Ya Allah..
Aku hanyalah hambaMu yang lemah, penuh noda dan dosa, memohon sekelumit cintaMu, buat bekalan hidup yang semakin singkat...
Ya Allah..
sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh daripada Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku. Kerana aku mengimani, tidak ada sesuatu yang Kau takdirkan sia-sia, melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..
Ya Allah..
jika aku alpa, maka ingatkanlah aku dengan peringatan al-Quran, jika aku lemah, kuatkanlah aku dengan seruan jihad-Mu, jika aku mati, matikanlah aku sebagai mujahidah di jalan-Mu..
Ya Allah...
ku mohon, ampunilah ya Allah, dan Kau rahmatilah perjalanan hidup ini...
amien ya Rabbal 'alamien...
iman's note : terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bulan Mei ini. Kuliah, peperiksaan, program dan aktiviti-aktiviti sebagai seorang hamba ALLAH. Tahniah diucapkan kepada sepupu ana, Nurul Raudhah dan suami kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata pertama, Nurul Damia Qaisara pada hari terakhir peperiksaan. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Muhammad.
**imannurbalqis**