.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...sejauh mana HIJRAH kita?...


Salam HIJRAH....
penuh pengertian pada perkataan "HIJRAH"...
perubahan seseuatu yg blh mmberi kesan kepada perlakuan itu...
dlm sains dikatakan 1kuasa@momentum yg mbawa kepada perubahan..
tidak kira pd bentuk, arah dan keadaan...
bagi ana, tidak kira hasilnya positif @ negatif..ia tetap 1 perubahan..iaitu HIJRAH
secara lahiriahnya, perubahan itu memberi imbal balik yg positif kepada individu itu...
secara batiniahnya, adakah perubahan itu mampu mmberi kekuatan"ISTIQOMAH" pd seseorg individu...
kdg2 HIJRAH itu hanya dilihat pd awk penghijrahannya..kemudian, apabila berlaku pergolakan dlm diri dan psekirran myebabkn kita menyekat perubahan itu sendiri...
bg ana, hijrah rasullah s.a.w dri Mekah ke Madinah..tidak hanya pd perubahan tempat...tetapi perubahan kepada warna-warni keindahan ISLAM itu sendiri...
alhamdulillah, kekuatan ISLAM itu dpt dizahirkan mlalui amalan-amalan yg dilaksanakan..tetapi jika diimbau semula, adakah amalan kita mampu melepasi hingga ke langit yg ke-7...
menyelusuri makna HIJRAH yg akan kita sama2 fikirkan dan muhasabah kembali diri kita, adakah setiap perubahan kita ini diniatkan kepada ALLAH s.w.t...
kita merugikan diri kita sdiri apabila, kita hnya melakukn amalan@perubahn yg positif atas sekadar hanya mahu memuaskan diri sdiri@keadaan sekeliling...
bagi ana walaupun kita xmampu utk membantu ribuan ringgit pd saudara2 seISLAM&seAKIDAH dgn kita tapi dgn niat krn ALLAH s.w.t kita mampu utk mengubahnya walaupun hanya dgn spotong doa dgn izin ALLAH s.w.t...bg ana itu sudah ckup indah...sepertimana dalam hadith:
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin - Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Latar Belakang hadis:
Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

perubahan negatif...bagi ana ini 1kerugian&kejahilan yg besar kita bwa dlm diri kita...ALLAH s.w.t tlh mmberi kita peluang&ruang dlm mcari hikmah sbnar sebagai umat yg terbaik ciptaanNYA...tetapi knpa kita yg myekat sdiri prubahn diri kita...
byk ana dgr yg kluar dri mulut shabat2 ana:
"sabarlah dulu, skit2 la..aku bkn mcm ko"
"kira ok pe aku pkai tdung walaupn pendek atas dada"
"aku nk study, rsau la pointer trun...xmampu nk pi BISA...pnat..."
ayat-ayat dan tutur kata begini merupakan doa pada diri sdiri...apatah lagi, selalu sgt mgucapkannya...dalam keadaan sdar dan tdak sedar...mmg ana akui bahawa perubahan perlukan kepada ISTIQOMAH...bermula dgn sedikit-sedikit...bak kata pepatah: sikit-sikit lama-lama jadi bukit
tetapi senario yg ana dpt lihat sekarang, kronologi perubahan kita hnya pd peringkat yg kita rasa kita sudah puas...sedangkn kita ada kekuatn mampu mmberikan anjakan paradigma yg ckup mantap dlm diri kita...
jgn kita sekali-kali menganggap semangat kita hanya sedar itu saja...
kita bukan hanya mencari duit utk membeli keperluan yg mahal-mahal...
tetapi ingatlah kita juga perlu mcari pahala utk membeli syurga ALLAH yg paling istimewa tempatnya...
deduksinya, ketetapan HIJRAH itu sebanarnya ada pada diri individu itu...tepuk dada tanya iman...nilai semula perubahan apa yg kita telah lakukan...adalah kita telah mmberi makanan rohani yg tbaik kpd diri kita..atau pun perubahan kita bakal menyeksa diri kita di akhirat kelak...perubahn itu ada pada diri anda...akhir kata, teruskan semangat HIJRAH rasullah, walaupun bkan utk org lain ttpi utk diri kita jg...
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.



Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

salam hijrah,
sakura putih
3.36pm
110309

One Response so far.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails