.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...kerja dunia..sampai bila akhirnya???


assalamualaikum...salam ukhuwah...
lama ana xmnulis utk pkongsian kita bersama...
sejak akhir-akhir ini, ana begitu sbuk mguruskn dan menyelesaikan tugasan ana
sebagai seorg penuntut di IPGM...seorg pemimpin...seorg kakak sulung dlm
keluarga yg tidak mpunyai ibu dan ayah yg sudh berkahwn lain...
kdg2 ana rasa bebanan itu...ckup memenatkn..tdk bdaya...kdg2 xterurus utk merehatkn bdn pinjaman dari ALLAH s.w.t...makn dan tidur tdk terurus...dgn rasa rendah diri dan kehambaan kepd ALLAH s.w.t...kdg2 ana xsempat untuk menghbiskn 2 helaian utk bacaan al-quran...bacaan mathurat utk pagi shj...ya ALLAH, aku mohon keampunan dariMU..begitu kerdilnya diri hambaMu ini...banyak kekurangan diri hambaMU ini...
pengurusan NYAWA pun tidak terurus...mknan rohani tdk diberi degn konsisten...

Jika ana muhasabah semula diri ana...tugasan2 ana bukanlah sehebat mana...bukan ana perlu mpertaruhkan nyawa ana seperti yg dialukan oleh para anbiya' dan para sahabt
yg begitu banyak mehnah dan tribulasinya dalam menghadapi kehidupan sbgai seorg
khalifah ALLAH di bumi bertuah ini...jika direnungi semula kehidupan yg ana jalani adalah 1 proses menguatkn iman dan pemantapan dalam pengurusan NYAWA ana sendiri..
benarlah apa yg dierkatakan setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...

apa yg ingin ana ungkapkn di sini,dgn semua perkara yg berlaku pd ana, ana dpt merasai 1kemanisan dalm mjalani hdup sbgai sorg khalifah di muka bumi ini...kerja yg sbuk mmbuatkan ana tiada ada masa utk perkra2 yg lagha...ana lebih merasakan setiap saat adalah berharga..sebagai sorg muslim ana merasai kepentingan dalam menghargai masa...jika dilihat semula,...masa amat berkaitan dgn islam...jika kita sedar, ALLAH amat mementingkn masa sehingga segalany berkaitan dgn masa...misalnnya, kita solat lima WAKTU sehari semalam...kejadian SIANG dan MALAM adalah salah satu petunjuk utk kita lebih alert pd pgurusan masa...jika tiada malam, bagaimana agaknya keadaan kita??

kerja dunia???sampai bila akhirnya??sampai bila selesainya???itulah sebab kenapa kita dlahirkan ke dunia...penguasaan dunia dan akhirat adlah matlamatnya sebagi seorg mukmin...setiap yg bermula pasti ada akhirnya...begitu juga dgn kehidupan di dunia dan pengakhiran kita di akhirat...
Menurut hadis qudsi:
” Allah berfirman kepada malaikat-Nya: “Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”
(Hadis qudsi riwayat Tabrani dari Abu Umarah r.a.)

Allah s.w.t. memerintahkan malaikat-malaikat-Nya yang tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mereka, untuk melakukan berbagai ujian dan cubaan kepada hamba-hamba-Nya. Agar Dia mendengar suara hamba-Nya yang sedang mengalami ujian dan cubaan itu. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan teguris di dalam hati hamba-Nya.

Hidup ini memang tidak sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka yang silih berganti. Barang siapa yang merasakan hidup ini senang semata-mata, suka semata-mata dan mewah atau menduga sebaliknya; susah semata-mata, sukar terus menerus dan sengsara sahaja selama-lamanya, sudah pasti sangkaan dan dugaan itu salah. Itulah rupanya seni hidup, sunatullah pada alam ini.

Ujian dan cubaan itu tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan sahaja, tetapi mungkin juga berbentuk kesenangan, kesukaran dan kedudukan, sebagaimana firman Allah:

“…..dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah Al-Anbiyaa:35)

Ujian Allah dengan nikmat harta kekayaan dan berbagai kesenagan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan lain-lain. Betapa ramai orang yang memperolehi kekayaan, tapi menyebabkan kecelakaan bagi dirinya kerana tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Kekayaan seperti itu menjadi ujian bagi dirinya. Demikian juga dapat kita lihat orang yang diuji dan dicuba dengan kekuasan, kemegahan, pangkat dan lain-lain.
bagi ana...kita jgn cepat merasa selesa dgn keadaan kita sekarang...adakah keadaan atau kerja dunia yg diberi pd kita adalah ujian daripda ALLAH utk lihat sejauh mana kita mengingatinya dan sejauh mana iman kita menghadapinya..adakah kitr albh mementingkn assigment ataupun solat secara berjemaah???klu assigment boleh mmberi kita segulung ijazah dan pengiktirafan..tapi apa pula yg boleh kita buat utk mbeli tempat di syurga ketika tiba pengakhiran kita nnt???

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Demi Allah, bukanlah kefakiran atau kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir (kalau-kalau) kemewahan dunia yang dibentangkan ke atas kamu sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu sehingga binasa, sebagaimana mereka bergelumang dan binasa.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ujian terbesar kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. berupa harta benda dan kekayaan, terdapat dalam hadis Nabi berikut ini:
“Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian umatku ialah harta kekayaan.”
(Hadis riwayat Tarmizi)

sahabat2 semua...ana mengingatkan diri ana juga bahawa kiyta harus sedar segala amalan kita di dunia perlulah kita niatkan sbgai ibadah..bkn hanya skadar utk mendpt penghargaan yg tdk kekal...ana teringat satu kata-kata yg selalu diungkapkan oleh rakan-rakan ana sewaktu ana di SMKA SHAMS, Seremban...JIKA KITA KEJAR DUNIA, AKHIRAT AKAN MENINGGALKAN KITA...TETAPI JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT, DUNIA YG AKAN MENGEJAR KITA...hal ini kerana, segala perbuatan dan amalan kita adalah utk akhirat..insyaALLAH, segala yg dilakukn adalah diniatkan utk keredhaan ALLAH s.w.t...

akhir kata...semoga kita bersama2 dalam keredhaan dan rahmat ALLAH s.w.t...
ana titipkan doa buat semua....
Ya Allah! Masukkanlah kami ke dalam golongan orang Mukmin yang tabah, yang sentiasa berlapang dada dalam menempuh segala ujian, baik berupa ujian penderitaan mahupun ujian kesenangan. Amin Ya Rabbil ‘Alamin....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails