Salam...
Masa: 12.00t/malam(bermulanya 31 ogos 2009)
Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!
tp ana begitu penat dengan aktiviti harian sehingga terlelap pd jam 11.45mlam 30 ogos 2009...tp bukan jeritan atau lolongan menjadi pertikaian ana tidak menyatakan kemerdekaan Malaysia itu sendiri..bukan itu kayu ukur yang sebenar..alhamdulillah kali ini sambutan merdeka dalam bulan Ramadan yang penuh barakah...jika anda merdeka,adakah anda menunaikan solat jemaah di masjid, solat terawih dan bpuasa (zahir&batin) ketika ini???hakikatnya,jika kita benar2 faham makna sebenar merdeka..kita akan mencari nilai kemerdekaan sebagai seorang hamba ALLAH di samping membenarkn segala yang telah diaturkan oleh ALLAH s.w.t...janji ALLAH dalam kitab suci Al_Quran adalah benar tiada yang diadakan atau yang dusta...
KEMERDEKAAN memiliki keanekaragaman makna. Perisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj secara tidak langsung menerangkan apa makna kemerdekaan bagi tanah air. Ketika Tunku membacakan proklamasi kemerdekaan tersebut, barangkali apa yang difikirkan oleh sebahagian besar rakyat ketika itu adalah kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing. Namun, apa makna kemerdekaan itu bagi rakyat Malaysia kini – yang merupakan tugas para generasi penerus untuk ‘menjawabnya’? Secara seimbas lalu, mungkin kita dapat perjelaskan secara mudah: bahawa kemerdekaan adalah pintu gerbang menuju cita-cita kebangsaan dan kenegaraan yang sejati.
Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai kelompok terbesar daripada keseluruhan rakyat Malaysia, umat Islam seharusnya dapat mengutip makna kemerdekaan tersebut daripada al-Quran. Dalam kitab suci ini ditunjukkan pelbagai kisah kemerdekaan orang-orang terdahulu yang dapat mengilhami kita, bagaimana seharusnya menjadi bangsa merdeka dalam era globalisasi ini.
Pertama, makna kemerdekaan dapat dipetik daripada kisah Nabi Ibrahim a.s ketika baginda membebaskan diri daripada orientasi asasi yang keliru dalam kehidupan manusia. Dalam surah al-An’am ayat 76-79 dikisahkan perjalanan spiritual Nabi Ibrahim dalam mencari Tuhan.
Pencarian spiritual tersebut merupakan usaha Nabi Ibrahim dalam membebaskan hidup daripada orientasi kehidupan yang diyakininya keliru, namun hidup subur dalam masyarakatnya.
Sebagaimana diketahui, masyarakat yang melingkungi Ibrahim a.s ketika itu menyembah berhala. Bagi Ibrahim a.s, peyembahan terhadap berhala merupakan kesalahan besar kerana secara logiknya pun perbuatan itu membawa manusia kepada perlakuan penghambaan yang menjatuhkan harkat dan martabat diri mereka sendiri sebagai manusia.
Bentuk penghambaan yang menjatuhkan harkat-martabat manusia seperti itu juga terjadi pada era moden. Penghambaan terhadap materialisme dan hedonisme telah membawa manusia moden untuk melakukan pelbagai ‘kesalahan’ seperti rasuah tanpa rasa bersalah, mengorbankan nyawa-nyawa tidak berdosa, menghalalkan pelbagai cara untuk meraih kedudukan dan kekuasaan, dan seterusnya.
Penghambaan-penghambaan yang sedemikian itu bukan hanya melukai harkat-martabat manusia, malahan menghancurkan sendi-sendi kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara, yang hakikatnya menjadi intipati daripada perisytiharan kemerdekaan negara 52 tahun yang lalu.
Kedua, makna kemerdekaan juga dapat dipetik daripada kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya daripada penindasan Firaun. Kekejaman Firaun terhadap Bani Israil dikisahkan menerusi pelbagai ayat di dalam al-Quran. Firaun merupakan ‘bayangan masyarakat’ yang angkuh dan tamak akan kekuasaan di muka bumi.
Keangkuhan pemimpin atau penguasa seperti ini membuat mereka tidak segan silu membunuh dan memperhambakan kaum lelaki Bani Israil dan menistakan kaum wanitanya. Keangkuhan inilah yang mendorong Musa a.s tergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri daripada penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa yang mulia dan bermartabat (Al-A’raaf: 127, Al-Baqarah: 49, dan Ibrahim: 6)
Seperti halnya kisah kejayaan Nabi Musa a.s, perisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957 hakikatnya juga merupakan catatan sejarah yang mengakhiri episod keangkuhan dan penindasan kolonial. Sebuah keangkuhan yang membuat bangsa kita terhina selama ratusan tahun.
Namun, usah lupa, berakhirnya keangkuhan dan penindasan rejim kolonialisme tidak serta merta membebaskan rakyat Malaysia daripada keangkuhan dan penindasan rejim lain dalam bentuk yang berbeza.
Tugas dan tanggungjwab terberat daripada sebuah bangsa merdeka sesungguhnya adalah bagaimana mempertahankan kemerdekaan dirinya sebagai bangsa merdeka, serta bebas daripada hegemoni dalaman dan luaran yang menindas. Merdeka daripada hegemoni penindasan dalaman bererti bebas daripada pemimpin-pemimpin dan kelompok-kelompok tertentu yang berpengaruh, yang bertindak dan bertingkah laku laksana penjajah asing yang lupa akan perjuangan orang-orang terdahulu dan ‘tidak segan silu’ berusaha merombak ‘keharmonian’ hidup masyarakat.
Kita memerlukan pemimpin yang sayang dan cinta kepada rakyat dan negaranya sendiri. Tidak hanya cinta sebatas di bibir, namun juga mencintai dan menzahirkannya dalam bentuk dan tindakan yang nyata.
Merdeka daripada hegemoni luaran pula ertinya bebas daripada pengaruh dan tekanan asing (terutama di bidang politik, ekonomi, dan budaya). Bangsa yang merdeka, namun di bawah tekanan politik negara lain, sesungguhnya bukan bangsa yang merdeka. Bangsa yang merdeka, tetapi menyerahkan pengelolaan sumber alamnya kepada pihak asing tanpa pengagihan yang adil, bukan pula bangsa yang merdeka.
Bangsa yang merdeka, namun sangat inferior terhadap identiti budaya bangsa lain, bukan pula bangsa yang merdeka. Kemerdekaan bagi bangsa Malaysia haruslah kemerdekaan yang holistik dan integral dalam pelbagai aspek kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara.
Ketiga, kisah kejayaan Nabi Muhammad s.a.w dalam menggalas misi dakwah baginda di muka bumi (Al-Maa’idah: 3) menjadi sumber ilham yang tidak pernah putus atau usang bagi bangsa Malaysia untuk memaknakan kemerdekaan secara lebih holistik dan integral.
Ketika diutus 14 abad silam, Nabi Muhammad s.a.w menghadapi sebuah masyarakat yang mengalami tiga penjajahan sekali gus: kecelaruan atau kekeliruan hidup, penindasan ekonomi, dan kezaliman sosial.
Kecelaruan hidup diekspresikan dalam penyembahan patung oleh masyarakat Arab Quraisy. Rasulullah berjuang keras mengajar kepada umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan ‘’tuhan-tuhan’’ yang secara terang-terang perlakuan itu menjeruskan harkat dan darjat manusia (Luqman: 13; Yusuf: 108; Az-Dzaariyaat: 56; Al- Jumu’ah: 2).
Penindasan ekonomi itu dilukiskan di dalam al-Quran sebagai sesuatu yang membuat kekayaan hanya berputar dan berlingkar pada kelompok-kelompok tertentu sahaja (Al-Hasyr: 7). Rasulullah s.a.w mengkritik orang-orang yang mengumpul dan menghitung-hitung harta tanpa mempedulikan kesejahteraan sosial dan keadilan ekonomi (Al-Humazah: 1-4; Al-Maa’uun: 2-3).
Rasulullah s.a.w memperjuangkan pembebasan perhambaan, kesaksamaan lelaki dan perempuan, dan persamaan antara manusia. Dalam khutbah terakhir baginda di Arafah, baginda menegaskan bahawa tidak ada perbezaan antara hitam dengan putih, antara Arab dengan bukan Arab.
Semuanya sama di hadapan Allah s.w.t. Tidak ada sisi atau sudut yang membezakan suatu kelompok manusia dengan manusia lainnya, melainkan tingkat ketakwaan mereka kepada Maha Pencipta (Al-Hujuraat: 13).
Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai kelompok terbesar daripada rakyat Malaysia, umat Islam seharusnya dapat memetik, mengambil, menggali (atau apa istilah sekalipun yang seumpamanya) makna kemerdekaan tersebut daripada al-Quran.
...JALINAN UKHUWAH...
...52 tahun, merdekakah kita?...
0
comments
IMANNURBALQIS
-
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy7 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`10 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan6 years ago
-
-
2014 : 22 days before ramadhan..10 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani10 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan11 years ago
-
-
mac 201311 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1211 years ago
-
Kembali Menemui Rab...12 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201212 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah12 years ago
-
Kan ku Cuba...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA12 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah13 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.