.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH...



“Berbuat baiklah terhadap wanita, kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya, jika dibiarkan sahaja tulang itu akan tetap bengkok. Maka berbuat baiklah terhadap wanita”

- Hadith Rasullah s.a.w

Kegagahan seorang muslimah bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Muslimah yang gagah.......

ADALAH muslimah yang tahan menerima sebuah kehilangan,

ADALAH muslimah yang tidak takut pada kemiskinan,

ADALAH muslimah yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

ADALAH muslimah yang tidak diminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,

Kegagahan muslimah berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yang ehsan itu adalah kegagahan sempurna bagi seorang muslimah.

Kelembutan yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t merupakan penawar bahagia bagi kemaslahatan yang diterima. Air mata yang ditumpahkan kadang-kadang penguat semangat dan penghilang kekesalan kesilapan yang lama.

Wanita dengan kecantikan yang dimiliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak wanita, wanita lebih harum dari minyak wangi. Dengan sikap tawadhu’, wanita lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta yang dibajai zikir-zikir ALLAH lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan apa yang ada, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak tetapi dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, air mata taubat di kala embun di hujung rumput, sujud panjang di atas hamparan sejadah di kala malam hari dan malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan laknatullah.


Jadikanlah taqwa itu bak pakaian harian, nescaya akan menjadi wanita yang tercantik meskipun pakaian bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung, nescaya akan menjadi wanita yang paling anggun walaupun tidak berkasut.

Beruntung menjadi Muslimah?

Dalam Al-Quran telah diperuntukkan satu surah untuk kaum wanita yang dinamakan Surah An-Nisa’ sebagai bukti wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Secara zahirnya, telah ditetapkan bahawa seindah hiasan adalah wanita solehah. Sejauh mana ketetapan itu?

”Takutilah olehmu kepada ALLAH kerana semua perempuan adalah amanah ALLAH kepada kamu. Barangsiapa yang tidak menyuruh perempuannya mengerjakan solat dan tidak mengajar mereka ilmu fardhu maka berlaku khianatlah dia kepada ALLAH dan rasul-NYA”

- Sabda Rasullah s.w.t

Begitu bertuahnya menjadi wanita sehingga dijadikan amanah oleh ALLAH s.w.t kepada kaum lelaki. Jangan dikesalkan jika wanita dikatakan lemah kerana memang tanggungjawab seorang yang bergelar ayah untuk memberi kekuatan jiwa kepada anak perempuannya melalui amalan solat dan bacaan-bacaan kalimah suci Al-Quran. Jangan disalahkan diri jika dikatakan wanita itu punca kerosakan sosial kerana tiada didikan agama yang diterapkan dalam kehidupan keluarga. Jangan merasakan menjadi wanita itu adalah satu kekurangan kerana setiap kejadian yang dijadikan oleh ALLAH s.w.t ada sebabnya.

”Sesungguhnya AKU tidak sia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, kerana setengah kamu adalah keturunan daripada setengah yang lain”

(Ali-Imran, 195)

Di sini dilihat dengan jelas bahawa kedudukan lelaki dan perempuan sentiasa sama pada pandangan ALLAH s.w.t dan hanya bezanya pada amalan seseorang. Perempuan bukan hamba lelaki dan perempuan juga tidak boleh meletakkan tarafnya sama dengan fitrah atau kemampuan seorang lelaki. Setiap kejadian ALLAH ada keistiemewaan dan batasannya. Hanya ALLAH yang berkuasa dan penentuan terhadap setiap kejadiannya.

”Wahai umat manusia ! Sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan KAMI menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mangetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA”

(Al-Hujurat, 13)

Ayat ini telah mewujudkan perkataan taaruf di antara lelaki dan perempuan. ALLAH s.w.t tidak mengharamkan perkenalan antara lelaki dan perempuan. Cuma ALLAH s.w.t telah menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dipelihara untuk kesucian Islam itu sendiri. Jika kita lihat sejauh mana ayat ini diterjemahkan oleh lelaki dan perempuan masa kini.

Menyoroti dahsyatnya mitos cinta yang meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana-sini. Gadis hilang harga diri, pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-rata. Inikah taaruf yang dianjurkan dalam agama ISLAM? Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi cuma tangan manusia yang mengotorinya sehingga cinta itu tiada kemanisannya lagi.


Buat kaum Hawa,

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?

Yakin dan percayalah pada insan ynag telah ditunjukkan ALLAH dalam istikharahmu walau apaupun keadaannya pada masa ini, asalakan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA, dan ALLAH maha luas pemberian-NYA lagi maha mengetahui”

(An-Nur, 32)

Ini adalah jaminan ALLAH. Jaminan siapa lagi yang patut dipercayai dan diyakini? Telah termaktub dalam kitab suci, AL-QURAN itu sendiri.

”Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”

- Hadith Nabi Muhammad s.w.t

”Sesiapa yang memelihara tiga orang anak perempuan aau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, memberikan pendidikan kepada mereka dan mengahwinkan mereka, maka dia berhak masuk ke Syurga.”

- Riwayat Abu Dawud & Ibn Hibban

Hadith dan riwayat ini telah meletakkan wanita pada kuasa terpuncak. Dalam kedudukan yang sedemikian tinggi yang telah diberikan oleh agama dan juga negara terhadap wanita dan kaum sejenis wanita tetapi ramai sekali yang masih terpenjara oleh perasan mazmumah kerana rasa kekeliruan dan kekalutan dalam diri sendiri. Jika diungkapkan, mengapa mesti merasa begini sedangkan agama telah meletakkan wanita ditempat yang diselesa. Jika wanita sudah meletakkkan agama ditempat pertama, keredhaan dan pengorbanan kepada suami sentiasa diambilkira, wanita adalah makhluk ALLAH yang paling beruntung dan istimewa. Wanita adalah ibu, isteri dan anak kepada lelaki. Hanya wanita yang boleh menjadi tiga dalam satu, bukan lelaki.

Pesanan buat kaum Hawa,

Dunia ini penuh ranjau dan dugaan,

Dunia ini penuh tipu daya dan syaitan,

Jangan lalai tanpa tujuan,

Kerana dunia yang indah ini persinggahan sementara untuk insan,

Dunia yang indah ini adalah ujian.

Alangkah beruntungnaya sebagai wanita, semua hak telah ditentukan. Malah, dalam Islam wanita terbela, dihormati dan diberikan hak-hak tertentu serta peranan wanita terhadap kecemerlangan setiap insan sentiasa diakui.

”Women! Without her, man is nothing”

Jika diimbas semula sirah kehidupan Nabi Muhammad s.w.t melalui kehidupan baginda bersama Siti Khadijah dapat disimpulkan betapa kuatnya ikatan kasih-sayang, betapa lembutnya hamparan kepercayaan, betapa sucinya ikatan Cinta kerana ALLAH dalam memperjuangkan Islam. Pada saat-saat genting, Siti Khadijah menghulurkan pujukan, dorongan dan pertolongan kepada suami yang tercinta. Sanggup berdiri teguh di samping baginda dalam semua keadaan sehingga tiada pengucapan yang pernah mengusik hati kecil baginda. Sanggup bersusah payah bersama, menerima segala kutukan dan kritikan dan hanya menyerah kepada ALLAH s.w.t. Peranan Siti Khadijah lebih menyerlah untuk mengiakan kejayaan seorang suami adalah kerana ada isteri di sampingnya. Peranan wanita juga tidak dapat dilupakan kerana Nabi Adam a.s. telah diberikan seorang wanita sebagai teman sewaktu di Syurga iaitu Hawa sehingga lahirnya generasi hingga sekarang.

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik dia lelaki mahupun wanita sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun”

(Surah An-Nisa’ : 124)

Allah s.w.t tidak melarang untuk wanita berbakti pada masyarakat. Seperti yang disarankan dalam kitab suci Al-Quran bahawa Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk aktif di tengah masyarakat sesuai dengan kudrat dan kemampuan sebagai seorang wanita tanpa melampaui batas dan keadaan sebagai seorang muslimah.

Wahai wanita,

Ketahuilah panggilan wanita yang disandang ini adalah satu kemuliaan yang tiada tolok bandingannya dan tinggi martabatnya dan peranan yang perlu anda mainkan di muka bumi ALLAH s.w.t ini turut besar dan penting. Jika tidak, tidaklah makhluk kedua yang ALLAH s.w.t jadikan di sisi Nabi Adam a.s. bergelar Hawa dari kaum wanita. Wanita adalah bunga, harum mewangi….

Ingatlah kaum Hawa, dalam Al-Quran ALLAH telah bersabda :

“Wanita keji ialah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji ialah untuk wanita yang keji. Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.”

(Surah An-Nur : 24-26)

Sakura Putih

11.48am/151208

One Response so far.

  1. beruntung dilahirkan sebagai wanita...sama2 kita hargainya..jangan lepaskan peluang keemasan ini!!insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails