.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...OGOS kembali melangkah...

salam...
dah lama ana tak update blog...rindu nak lihat post baru kat blog sendiri...alhamdulillah ada juga kesempatan yang ALLAH bagi untuk ana update blog nie...sebelum ana mulakan entry for my activities, I like 2 motivate and share something to all readers...ana nak muhasabah sedikit ttg aktiviti ana sewaktu bulan7 untuk kita sama2 mengingati antara 1 sama lain...
alhamdulillah, ana diberi peluang utk menerajui kepimpinan JPP di IPGM KPM...walaupun berat tp amanah dilaksanakan...kdg2 cukup memberi ana tekanan sehinggakn merasakan tiada siapa yg mampu menolong...dlm kegoyahn itu, hadirnya tangan2 yg menghulurkn bantuan...terima kasih SAHABAT...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.
Terima kasih YA ALLAH berikan aku kekuatan dalam menerajui liku2 jalan kepadaMU...banyak perkara yg ana belajar apabila diberi ujian....sibuk dgn urusan dunia...hal diri diperbualkan dlm kalangan kawan2 sendiri...akademik yg perlu dihadamkan dgn pemahaman yg baik...hal keluarga yg tidak boleh dicampuradukkn bersama emosi...kdg2 ana jd rindu pd arwah mak...tiada tempt utk bercerita...kdg2 suka,kdg2 duka, kdg luka...tp disitu ana dpt rasai kemanisannya...
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

ana yakin dan percaya...ujian memberikan ana kekuatan...isyaaALLAH...jika kita sabar dan yakin dgn pertolongan ALLAH..insyaALLAH bantuanNYA sentiasa dtg...alhamdulillah, ana dpt merasai kmanisan itu mllui result exam ana...walau dalm kesibukkan, ana masih diberi peluang untuk merasai apa itu kegembiraan...
akhir kalam, ana kembalikan pujian td kpd Yang Lbh Berhak…dituruti dengan doa yang pernah diajarkan Rasulullah SAW:
“Ya Allah, jadikanlah aku lbh baik drp apa yg mrk sangka dan ampunkanlah aku atas apa yg mrk tidak ketahui.” Amin.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails