.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...beranikah AKU???...

salam...
ana nk post entry lg...sementara tunggu kenalan sampai...seorg akak yg ana panggil kak NOR...('-') last weekend ana ke pc fair...duk buat pelaburan kewangan kat sana...he3 Sblm pi ayah ana pesan : "kak, nnt klu pi sana jgn lupa pkai mask...bahaya"...oleh yg demikian, utk jd anak yg mdengar kata..ana pun pkai la jg mask...

sampai sana mmg ramai...sesak...yg ana dpt perhatikan org cina jd jurujual..org melayu jd pembeli brg jurujual...mungkin itu mmg kelazimannya tp xtau sampai bila keadaan ini akan berterusan..dlm pada berani x berani, ana rempuh jg utk cari external hard disk n ink refill...tetiba ana ternampak tanda : MASK: RM2.oo...mahalnya...melampau & ambik kesempatan betul...tp org kata beselah peniaga..mestilah nk untung...dlm keadaan kita tak sedar kita lebih banyak membiarkan perkara2 kecil yg hanya dirasakn tidak mberi apa2 kesan...sebenarnya, kita semakin ditindas dgn ketakutan diri kita sendiri...kekalutan yg dibina atas pemikiran yg enteng...waima keadaan yg sekecil kuman itu mampu menutup kewibawaan atau kekuatan yg telah dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t...kdg2 takut untuk berada di hdpn org rmai utk berkongsi sesuatu yg baru...Marilah sama-sama kita hayati sabda nabi SAW:

"مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ"

Bermaksud : " Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia cegah dengan tangannya (kekuasaan) jika tidak mampu cegahlah dengan lisannya (nasihat) dan jika tidak mampu juga maka hendaklah dicegah dengan hati (rasa benci). Demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hubungan ini jelas kepada kita bahawa tanggungjawab dalam menangani jenayah serta kemungkaran yang berlaku bukanlah terletak di bawah tanggungjawab pasukan polis sahaja malah ianya telah menjadi kewajipan serta tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh semua pihak...apa yg ana dapt analisa, diri sendiri yg tidak mahu melakukan anjakan paradigma untuk kemajuan diri sendiri..lebih suka melihat org lain dan berasa dengki terhdap kejayaan mereka...Hal ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110:

Maksudnya : " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."

Malangnya apa yang berlaku pada hari ini jenayah dan kemungkaran dilakukan secara berleluasa didalam masyarakat kita, bahkan kebanyakan individu takut atau tidak berani untuk menegur apatah lagi untuk mencegah walaupun ianya berlaku di depan mata. Sebagai contohnya cuba kita lihat betapa sukarnya untuk mencegah kemungkaran yang berlaku dalam keluarga sendiri. Apakah kita mampu mencegah anak isteri kita daripada melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu, bercakap bohong, terlibat dengan penagihan dadah dan seumpamanya.

Seterusnya apakah kita mampu menasihati atau mencegah jiran-jiran kita atau saudara-saudara kita dari melakukan berbagai kemungkaran sama ada dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Lantaran kurangnya atau tiadanya peranan yang dimainkan oleh kita semua maka tidak hairanlah kejadian jenayah dan kemungkaran meningkat dengan ketara.
Satu perkara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW telah diabaikan oleh para ibu bapa pada hari ini dalam konsep mendidik anak-anak yang melakukan kesalahan. Pastinya keingkaran atau keengganan dari mematuhi perintah Rasulullah itu mengundang kepada kehancuran institusi keluarga, masyarakat dan negara. Cuba kita hayati sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

"مُرُّوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِيْنَ وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ".

Bermaksud : " Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah pada usia mereka sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka."

Apakah di kalangan kita terdapat individu yang tergolong kalangan orang yang dinyatakan oleh Rasulullah tersebut. Sekiranya ada sama-samalah kita membetulkan diri kita dengan menjadi manusia yang hormat serta patuh kepada Rasulullah. Tanpa kita sedari bahawa rupa-rupanya inilah perkara yang menjadi punca kepada segala permasalahan jenayah dan gejala sosial yang tak pernah kunjung hentinya. Sebab itulah walaupun berbagai program dilakukan oleh kerajaan bagi menangani situasi ini namun sudah pasti tanpa melakukan segala perintah dan tanpa akur kepada larangan Allah dan Rasul-Nya maka mustahil kemakmuran dan keamanan yang diidamkan akan dapat kita kecapi.

Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama, begitu juga dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah, menghasut dan memburuk-burukkan keburukan orang lain. Semua ini, boleh membawa kepada permusuhan dan menganggu gugat keharmonian dalam masyarakat.

Ingatlah sahabt2...jgn kita tlalu mharapkn org utk mlakukan prubahan tp mulakan dgn diri kita sendiri...berani utk mgubah diri kita..bukan hanya mampu utk mbanding bezakn kelemahn, kekuatan, pangkat dan harta shj...jgn hanya pndai bkata2 tp tdk berani mgotakan apa yg dikatakan...

One Response so far.

  1. dari ttg 'mask' kemudian terus menyambung ayat berkenaan nasihat menjauhi kemungkaran,pendapat saya dari fokus ttg 'mask ' boleh dilebarkan lagi cerita ttg suasana pc fair atau boleh di kaitkan kenapa perlu menjual 'mask' seolah mengambil kesempatan terhadap penderitaan dan permaslahan masyarakat yg telah berlaku .dan dimana peranan kerajaan dalam menanngi atau membendung hal ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails