.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...ANTARA MINAT DAN BAKAT...



Konflik Bakat, Minat dan Pilihan Ibu Bapa
Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling
Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang saya perolehi daripada Utusan Malaysia, Khamis 5 Julai 2007.

Ahmad merupakan pelajar aliran sains, dia bercita-cita untuk menjadi peguam sebagai pilihan kerjayanya kelak. Namun ibu bapa, Ahmad mahukannya menjadi seorang jurutera. Ahmad menjadi serba salah antara ingin menjadi seorang jurutera dan menjadi seorang peguam. Menjadi seorang peguam adalah minatnya sejak kecil dan menjadi seorang jurutera adalah harapan ibu bapanya sejak lama.

Akhirnya dia terpaksa memilih jurusan kejuruteraan yang kurang diminatinya. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang baik telah membantunya memasuki bidang kejuruteraan. Pada tahun pertama dia berasa sukar untuk mengikuti program kejuruteraan tersebut. Purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang diperolehnya tidak begitu baik. Di hujung semester kedua gred yang diperolehi semakin merosot. Ia masih boleh meneruskan pengajiannya kerana grednya masih berada di paras 2.0.

Tahun kedua semester pertama, dia terasa serba salah antara kekal dengan bidang yang ada atau bertukar ke bidang lain. Mengenangkan harapan orang tuanya, Ahmad kekal dalam bidang kejuruteraan. Ini menybabkan Ahmad berdepan dengan masalah pencapaian yang lebih merosot. Pada semester pertama tahun kedua pencapaiannya berada di bawah PNGK 2.0. Ini menyebabkan Ahmad diminta meninggalkan university dan akhirnya dia gagal untuk meneruskan pengajian dan memohon ke universiti swasta dan mengambil kursus yang diminatinya.

Analisis

Hendaknya biarlah kisah ini menjadi pengajaran untuk semua. Memilih bidang kursus seharusnya berdasarkan kepada bakat dan minat di samping kelulusan yang ada. Para pelajar kadang kala terdesak untuk membuat pemilihan bidang pengajian atas kemahuan ibu bapa. Kerana, setiap ibu bapa mempunyai impian mereka terhadap masa hadapan anak-anaknya.

Adalah tidak salah sekiranya ibu bapa ingin memberi pandangan dan campurtangan dalam urusan memilih bidang yang bakal diceburi oleh anak mereka dengan mengambil kira bakat dan minat anak. Sekiranya bidang pengajian tidak selari dengan minat serta bakat anaknya ia bakal menimbulkan masalah. Banyak kes seperti ini membawa kepada kegagalan para pelajar di dalam menghabiskan bidang pengajian mereka, dan ini merupakan satu kerugian besar bukan sahaja ditanggung oleh anak tetapi ibu bapa juga akan terkena tempiasnya.

Merujuk kepada kes Ahmad tadi akan timbul tekanan perasaan kerana dua perkara. Pertamanya, Ahmad berasa tertekan dengan keputusan peperiksaannya yang rendah sedangkan keluarganya mengharapkannya menjadi seorang jurutera yang berjaya. Keduanya, Ahmad akan bertambah keliru dan tidak bersemangat untuk belajar kerana kurang berminat dengan jurusan kejuruteraan dan hal ini menyebabkan wujudnya perasaan rendah diri dalam dirinya.

Biasanya para remaja yang memilih bidang yang diminati dan mempunyai kelulusan yang cukup cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan lebih yakin dengan apa yang dibuatnya. Jika ibu bapa campur tangan tanpa memahami minat dan bakat anak mereka, dikhuatiri anak tersebut akan memberontak secara "senyap". Kadangkala, anak-anak serba-salah antara memilih cita-cita sendiri atau mengikut kemahuan ibu bapa mereka.

Tips Peranan Remaja

Remaja seharusnya mengkaji terlebih dahulu peluang menyambung pelajaran atau bidang yang tepat berdasarkan bakat dan minatnya. Sekiranya perlu mendapatkan nasihat dan panduan, berjumpalah dengan kaunselor kerjaya, yang terlatih dan dapat membantu mereka dalam membuat pilihan.

Misalnya, dalam kes Ahmad, beliau boleh menghubungi atau mengunjungi individu-individu atau pihak seperti:

Dekan atau pensyarah di universiti/ kolej di dalam bidang kejuruteraan dan undang-undang. Ahmad boleh bertanyakan bidang kursus dan potensi masa depan kedua-dua bidang tersebut dan membandingkan dengan kelulusan serta minat dan bakatnya.
Maklumat daripada bahan bacaan seperti kamus pekerjaan, majalah, internet dan buku motivasi boleh membantu seseorang dalam membuat keputusan.

Mendapatkan pendapat dan pandangan daripda pelajar-pelajar universiti di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Jika tiada saudara terdekat, rakan-rakan yang mempunyai saudara yang belajar di IPT juga boleh dijadikan rujukan.

Apabila langkah mengumpulkan maklumat ini telah diambil, barulah pelajar akan lebih yakin dengan pilihannya. Ini juga antara lain boleh menyelesaikan kekeliruan yang timbul di dalam dirinya. Ada pepatah pernah mengatakan, ‘salagi tidak tahu sesuatu, semakin itulah anda patut berusaha mencari jawapannya.'
Sekiranya remaja tersebut beragama, sebaik-baiknya remaja tersebut memohon kepada Tuhan supaya diberi petunjuk yang benar.

Remaja tidak perlu berasa serba salah dan harus bersedia untuk berterus terang dengan cara yang baik dan bijaksana. Ini supaya ibu bapa tidak memaksanya mengambil bidang yang kurang tepat. Di dalam kes Ahmad, dia boleh menunjukkan maklumat yang telah dikumpulkannya kepada orang tuanya dan berbincang secara matang dan rasional tentang hala tuju hidupnya kelak.

Jika hasrat meneruskan bidang yang dipilih mendapat restu ibu bapa, pelajar tersebut haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa bidang yang dipilihnya itu bukan sahaja membawa kebaikan untuk diri dan keluarganya, malah membantu menyumbang kepada masyarakat.

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa harus menghargai dan menghormati minat dan bakat anak-anak. Anak-anak harus dirundingi dan ibu bapa harus bertindak sebagai penasihat. Mereka perlu membekalkan maklumat yang cukup mengenai bidang yang ingin dipilih agar anak mereka dapat membuat keputusan dan pilihan bidang yang tepat. Tugas ibu bapa adalah memberikan sebanyak maklumat mengenai pilihan yang hendak dibuat dan anak-anak yang perlu membuat keputusan, kerana anak-anak lebih memahami akan bakat dan minat mereka.


Pilihan bidang berasaskan minat dan bakat disertai dengan kelulusan yang baik dan sesuai boleh mendorong anak-anak lebih berjaya dalam bidang pengajiannya. Menjayakan cita-cita sendiri berasaskan bakat, minat dan kelulusan yang sesuai boleh menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Kesimpulan

Para remaja yang berada di persimpangan memilih hala tuju hidup harus mengambil sikap proaktif dengan mencari sebanyak mungkin maklumat tentang pilihan yang ada. Perbincangan secara berhemah harus diadakan dengan ibu bapa agar mereka memahami minat dan bakat anak mereka.

Sesuatu pekerjaan yang datang besama bakat, minat yang mendalam pasti membuahkan hasil yang baik. Oleh itu, para remaja harus bijak untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya dan dalam masa yang sama, mendapat restu daripada ibu bapa yang tercinta.

Artikel Disumbangkan Oleh Puan Mawaddah Fida Farid

Assalamualaikum...baru2 nie kat institut ana ada mengadakan pertandingan nasyid dan syarahan..banyak bakat2 baru yang dapat digilap dan diasah..lebih2 lagi, dalam kelas ana...ana selaku JK pelaksa sebab tu xdpt nk join...alhamdulillah, setiap apa yang ALLAH anugerahkan ada fungsinya...sahabat ana ada yg jadi solo nasyid, ana ada juga melatih sahabat ana utk wakil unit bg syarahan...alhamdulillah dpt tempat ke-2...sebenarnya, kebanyakan individu tidak mengetahui potensi yg sebenar dalm diri mereka...persekitaran yg lebih cepat untuk membuat telahan telah membataskn potensi yg ada dalam diri mereka...lebih-lebih lagi rasa malu dan rendah diri yang tidak betempat...jika kita ada minat, kita boleh gilap minat kita kerana kita suka melakukannya...jika kita ada bakat kita harus asahnya supaya memberi kelebihan@satu perkenalan diri kepada org lain...bagi diri ana sendiri, muhasabah diri amat berkesan dalam mengenali kelebihan dan keupayaan dalam diri supaya dalam mengisi kelompangan yg ada dalam masy kita...kadang2 kita lebih cepat menyatakan kemelahan kita@ketidakmampuan dalam mcapau sesuatu...lebih senang utk mengkritik org, memandang dari jauh dan mementingkan kepentingan yg tidak imbalan yang positif...bila diarahkan utk melakukan sesuatu yg bukan minat atau tiada bakat dridalam diri, kita akan mula gelisah untuk menyelesaikannya...
disini ana nak bkongsi tips2 utk menenangkan hati yg gelisah :
Pejamkan matamu, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus....lakukannya sebanyak tiga kali dan;

1. Bayangkan anda berada di sebuah padang yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni dan harum.

2. Imbas kembali kenangan-kenangan anda yang indah.

3. Sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ketika menyiapkan tugasan....cuba bayangkan diri anda dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada orang atasan anda...

ATAU

Hargailah kejayaan yang anda perolehi walaupun sekecil zarah dengan mengucapkan syukur kepada Allah. Kerana orang yang bersyukur ketika dalam keadaan senang mahupun susah sentiasa mendapat Rahmat dari-Nya.


akhirul kalam: hargailah apa2 yg kita ada sekarang...kadang2 tekanan akan mbuatkan kita lebih menyerlah dalm sesuatu yg kita tidak sedar itu adalah kelebihan kta..tidak kita minat, bakat atau paksaan semata-mata...hargailah apa yg anda miliki sekarang...

sakura putih
940
05032009

One Response so far.

  1. mjad guru bkn kerana tpksa...nk didik ank2 bgsa..sm2 memartabatkan Islam!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails