.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...lafaz terCIPTA...

Ya ALLAH…
Andai aku lemah
Kau berikan aku kekuatan Mu…
Andai aku goyah
Kau berikan aku kegagahan Mu…
Untuk aku meneruskan langkah ku dalam menggapai redhaMu

Ya Rabbi
Jika aku tersasar
Kau berikan aku peringatanMu…
Jika aku terleka
Kau kejutkan aku dengan nasihatMu...
Agar aku merasai nilai sebenar keampunanMu

Ya Allah…
Jika pengorbanan ini yang Engkau tuntut dariku
Aku rela dengan ketentuanMu
Andai caturan ini adalah benar-benar ujian dariMu
Aku bersyukur dengan nikmatMu
Kerana Engkau uji keteguhan hatiku…



Ya Karim…
Berikan aku peluang untuk mengenal jalanMu
Agar tidak tersasar langkah ku dalam laluanMu
Aku serahkan hati perjuangan ku untukMu
Aku rela ya Allah
Aku redha ya Rahman
Aku pasrah ya Rahim
Jika itu ketentuan yang Engkau takdirkan
Maka tiada kekesalan buat diriku
Kerana telah Engkau janjikan hikmah disebalik kejadian

Ya ILLAHI...
Hanya kepadaMu aku meminta dan mengharap
Pimpinlah diri ini
Jangan Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri
Jangan Engkau tinggalkan diriku
Kerana aku lemah tanpa cintaMu...



Ya Rabbi...
Berikanlah aku ilham
Untuk terus mensyukuri nikmatMu
Agar aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai
Berilah kebaikan padaku
Permudahkanlah urusanku dalam menjalankan amanah agamaMu
Sesungguhnya aku bertaubat dan berserah diri padaMu...

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails