Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudu'.
Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudu'. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.
Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).
Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)
Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).
Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.
iman's note : Ketahuilah ISLAM itu mudah. Jangan dipersusahkan urusannya. Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk terus berusaha demi mengembalikan kehidupan Islam yang telah lama hilang. Renunglah diri kita dan lihatlah kekuasaanNya. Bersamalah kita melibatkan diri dalam usaha dakwah agar mendapat mardhatillah. Dengan pedoman-pedoman Rabbani, dan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai panduan kita dalam “berusaha”, kita berharapkan agar saff Harakah Islamiyyah dan dakwah akan berjalan dengan cara penuh hikmah dalam usaha kita menyeru manusia untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar menuruti langkah-langkah yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah dengan kata lain metod yang kita tempoh tidak bersalahan dengan thariqah yang telah dipertontonkan oleh Rasulullah. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Ingatlah janji Allah itu benar! Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama.
“Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak manusia kepada kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang menang.”
**imannurbalqis**
semoga allah permudahkan urusan awak ;)
satu analogi yg baik, muka wlaupun sntiasa dbasuh brjuta2 kali, nmun jka bsuhan itu bukan 1 basuhan wuduk,mka tiada nilainya..muhasabah brsama~
suka artikel ini.. betapa soal wudhu & solat diremehkan.. analogi yang mantap..