.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...nota si penulis AR : 19.0...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Segala pujian bagi ALLAH s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus mengetik aksara-aksara dalam meninggalkan sedikit perkongsian di laman ini. Ana akui sememangnya ilham yang ada dalam melakar bait-bait indah ini adalah dengan izin ALLAH jua hendakNya.

Bersyukur ana ke atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kerana ana telah pun selesai menduduki peperiksaan semester akhir setelah lima tahun setengah mengembara ilmu di bumi IPG KPM ini. Mohon maaf kepada pembaca laman sesawang ini kerana ana tidak mampu untuk mengemaskini laman ini dengan entri-entri baharu dengan konsisten. Entah mengapa, minat menulis laman sesawang yang suam-suam kuku sejak akhir-akhir ini membuatkan ana untuk lebih banyak koreksi diri. Namun, ana juga ingin bersama-sama dengan kalian untuk berkongsi rasa dalam kehidupan kurniaan Allah s.w.t yang cukup besar anugerahnya ini.


Perjalanan sebagai seorang pelatih guru masih lagi diteruskan dengan menghitung hari dan melakar saat-saat manis di kampus sebelum menamatkannya. Menyelesaikan urusan-urusan yang masih berbaki kadang-kadang membuatkan diri ini lelah. Alhamdulillah, diberi peluang untuk bersama-sama dalam perkongsian maghrib isyak di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA) tadi. Berbekalkan bait-bait tulisan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni, ada kalam yang dikongsi bersama. Moga ada manfaatnya buat yang mendengar dan yang menyampaikan. InsyaAllah. Telusurilah kebahagian dengan adanya kesedihan di sampingnya kerana di situ ada kenikmatan yang dicipta. Allahu Rabbi.

Sejak akhir-akhir ini hati begitu mudah terusik dengan senyum adik-adik junior, teguran khabar sahabat-sahabat dan sikap rakan-rakan. Mungkin di sini segalanya bermula membuatkan ana rasa sayu dengan suasananya. Namun, mana mungkin ana harus terus berada di sini selamanya. Langkah perlu diteruskan. Semalam adalah kenangan yang tidak dapat dijual beli. Biar manis, pahit, kelat, masam dan masin perisanya kerana ia perencah pada keenakkan rasanya. Malam ini membuatkan ana terfikir, segala yang telah berlaku adalah yang terbaik Allah hadirkan untuk ana. Alhamdulillah. Biar bagaimana pun permulaannya namun ciptalah pengakhiran yang tidak sia-sia. Seharusnya kita berusaha untuk mendapatkannya.

Sesungguhnya kini, masa untuk bermimpi sudah tamat. Saat ini, masa untuk bertindak. Detik ini, masa untuk melakukan. Minit ini, masa untuk merealisasikan impian. Kini masa untuk mengecapi apa yang dimahukan. Masa untuk ke hadapan. Masa untuk berdiri dalam dunia realiti. Masa untuk memimpin perubahan. Masa untuk menyampaikan mesej pencerahan. Masanya telah tiba untuk membuat anjakan paradigma. Perubahan yang lebih baik yang mana bermula dari diri sendiri. Seharusnya ana perlu keluar dari zon selesa itu dan menyukai apa yang telah ditaklifkan kepada ana sebagai khalifah Allah. Perjalannya masih panjang. Dakwat hitamnya belum kering, penanya masih tajam, lembaran kertasnya masih banyak yang kosong. Coretkan yang indah-indah.

Jangan dibiarkan hari-hari yang ada berlalu tanpa manfaat dan jangan tanamkan harta yang diperolehi pada sesuatu yang tidak berfaedah. Ketahuilah, usia itu terlalu singkat untuk disia-siakan dan harta itu terlalu sedikit untuk disimpan dalam hal-hal yang tidak berguna. Alangkah ruginya jika yang berakal menghabiskan waktunya dalam hal-hal yang tidak boleh diambil manfaat dan kebaikannya dan membelanjakan hartadalam hal-hal yang tidak menghasilkan pahala dan ganjaran.


Nabi Isa a.s pernah berkata: "Kebaikan itu ada tiga iaitu dalam Ucapan, Penglihatan dan Diam. Sesiapa yang ucapannya selain zikir maka dia sudah melakukan perkara yang sia-sia. Sesiapa yang pandangannya tidak untuk mengambil pengajaran pada perkara yang telah terjadi maka sesungguhnya dia sudah lupa. Sesiapa pula yang diamnya bukan untuk berfikir tentang kebenaran maka dia sudah tenggelam dalam kesia-siaan."

iman's note: Alhamdulillah. Moga urusan KISSM dan SPP dipermudahkan Allah. Ameen.

**imannurbalqis**

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Assalamualaikum wbt. Sekadar ingin mengucapkan lafaz tahniah buat diri anda dan sahabat-sahabat seperjuangan kerana telah berjaya menghabiskan pengajian di IPG anda. Mudah-mudahan anda dan sahabat menjadi seorang guru murabbi. Ingatlah bahawa suatu pengakhiran bukan perhentian untuk anda. Wassalam.

  2. nanti kalu dah posting jgn lupa update.. lagi2 saat2 maniskan.. uhuks3x.. kami nak dengaq gak. nak taw perkemabangan.. ^^,,

  3. to sentiasa di dalam ingatan: waalaikumsalam, syukran atas ucapannya. Mohon doanya yea.

    to ibnu selanjuri: insyaAllah, akan diupdate dari semasa ke semasa. Mohon doa agar dipermudahkan segala urusannya.

  4. semuanya telahmnjdi kengnan sejarah hari smlm...
    phit mnis tawar dan masin..
    tersimpn kemas dlm ingtn...
    jdikn ia sbgai ilmu dn pnglmn yg bguna dlm mnmpoh hri2 yg mndatng..
    huhu..gug luck kak..
    miss k.ina...sob..sob..T_T

  5. to lukisan alam: syukran dik atas ucapannya. yang pasti langkah perlu diteruskan, tempat persinggahan yang indah...moga kita ketemu lagi~miss you too..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails