.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...misi cuti 1 : reading BOOKS...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca entry ana. Segala puji hanya bagi Allah S.W.T., Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha luas ilmu pengetahuannya, yang dengan nikmatnyalah sempurna segala kebaikan dan keberkatan. Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan pertolongan Allah yeng telah memberi taufik dan hidayat serta dengan keizinannya, dapat juga ana mengisi laman sesawang ini dengan entry yang bermanfaat. InsyaALLAH.

hak milik kerajaan : rak buku
hak milik persendirian : buku-buku

Walaupun dah menjengah ke waktu pagi namun sepasang mata ini masih tidak mahu ditutup selepas siap mengemas bilik untuk ditinggal selama tiga minggu. Bilik perlu dikosongkan untuk dijadikan bilik penginapan bagi peserta-peserta Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) kali ke-IV. Jadi, kena la akur dengan arahan yang telah diberikan walaupun barang sangat banyak. Cukuplah dikosongkan kawasan meja belajar, kawasan cermin dan tempat menyimpan makanan untuk kegunaan mereka. Iyealah, status pelatih guru tahun akhir di kampus. Kumpul barang dari foundation sampai tahun yang kelima. Tak tau la macamana gayanya.(^_^) Dalam pada masa mengemas barang-barang berharga yang perlu disimpan, kemas sekali barang-barang yang nak dibawa balik ke rumah. Memang jenis ana bawa barang penting. Ada la dalam 3 beg. Opps, jangan salah sangka. 3 beg itu adalah beg galas, beg pakaian dan hand beg. Sampai ada yang kata, bawa balik nie jea ke? Sikitnya. Aish, takkan nak bawa barang balik banyak-banyak. Dah la, Dato' K tak mai datang ambil. Naik bus loncat-loncat. Pening la kepala bawa barang banyak-banyak. Lagipun kat rumah dah ada semua kelengkapan. Kita mesti sistematik bab-bab nie. Betul tak?

Ok, terus pada isi yang ana nak ceritakan. Dalam tengah kemas-kemas barang nak dibawa balik. Ana terpandang tempat yang mesti ana pastikan sentiasa kemas. Rak Buku. Hati kalau lara pun, bila pandang rak buku ini mesti rasa senang hati. Salah satu mission cuti ini ialah nak habiskan bahan bacaan yang dibeli dan tak dikhatamkan bacaannya lagi. Jadi, antara buku yang terpilih untuk diamati setiap aksara dan isi bukunya ialah :
1)
oleh John C. Maxwell

Harga: RM RM14.00 / RM RM16.00
ISBN-13: 978-967-369-092-3
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 120
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Sebab pemilihan : Short and precise. Buku ini memberi pandangan tentang cara untuk menjadi pemikir yang kreatif dari sudut dunia masa kini. Buku ini juga membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. Ada 11 rahsia pemikiran semuanya, ana baru selesaikan dua rahsia "Berfikir Secara Big Capture" dan "Berfikir Dengan Fokus".

2)
oleh Shayuthy Abdul Manas

Harga: RM 16.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-9677-5137-13-6
Tarikh Terbit: 4 Aug 2008
Jumlah Muka Surat : 128
Kategori: Islam, Gaya Hidup, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sebab pemilihan : Suitable for me. Nak terlibat dalam politik ke?(^_^) Kalau diberi peluang, insyaALLAH. Namun sebab utama, buku ini dipilih adalah kerana suasana kepimpinan di kampus ana sekarang. Iyelah, di kampus semua warga pelatih gurunya perempuan. Walaupun sudah tiada taklifan di kampus namun ingin mereflek semula tanggapan masyarakat berkenaan kepimpinan wanita dalam Islam.

3)
oleh Andrea Hirata

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5783-57-9
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 521
Kategori: Novel Dewasa Umum
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sebab pemilihan : Profitable. Dua novel dalam satu harga. Jimat.(^_^)b Kalau orang yang kenal ana, memang ana suka baca novel. Ana banyak belajar bina pandangan dari bacaan novel. Lepas baca, ana buat kritikan atau ulasan tak bertauliah. Tak semua novel ana ambil, yang kena dengan jiwa jea. Lagipun, novel ini penulisnya adalah penulis novel Lasykar Pelangi. Ana bagi sedikit sinopsis novel ini :

Novel Padang Bulan bermula daripada kisah seorang gadis kecil berusia 14 tahun, Enong namanya, yang sangat gemar pada pelajaran bahasa Inggeris, namun secara mendadak terpaksa berhenti sekolah dan mengambil alih seluruh tanggungjawab keluarga.

Cinta di Dalan Gelas berkisah tentang perjalanan nasib Enong, melalui gaya khasnya - mentertawakan kepedihan, memparodikan tragedi, mengkritik tanpa perlu menjadi sarkastik. Kisah Enong menjadi seperti panggung dalam lembaran-lembaran kertas. Enong jatuh, bangun, jatuh lagi dan bangun lagi. Kisah Enong bukan sekadar kisah sebuah keluarga yang sederhana, namun kisah impian seorang anak kecil, kisah keberaniannya menjalani hidup dan kisah seorang lelaki yang menjadi berantakan kerana tragedi cinta pertama.

4)
Oleh Suhaimi Mamat (Pakcik Sains)

Kod Katalog : TBBK 1104
Kod ISBN : 978-967-5102-47-9
Jumlah Muka Surat : 176
Harga : RM23.00 / RM25.00
Penerbit : Telaga Biru

Sebab pemilihan : Becoming Science Teacher.(^_^)v Buku ini ana beli tahun lepas lagi sewaktu debaran menantikan peperiksaan akhir semester 5 tapi baru habiskan baca 30 eksperimen. Ada lagi 50 eksperimen yang tak dijengah lagi. Alhamdulillah, ada juga yang ana praktis waktu praktikum hari itu. Sangat best sebab praktikal. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga cikgu sekolah.

5) Proposal Kajian Tindakan :
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KPS MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN KAEDAH AMALI DALAM TAJUK KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN.
Oleh Norzarina Kamarudin

Jumlah Muka Surat : 22
Diluluskan setelah empat kali diperbaiki.

Sebab pemilihan : My responsibility. Memang kena jadi rujukan untuk buat instrumen bagi kajian tindakan yang akan dilaksana pada semester depan. Moga dapat diselesaikan dengan jayanya kajian tindakan ini dan dapat dibentangkan dapatannya dalam seminar dengan baik.

Itulah antara bahan bacaan yang akan dihabiskan waktu cuti tiga minggu ini. Mampu atau tak, jawapannya ada pada si pembaca.(^_^)Sebagai seorang bakal guru, seharusnya membaca itu menjadi satu kewajipan harian kita. Pilihlah bacaan yang sesuai dan memberi faedah pada kita kerana membaca juga perlukan masa. Jangan dibazirkan masa dengan membaca perkara yang tidak bermanfaat. Di sini ana ingin berkongsi fakta dengan kalian tentang tahap budaya membaca ummah Islam khususnya di negara-negera Arab berbanding negara Jepun dan Eropah. Statistik ini ana petik daripada Majalah Solusi keluaran Isu 18. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani. Hasil kajian beliau seperti berikut:

Jepun : 40 buah buku setahun
Eropah : 10 buah buku setahun
Arab : 20 HELAIAN BUKU SETAHUN!

Bagaimana pula di negara kita, Malaysia sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara. Kajian yang telah dibuat pada tahun 2005 menunjukkan budaya membaca dalam masyarakat kita ialah 2 BUAH BUKU SETAHUN! Jenis-jenis bacaannya pula seperti berikut:

Surat Khabar : 77.4 %
Majalah : 3 %
Buku : 3 %
Komik : 1.6 %

Nah, apa yang dapat anda simpulkan tentang perkara ini? Sepatutnya, dalam kalangan umat Islam budaya membaca ini adalah perkara yang paling tinggi dan perlu dititikberatkan. Ini kerana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad ialah berkaitan dengan perintah MEMBACA.

Firman Allah (maksud):
"Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan" (al-'Alaq:1)

Namun, yang paling penting sekali, tadabbur Al-Quran wajib untuk dilakukan setiap hari. Sekiranya, waktu belajar tak sempat habis satu juzu', takkan cuti tiga minggu tak boleh habiskan. Kalau tak mampu, bacalah kalimah-kalimah suci dari ALLAH itu. Moga kita dapat membina hubungan dengan ALLAH. InsyaALLAH, kita cuba semampu mungkin untuk mengisi hari-hari cuti dengan perkara yang berfaedah.

ruang sebelah kanan

ruang sebelah kiri

iman's note : Kepada peserta SIPMA yang mendiami bilik CS-G-10 di blok kediaman Cempaka Sari, anda dibenarkan untuk membaca buku-buku yang ada di rak saya. Namun, sila jaga dengan baik keadaan bukunya dan letak semula ditempatnya. Tidak dibenarkan untuk membawa pulang. Saya sayang buku-buku saya.

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. to lukisan alam : boleh, pinjam~

  2. salam.

    1-nak tny best ke bku yg ditulis andrea hirata? ana ada terbaca katanya penulis menulis dgn stail yg menarik.tp xpernah jumpa buku dia lagi utk review content.

    2-perempuan biasa mmg minat novel.lelaki pun ada.tp ana masih tak dapat meminatkan diri untuk membaca novel lagi stakat ni. dah ada beli novel tp xbc sparuh jln.

    mungkin sbb novel ni terlalu lambat untuk jumpa point2 penting n mesej dia.byk pusing2 dl.tu yg bt tak tahan bc novel.sronok bc yg short n precise.

    3-xtahu plak buku how successful people think tu ada yg edisi BM.sblm ni dgr ada buku 7 habits je yg diterjemah dlm BM.stakat ni mcm mn gaya translate dia?sbb ana rasa bc dlm english version mcm lbh menarik.sbb mmg bhs asal penulis.

    ana ada beli buku The E Myth Revisited by Michael E Gerber dlm edisi BM.bc tu mcm xda 'kick'.

  3. to ehsan halim :

    1- setakat nie ana baca dah sampai mozek 19 bagi novel Padang Bulan. Alhamdulillah, masih menepati citarasa. Bergantung pada pembaca, klu suka baca novel dan memahami perkataan yang digunakan dalam bahasa Indonesia, insyaALLAH pasti anda suka. Novel ini seakan-akan sambungan dari Lasykar Pelangi.

    2- klu anda suka yang short and precise, disarankan untuk menonton filemnya sahaja nanti. tapi tak tahu la bila akan dikeluarkan. (^_^)

    3- memang ada. ada beberapa lagi buah buku hasil John C.Maxwell yang dah ditulis semula dalam bahasa melayu. Boleh check di laman PTS. Pembacaan setakat ini masih boleh merasai 'kick' buku ini sebab penterjemahnya adalah orang Melayu juga. Tak jadi masalah untuk memahaminya. Namun, kebanyakkan buku yang diterjemah ini bergantung juga pada keselesaan pembaca. Hal ini kerana, setiap pembaca mempunyai selera dan penilaian sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails