salam alaik buat sahabat-sahabat seperjuangan serta pembaca blog ana...semoga kalian berada dalam keredhaan dan keampunan ALLAH s.w.t...alhamdulillah, ana masih diberi kekuatan untuk meneruskan hari-hari ana di pentas dunia ini..kelangsungan masa yang ada, ana masih berpeluang untuk berkongsi sesuatu dalam entry kali ini...tajuk entry kali ini adalah kesinambungan daripada comment salah seorg pembaca entry ana...suka ana untuk menyatakan pandangan yang tak seberapa ini....
TARBIYYAH....(T.A.R.B.I.Y.Y.A.H)...perkataan ini ana mula kenal ketika di SMKA SHAMS,N9...ana ingat lagi usrah pertama ana di sekolah, kak ATIQAH selaku naqibah ana mengatakan : bermulanya satu kelahiran, bermulanya tarbiyyah untuk khalifah dibumi ALLAH ini...setiap perkara yang berlaku,dengan kepercayaan dan keyakinan yang cukup tinggi pada pencipta kita..setiap yang kit ahadapi adalah TARBIYYAH dalam kehidupan kita..tidak kiralah besar atau kecil, sedikit atau banyak nilainya pada diri kita..itu adalah nilai TARBIYYAH...Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin menyatakan TARBIYYAH ialah :
“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
Terdapat berbagai makna dan erti mengenai konsep tarbiyyah ini...Perkataan "tarbiyyah" itu sendiri berasal dari perkataan "rabb" yang bermakna tuhan...Ini menunjukkan kepada kita, proses tarbiyyah itu sendiri jelas daripada Allah swt.. "Rabb" ini juga bererti "Al-Khaliq" yakni pencipta...selain itu juga, perkataan tarbiyyah itu sendiri berkaitan dengan konsep tauhid rububiyah yang menjadi asas pegangan dalam akidah kita....Jelaslah di sini, kita perlu menyedari bahawa betapa pentingnya tarbiyyah kerana ia jelas berkaitan dengan Allah swt dan ia adalah kaedah terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan Allah swt serta mendalami islam. oleh itu, erti tarbiyyah secara keseluruhannya adalah :
Tarbiyyah adalah proses atau kaedah secara langsung atau tidak langsung untuk mendidik dan mengubah jiwa dan akhlak berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta berpandukan sirah rasul....terdapat dua unsur dalam diri manusia iaitu:
jasad : disinilah segala perbuatan dan amalan dapat dilihat.
rohani : dalam unsur rohani terdapat tiga aspek dapat dilihat iaitu
akal = di sinilah segala pengarahan terhadap amalan dan perilaku insan bermula
nafsu = dalam aspek nafsu, terdapat tiga perkara yang terkandung di dalamnya iaitu "ammarah", "lawamah" dan "muttamai'nnah (ketenangan)"....
semua unsur di atas perlu diberi perhatian di mana konsep tarbiyah diaplikasikan... kedua-dua unsur tadi adalah saling berkaitan....Hanya dengan tarbiyah, manusia dapat mengubah diri ke arah kebaikan dan membentuk jati diri muslim yang sejati....
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah sendiri"
di sini jelas, untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik, maka terlebih dahulu kita kena berusaha untuk mengubah diri untuk mendekatkan diri dengan Allah....Salah satu cara untuk kita mujahadah adalah menerima dan mencari tarbiyyah....dapat ana simpulkan TARBIYYAH adalah satu KEPERLUAN untuk kita menilai sejauh mana diri kita...bukan KEMAHUAN diri yang hanya ada pada hati-hati yang sedar sahaja...tarbiyyah bukan sekadar diwaktu kita perlu, dibuang waktu tidak mahu...dinyatakan dalam surah asy-syams :
" Allah mengilhamkan sumber kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"
di sini, kita dapat lihat Allah telah meletakkan dalam diri insan, dua jalan iaitu jalan lurus dan jalan keburukan...maka, dengan menggunakan akal yang diberi, kita perlu menilai mana yang baik dan buruk untuk diikuti....Dan inilah kepentingan tarbiyah, untuk memacu dan mengubah diri supaya kita berada pada jalan yang diredhai Allah swt....tarbiyah itu sendiri adalah jelas dari Allah swt, dan disampaikan melalui utusan Allah iaitu para Rasul....tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi...Adanya tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah...Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menyelami nilai sebenar TARBIYYAH...
Bangunlah wahai SYABAB, sedarlah wahai FATAYAT :
"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH"
**imannurbalqis**