusuh kami Nauzubilah,
Berpisah mati InsyaALLAH,
Pengubat hati Doa Rabithah.
Ya ALLAH,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan kami di taman syurga.
Ameen.
**imannurbalqis**
...pernikahan : marhalah DAKWAH...
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)
iman's note : BAIT AL-MUSLIM, where a true muslim family is created. Satu wasilah terbaik dalam menyempurnakan maratib amal. Masakan kita mampu untuk membina masyarakat muslim sekiranya keluarga yang dibina tidak berlandaskan syariat dan bermatlamat memenuhi keperluan fitrah manusia semata-mata. Bahkan pula berangan-angan mengidamkan empayar Islam. Jauh sekali. Mulakan dengan langkah ini agar kehidupan Individu Muslim dapat dimantapkan, Masyarakat Muslim mampu dihasilkan, Kerajaan Islam boleh ditegakkan, Daulah Islam akan terbina, Empayar Islam menjadi mapan, Ustaziatul Alam akhirnya terlaksana. Kejarlah mardhatillah, moga hidup kita penuh rahmat dan berkat dari ALLAH s.w.t.
**imannurbalqis**
...exam FEVER...
There's a mountain we need to climb
Either we can see it or even we blind
Cause the world sketches the journey to forever life
As the base we walk
To the top we stop...
The higher we step
The nearer we get
Through the way we think
Through the track we act
We've chose the road to be taken
These are what we'll get
To the HELL or HEAVEN...
As KHALIFAH & SERVANT
That's how we're tested
We opportunity to failed or being the best
There's the WORLD, the BASE and the JOURNEY
Reaching to the top
The eternity we'll see...
iman's note : Dalam masa kita berlumba-lumba mengulangkaji pelajaran, bersengkang mata dan hafal fakta-fakta berbuku-buku sebagai persediaan peperiksaan, tingkatkan ketaqwaan kita pada ALLAH. Sedarilah, hanya ALLAH tempat kita meletakkan pergantungan. Hanya ALLAH yang mengizinkan kejayaan kita. Jangan anggap usaha kita penentu segalanya. Jangan kita semakin lalai dan menjauhinya. Musim peperiksaan adalah salah satu terbiyyah diri dari ALLAH. Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua warga Kampus Perempuan Melayu khususnya dan IPG seluruh Malaysia umumnya bagi sesi 1/2011.
**imannurbalqis**
...GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA...
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca laman sesawang ini. Didoakan kalian semua sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang ALLAH selalu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga segala urusan kita dalam kehidupan seharian sentiasa diberkati oleh ALLAH. Alhamdulillah, dapat juga keluarkan entry pada 16 Mei ini. Saban tahun 16 Mei cukup sinonim dengan Hari Guru. Dari ana sekolah tadika lagi. Rasanya akan berterusan sehingga umur hampir seabad mungkin sekiranya diizinkan ALLAH.
Lantaran itu, dengan rasa rendah diri saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHERS DAY, 教师节愉快 , खुश शिक्षक ,المعلم سعيد kepada guru-guru yang pernah mengajar insan yang serba dhaif ini. Didoakan kehidupan kalian sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH selalu. Terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan selama ini sehingga ke saat ini. Moga dunia pendidikan ini dipelopori oleh pendidik-pendidik seperti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Ingatan penuh takzim buat guru-guru :
Tadika KEMAS Batang Merbau, Kelantan.
SK Batang Merbau, Kelantan.
SK Undang Johol, Negeri Sembilan.
SMK Tampin, Negeri Sembilan.
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan.
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Andai inginkan kebahagiaan setahun semailah benih,
andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun tanamlah pokok,
andai inginkan kebahagiaan seratus tahun didiklah manusia.
iman's note : Artikel GURU - penting dan beruntung, akan dipost dalam laman sesawang ini setelah dipublish dalam majalah Nisa' keluaran Biro Penerangan dan Penerbitan Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA).
**imannurbalqis**
...kaki lebih BERSIH dari muka...
Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudu'.
Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudu'. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.
Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).
Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)
Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).
Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.
iman's note : Ketahuilah ISLAM itu mudah. Jangan dipersusahkan urusannya. Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk terus berusaha demi mengembalikan kehidupan Islam yang telah lama hilang. Renunglah diri kita dan lihatlah kekuasaanNya. Bersamalah kita melibatkan diri dalam usaha dakwah agar mendapat mardhatillah. Dengan pedoman-pedoman Rabbani, dan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai panduan kita dalam “berusaha”, kita berharapkan agar saff Harakah Islamiyyah dan dakwah akan berjalan dengan cara penuh hikmah dalam usaha kita menyeru manusia untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar menuruti langkah-langkah yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah dengan kata lain metod yang kita tempoh tidak bersalahan dengan thariqah yang telah dipertontonkan oleh Rasulullah. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Ingatlah janji Allah itu benar! Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama.
“Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak manusia kepada kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang menang.”
**imannurbalqis**
...iklan 1...
iman's note : Mari kita sama-sama berubah, dan melakukan perubahan. Akan ada risiko dan perlu ada pengorbanan. Mari kita pupuk keberanian dan berserahlah pada Allah. Masanya untuk berubah adalah sekarang, walau dengan hati yang ringan atau berat, sebagai seorang daie, kita adalah orang yang pertama sekali perlu memulakan perubahan bagi menuju kepada matlamat dan cita-cita kita untuk memartabatkan agama Islam.
**imannurbalqis**
...raja ISTIGFAR...
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Aku memohon ampun kepada ALLAH Yang Agung, yang tidak ada Tuhan yang lain kecuali Dia. Yang hidup tegak kokoh. Aku bertaubat kepada-Nya dari segala perbuatan durhaka dan dosa. Aku bertaubat kepada-Nya dari segala ucapan, perilaku, pendengaran, penglihatan dan perasaan yang Engkau benci.
Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu dari segala dosa yang telah lalu dan yang kemudian, yang melewati batas, yang aku sembunyikan dan yang terang-terangan, serta dosa yang Engkaulebih mengetahuinya daripada saya. Engkau yang Qodim dan yang Akhir, dan yang berkuasa atas segala-galanya.
Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu dari setiap dosa. Aku bertaubat kepada-Mu darinya yang kemudian aku mengulangi-nya.
Aku memohon ampun kepada-Mu atas amal yang tujuannya untuk-Mu, tetapi dicampuri hal-hal yang tidak Engkau ridhai.
Aku memohon ampun kepada-Mu atas penghianatanku terhadap janji-Mu padaku, dan aku mohon ampun kepada-Mu atas pelanggaran terhadap sesuatu yang terlarang. Aku memohon ampun kepada-Mu atas segala nikmat pemberian-Mu kepadaku, kemudian aku menyalahgunakannya pada perbuatan durhak. Aku memohon ampun kepada-Mu atas segala dosa yang tiada pengampunannya kecuali Engkau, dan tidak menampakkannya kepada seseorangpun selain kepada-Mu, dan tidak melapangkannya kecuali rahmat dan santunan-Mu, dan tidak dapat selamat darinya kecuali atas ampunan-Mu. Aku mohon ampun kepada-Mu dari setiap sumpah yang aku langgar, dan aku memohon ampun kepad-Mu hai Dzat Yang Tiada Tuhan lain kecuali Engkau, Yang mengetahui barang gaib dan nyata, dari setiap kejahatan yang aku lakukan di siang hari bolong ataupun di malam gelap gulita, tersembunyi atau terang-terangan. Engkau senantiasa melihat aku, setiap aku melakukan maksiat pasti Engkau melihatnya, baik perilaku yang aku sengaja, salah ataupun lupa, hai Dzat Yang Penyantun lagi Pemurah. Aku mohon ampun kepada-Mu yang tiada Tuhan lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau bahwasanya aku menganiaya diri, Ya Allah Tuhanku ampunilah aku dan kasihanilah serta terimalah taubatku, Enakau sebaik-baik Pengasih.
Aku memohon ampun kepada-Mu atas pelanggaranku meninggalkan ibadah fardhu yang telah diwajibkan kepadaku dalam sehari semalam, baik yang aku sengaja atau yang tidak, yamg lupa atauyang saya mengabaikannya, dan aku dituntut karenanya, dan dari setiap sunah nabi Muhammad Saw yang aku tinggalkan karena lupa atau khilaf, dungu atau menggampangkannya, sedikit atau banyak dan aku mengulanginya.
Aku memohon ampun kepada-Mu hai Dzat Yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Yang Esa tiada sekutu bagi-Mu, Mha Suci Engkau Penguasa alam semesta, kepunyaan-Mualah kerajaan, dan bagi-Mulah segala puji dan syukur, Engkau yang mencukupi aku, Engkau adalah sebaik-baik pelindung dan penolong, tiada kekuatan dan kemampuan melakukan ibadah kepad-Mu, serta menjauhi larangan-Mu kecuali dengan pertolongan dari-Mu yang Luhur dan Agung.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Astaghfirullah alladzi laa ilaaha illa huwa alhayyu alqayyumu wa atuubu ilaihi.
Shalawat dan salam sebanyak-banyaknya tetaplah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat beliau. Segala puji adalah kepunyaan Allah Penguasa alam semesta.
sumber : KATA MUTIARA ISLAM
iman's note : "Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu… Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu… Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya… Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu… Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu… Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu… Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu… Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu… "
**imannurbalqis**
...koreksi 1 Mei...
Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum w.b.t buat semua sahabat-sahabat dan pembaca laman sesawang ini...Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepadaNYA di atas kurniaan-kurniaan yang tidak terhingga...Segala nikmat dan pemberian yang tidak terhingga ini tidak lain tidak bukan adalah tanda sayang dan cintanya Allah terhadap hambanya... Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang syirik dan munafiq... Selawat dan salam tidak lupa dipanjatkan buat Nabi junjungan kita Muhammad Habibillahi SAW kerana telah berjuang dari kesengsaraan umat hinggalah kelapangan dan cerahnya langit yang kita lalui sekarang.. Semoga mata rantai perjuanganmu akan terus bergerak lancar diatas bahu-bahu kami... Amin...
1. Mei : selamat hari buruh
Alhamdulillah, kita sudah menginjak ke bulan Mei... Hampir setengah tahun kita "bekerja" di muka bumi ALLAH ini...Banyak perkara yang dilalui dan dihadapi dalam melangkah liku-liku kehidupan yang banyak ranjaunya... Hari ini 1 Mei 2011, dalam kalendar Malaysia menunjukkan hari ini adalah Hari Pekerja...Hari Pekerja bukan hari berkerja tapi hari untuk pekerja-pekerja diberi ruang untuk cuti...Cuti umum lagi...dapat dua hari..sekali dengan esok...bersyukurlah yea, wahai sekalian insan yang bernama pekerja-pekerja...Ana juga merasai ruang cuti yang diberikan... Menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan beberapa yang perlu dilunaskan dalam hujung minggu ini juga agar hari-hari esok lebih mudah pengurusannya...insyaALLAH... Ini juga merupakan entri pertama untuk bulan Mei ini...diharapkan ana dapat terus bekerja dalam menaip aksara-aksara ajaib ini untuk mencetuskan kalimah-kalimah cinta buat yang maha Esa dengan izinNYA juga...
Bercakap mengenai Hari Pekerja atau bahasa Negeri Sembilannya lebih dikenali sebagai "Labour Day" sangat sinomin dengan cuti dan rehat setelah penat bekerja...Suka untuk ana membawa semua pembaca untuk sama-sama kita koreksi ruang lingkup sebenar pekerja...seperti yang kita sedia maklum, pekerja merupakan orang yang berkhidmat dalam sesuatu pekerjaan...tidak kiralah di peringkat kerajaan, swasta ataupun berkerja sendiri...malahan jika kita tidak bekerja pun sebenarnya kita tetap bekerja...bekerja dengan siapa yea?? Jawatan yang kita sandang ini bukan jawatan yang ringan-ringan tapi jawatan yang cukup tinggi tahapnya iaitu KHALIFAH ALLAH...satu jawatan yang hanya sanggup terima dan disandang oleh makhluk yang bergelar manusia...malahan, telah berbaiah di hadapan ALLAH s.w.t yang manusia iaitu kita sanggup untuk menyandang jawatan ini...pembaca sekalian, ingatlah...kita bekerja bukan hanya untuk melengkapkan kehidupan dengan harta dan wang ringgit semata-mata tetapi bekerja adalah suruhan ALLAH s.w.t...kebanyakkan antara kita cuba untuk mendapatkan pekerjaan yang paling tinggi dan paling elok di mata manusia dalam sesuatu organisasi...itu tidak salah...malahan, digalakkan untuk meningkatkan lagi diri kita dari satu tahap ke tahap yang lebih baik...persoalannya, bagaimana cara kita bekerja? Ana bukanlah seorang pekerja tapi ana bakal bekerja..insyaALLAH, tahun hadapan...moga diberikan kesempatan...
Selama tiga bulan berada di sekolah dan bersama-sama dengan pekerja dan "bekerja", banyak perkara yang pekerja-pekerja ini luahkan dan kongsikan dalam profesion ini... ana tidaklah mahu memberi penumpuan entry ini pada profesion perguruan semata-mata tapi ana ingin berkongsi pandangan dan membuka ruang untuk berbicara tentang apa sebenarnya yang dikejar dalam pekerjaan hari ini...tidak kiralah kita ini seorang perdana menteri, senator di dewan negara, CEO syarikat, guru tadika KEMAS, pelukis di jalanan, tukang kebun di sekolah, nelayan di lautan atau pembantu rumah di bandar-bandar...bekerjalah kita sebagai apa pun...namun, yang paling utama pekerjaan kita haruslah HALAL dan BERKAT di sisi ALLAH s.w.t...Dalam firman Allah s.w.t, yang ertinya: “Dialah Dzat yang telah menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Q.S AI-MuIk (67):15)
prinsip bekerja : ALLAH tidak menilai pada hasilnya
tapi pada sepanjang proses penghasilannya
Jadikanlah setiap dari langkah pekerjaan kita adalah ibadah kita untuk ALLAH s.w.t agar kita tidak mudah untuk mengeluh ketika diasak dengan due-date, kecewa apabila insurans tidak dibeli orang dan geram dengan perangai anak-anak murid yang kian melampau perangai dan sikapnya dari hari demi hari...Ya, ramai antara kita yang tidak berani berfikir bahawa jalan ibadah bisa menambah dan memperluas rezeki...yang kita nampak hanyalah rutin harian untuk keluar rumah waktu pagi, bekerja dan pulang waktu petang...akhir bulan dapat gaji seterusnya pergi membeli dan berjoli...tidak langsung merasai sinergi bekerja...betapa malangnya kita pekerja-pekerja...ALLAH s.w.t telah memberi kita peluang untuk merasai nikmat bekerja dengan kemanisan ukhuwah bukan dengki-mendengki, rasa syukur dengan kemampuan diri bukan dengan merasuah untuk naik pangkat, kegembiraan apabila menyelesaikan tugas dengan sebaik mungkin bukan sikap pentingkan diri sehingga menyusahkan orang ramai...sungguh rugi...Ada satu hadis yang sangat menarik, yang meriwayatkan bahawa: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengangkat dan mencium tangan seorang lelaki yang sedang bekerja keras. Lantas beliau bersabda: “Bekerja keras dalam usaha mencari nafkah yang halal adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimah”. Subhanallah, indahnya bekerja...
Wahai pekerja-pekerja sekalian, kita bukan bekerja untuk diganjari di sini sahaja... bukan berhenti, bersara atau pencen penamat pekerjaaan kita...tapi laluan kita bekerja ini akan dibawa dan dinilai hingga ke akhirat kelak...kita bukan bekerja untuk majikan kita semata-mata tapi kita bekerja untuk menuai saham pahala di akhirat kelak...jika kita seorang Menteri, jadilah menteri yang amanah dalam menguruskan portfolio yang dipegang bukan rasuah sebagai makan harian...jika kita seorang doktor, jadilah doktor yang menasihatkan pesakit-pesakitnya untuk makan ubat rohani mengikut waktunya bukan hanya tawakkal pada ubat-ubat yang dibekal...jika kita seorang penjual kuih, jadilah penjual kuih yang menjual kuihnya dengan bahan-bahan yang bersih bukan sekadar menyediakan untuk mengenyangkan perut semata-mata...jika kita seorang guru, jadilah guru yang mendidik untuk kelangsungan sahsiah yang gemilang bukan sekadar meningkatkan prestasi akademik dan sekolah...jika kita seorang pembancuh kopi di pejabat, jadilah pembancuh kopi yang mengingatkan waktu solat pada peminum-peminum kopi bukan sekaki bergosip sekali sehingga tamat waktu bekerja...
Ingat, tidak semua dosa kita cukup diampuni Allah Ta’ala dengan uraian air mata sambil istigfar, namun ada dosa-dosa yang terampuni dengan bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam bekerja...Hal ini kerana, kerja keras dengan bersungguh-sungguh tersebut kita boleh meringankan beban dan urusan orang yang memerlukannya...Rasullullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan kerana bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri, maka di petangnya itulah ia diampuni dosa-dosanya,” (HR Ibnu ‘Abbas). “Siapa saja yang membebaskan kesusahan dan kesulitan hidup seseorang yang beriman, Tuhan akan membebaskannya pada hari Kiamat. Siapa saja yang meringankan beban hidup orang lain, Allah akan meringankan segala urusannya di dunia dan akhirat. Tuhan senantiasa menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya. (HR. Muslim). Ketika pulang dari perang, di tengah perjalanan, Rasulullah ditemui seseorang yang bernama Sa’ad al-Ansari. Sa’ad mengeluh dan memperlihatkan telapak tangannya yang pecah-pecah. Ketika Rasul bertanya : “Mengapa?”, Sa’ad menjawab: “Saya ini bekerja mencari nafkah yang halal untuk keluarga dengan cara membelah batu, kemudian batu itu saya jual. Setiap hari saya bekerja seperti itu.” Kemudian Rasul mengambil tangan Sa’ad yang kasar dan pecah-pecah itu, lalu menciumnya, sambil berkata: “Tangan seperti inilah yang kelak akan dicintai Allah.” Sesungguhnya sebaik-baik makanan bagi diri seseorang, adalah makanan dari hasil keringatnya sendiri lantaran penuh dengan berkat Allah s.w.t, yang akan menumbuhkan kehormatan diri serta menjauhkannya dari kehinaan hidup.
segalanya adalah IBADAH
”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan solat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.”(HR. Bukhari) Islam adalah agama kerja...Agama untuk ibadah kita sehari-harian...Oleh itu, marilah kita jadikan setiap ayunan langkah kita dalam bekerja sebagai zikir kita kepada Allah s.w.t...Kita jadikan setiap gerakan tangan kita dalam bekerja sebagai tasbih kita kepadaNya...Kita jadikan setiap ucapan dan fikiran dalam bekerja sebagai sujud dan syukur kita kepada Rabbul Izzati...Semoga kita termasuk hamba yang dimaksudkan dalam sabda Rasullulah s.a.w : Seutama-utamanya amal adalah memberikan rasa bahagia pada hati orang beriman, melepaskan lapar, membebaskan kesulitan atau membayarkan hutang (HR. Thabrani).
iman's note : teringat lirik lagu nasyid nyanyian Saujana yang selalu menitip di bibir sewaktu sekolah rendah. "Kami bekerja sehari-hari, Untuk belanja rumah sendiri, Walaupun hidup 1000 tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya, Walaupun hidup 1000 tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya".
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy7 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`10 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan6 years ago
-
-
2014 : 22 days before ramadhan..10 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani10 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan11 years ago
-
-
mac 201311 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1211 years ago
-
Kembali Menemui Rab...12 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201212 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah12 years ago
-
Kan ku Cuba...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA12 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah13 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.