salam...
pe kabar???
lama xdgr citer ek...
maaf la sibuk skit...
nie pun xtau mcmana blh nak pi menulis blog...
kengkawan suma sibuk study...he3...
ada lagi 2paper...
tapi apa2 pun kita citer2 la skit ttg tema hari guru tahun nie...
sbelum 2 ana nak wish"SELAMAT HARI GURU"
semoga panjang umur&dmurahkan rezki pada
semua guru2 yg pernah ajar ana:
Tadika Kemas Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan
SK Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan
SK Undang Johol, Johol, Negeri Sembilan
SMK Tampin, Tampin, Negeri Sembilan
SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
International Islamic Univercity (Matriculation Centre-PJ)
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Suma yang pernah memberi ilmu dan mengajar ana erti kehidupan....
terima kasih cikgu...
sekarang nie ana pula membawa title yang cukup berat amanahnya...
segalanay ketentuan ALLAH, rezeki ana di profesion keguruan adanya...
ok, salah 1 daripada paper exam yang ana ambik ialah paper hubungan etnik...
salah 1 daripada babnya ialah konsep negara bangsa...
bertepatan dgn tema hari guru 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
cukup berat tanggungjawab yang dianugerahkan nie...
jika kita lihat semula definisi neraga bangsa itu sendiri membawa erti yang cukup mendalam...
NEGARA bermaksud...
Kehidupan dalam sesebuah wilayah bersempadan
& diperintah oleh satu badan politik
dengan mempunyai perlembagaan &
undang-undang tersendiri
BANGSA bermaksud...
Satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama… yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama
Abdul Rahman Embong, 2001
NEGARA BANGSA
Pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
LOGO HARI GURU
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Guru-guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yang jelas demi kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yang memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Usaha untuk mencapai pembentukan tamadun yang tinggi peradabannya ini, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir. Budaya ini terarah untuk mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta kukuh akidah mereka. Pentradisian budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara.
Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan. Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.
Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran. Sejauh manakah teras ini mampu diperkukuh dan disepadukan demi pembinaan negara bangsa?
Selagi masih ada bakal2 guru @ guru2 yang telah diiktiraf sebagai guru merungut, mengeluh dan mempertikaikan apa yang berlaku adakah pengiktirafan guru sebagai pembina negara bangsa itu bertepatan????selagi sterotaip yang menyatakan kerja guru hanya sehingga 1.30pm berkelangsungan....adakah objektif sebenar guru sebagai pembina negara bangsa itu mapan???selagi masih ada guru mempertikaikan gaji dan usaha yang dijalankan...adakah ilmu yang diberikan itu halal???selagi mana kita sebagai guru-guru tidak melakukan langkah awal untuk perubahan....mana perginya negara bangsa yang ingin ditegakkan...
sama-sama kita gerakan 1 transformasi yang berkesan untuk mencapai erti kata sebenar negara bangsa....
salam perpaduan,
sakura putih
230509
10.11am
...JALINAN UKHUWAH...
....GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....
0
comments
IMANNURBALQIS
-
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy7 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`10 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan6 years ago
-
-
2014 : 22 days before ramadhan..10 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani10 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan11 years ago
-
-
mac 201311 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1211 years ago
-
Kembali Menemui Rab...12 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201212 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah12 years ago
-
Kan ku Cuba...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA12 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah13 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.