.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...POTENSI minda POSITIF...

Salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam keredhaan dan keampunaan ALLAH s.w.t...alhamdulillah, ana masih lagi diberi peluang untuk mengisi ruang sesawang ini dengan nikmat yang ALLAH telah kurniakan...

Dalam kekalutan ana mengharungi segala urusan sama ada di IPG dan kehidupan seharian,ana dapat merasai pelbagai situasi yang perlu ana selesaikan dengan berhemah dan bijaksana...banyak cabaran dan situasi yang ana lihat sebenarnya banyak memberi kekuatan dan peluang untuk ana membina dan memperbaiki diri...sehinggakan sekecil-kecil masalah sebenarnya membuka 1ruang interaksi diri yang baik dalam menjana potensi diri yang cemerlang...1 perkara yang ana sedang belajar dan pratikkan ialah sifat positifkan diri sendiri...

ana ingat lagi, waktu zaman persekolahan...jika ada masalah atau perkara yang kurang disenangi mudah untuk ana tertekan, melatah dan kadang-kadang boleh membawa kepada kemarahan atau sikap tidak puas hati...jika sekarang, sebelum tidur ana amalkan untuk memaafkan kesalahan orang pada diri ana dan mendoakan agar hati-hati orang yang ana sakiti sepanjang hari terbuka untuk memaafkan kesalahan diri ana pada mereka...sebenarnya, perkara ini menjana 1kuasa baru pada diri ana untuk berhadapan dengan situasi yang tidak dirancang keesokan harinya...lantaran dari itu, sikap mempositifkan diri memang perlu untuk kita sebagai seorang manusia yang mempunyai banyak kekurangan dalam laluan untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat...

Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah..."Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi....sebenarnya, setiap apa yang dirancang oleh ALLAH pasti ada hikmahnya...kita yang perlu mencari apa hikmahnya bukan hanya sekadar menyalahkan apa yang terjadi..."Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi."
Fushilat; 23

Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bagi mendapat keredhaan Allah..."Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"...Ada masa semuanya serba tak kena....Tetapi betapa mengecewakan sekali pun sesuatu keadaan itu, tenangkan diri kita....Jika kita tumpukan perhatian dan terus melakukan yang terbaik, semuanya akan menjadi baik....

"Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung."
Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari...Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif...Walau apa pun yang terjadi, bertenanglah dan tanamkan di dalam minda kita yang kita akan melakukan dengan lebih baik lagi esok...Sesungguhnya Allah itu Maha Adil...Apa yang berlaku adalah atas kehendakNya, kegagalan hari ini tak bermakna sepanjang masa kita akan terus gagal...

"kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Al-Fuqaan : 70

Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkanlah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.”


**imannurbalqis**

One Response so far.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails