.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...UJIAN : BERANI @ BIJAKSANA?...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya, dapat ana menulis di sini buat penutup bulan Rejab ini dan juga entry terakhir untuk bulan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur tidak terhingga apabila masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama kalian dalam mencari makna sebenar kehidupan.

Setelah dua minggu menjalani kuliah untuk semester akhir ini sebelum menamatkan pengajian di kampus ini, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang tak sempat nak buat hobi hari-hari iaitu baca buku yang dibeli. Kesian buku-buku yang belum habis dikhatamkan. InsyaALLAH, tuan buku akan menghabiskan bacaannya. Jangan risau yea buku-buku. Baru-baru ini ada pensyarah minta ana bagi pengisian untuk pelatih-pelatih guru. Lantaran itu, ana cuba dapatkan bahan-bahan untuk dikongsikan. Biar tak seberapa tapi mampu memberi makna. Itu prinsip yang ana pegang dalam ber'blog' nie. Iyealah, kita tak tahu pun siapa yang baca tulisan kita dan adakah pembaca menerima dan terkesan akannya. Ana berserah pada ALLAH, agar usaha ini mampu memberi saham ana untuk akhirat kelak. Namun atas beberapa kekangan, pengisian tersebut tidak dapat disampaikan. Justeru itu, suka untuk ana kongsikan pengisian itu di sini. Tajuknya ialah UJIAN : antara BERANI & BIJAKSANA.

kepada Mu hamba ini mengadu

Pernah tak pembaca dengar tentang kisah Nabi Ayub a.s.? Nabi Ayub a.s bukan mangsa bakar golongan al-mala'. Tetapi ujian yang dihadapinya adalah ujian yang terlalu semulajadi. Ujian yang jarang dikaitkan dengan perjuangan Fi Sabilillah. Nabi Ayub diuji dengan penyakit yang menimpa tubuh badan. Penyakit yang bukan sahaja menjadikan fizikal baginda derita menanggungnya, bahkan ia membawa pula kepada kehilangan harta benda dan ahli keluarga.

Dan (ingatlah peristiwa) hamba Kami : Nabi Ayub ketika berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan." (Surah Shaad 38 : 41).

Namun, ALLAH s.w.t telah menjelaskan bahawa Ayub a.s itu adalah hamba-Nya. Itulah 'alasan' yang sudah cukup untuk menjelaskan betapa ALLAH s.w.t Maha Berkehendak, Bebas mengenakan apa sahaja ujian ke atas orang-orang yang beriman. Kerana apa? Kerana kita semua ini adalah hamba. Satu perkara yang perlu kita jelas ialah hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh diuji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Dia kehilangan diri kerana segala-galanya adalah ketentuan tuannya. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu ALLAH s.w.t. Sememangnya kita layak diuji. Kita perlu tahu bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Semuanya adalah kemahuan ALLAH s.w.t. Jadi, terserah kepada-Nya. Dalam menghadapi ujian kehidupan, satu perkara yang kita perlu sedar ialah ujian adalah cara ALLAH s.w.t meningkatkan kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

Kita sebagai seorang pelajar yang berjuang dalam menghadapi kehendak kampus tetapi kita diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan atau diuji dengan sahabat-sahabat yang tidak bersama dengan kita. Kita sebagai seorang pekerja yang berjuang dalam memenuhi tuntutan sebenar amanah dalam pekerjaan bimbang dibuang kerja tetapi diuji dengan anak yang terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga menghuni bilik jeriji besi. Mampukan kita untuk terus teguh di muka bumi ini? Istiqomah dalam menjalankan amar akruf nahi mungkar, andaikata ujian yang datang adalah penghias kepadanya? Syaitan akan terus membisik dan membolak balikkan keadaan dengan rasa aib, malu, rendah diri dan kecewa. Mungkin sehingga satu saat kita perlu membuat pilihan cara yang terbaik dalam mengatasinya tanpa memikirkan yang haq dan yang batil. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Jangan kita lupa bahawa ujian dalam kehidupan ini bukan hanya berani yang menjadi bekalan, malahan bijaksana juga sebahagian daripada senjatanya. Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerada di sisi Islam dia itu mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberaniannya. Bak kata pepatah Melayu, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Dalam era kehidupan globalisasi kini, kehidupan menjadi lebih rumit. Kerumitan itu menjadikan kita lebih tercabar untuk mengaitkan rupa bentuk gambarannya di dalam al-Quran, dengan realiti yang semakin berbeza. Begitulah juga dalam soal ujian. Ujian akan terus menghias perjalanan kehidupan. Justeru, ujian di sepanjang jalan kehidupan perlu dipelajari dan diteladani. Ia tidak muncul secara skema mengikut skrip yang dihafal dalam kehidupan sehari-hari. Kita seharusnya sentiasa peka dan mengenalpasti, apakah ujian yang sedang dihadapinya, lantas bertindak sesuai dengan ujian itu.

moga hambaMu ini terus thabat dalam perjalanan ini

"Dia itulah yang telah menjadikan keatian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik aalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengapun." (Surah al-Mulk 67 : 2)

Kehidupan dan kematian telah dijadikan ALLAH memang sebagai medan ujian buat kita. Namun kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu. Beranilah kita untuk berhadapan dengannya dan bijaksanalah dalam mencari jalan penyelesaiannya.

iman's note : Satu hari Imam Hasan al Basri pernah berkata;
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails