.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...wanita = tulang rusuk yang bengkok...

Salam...semalam merupakan hari bersejarah buat sepupu ana...kak siti kerana telah mendirikan "masjid"...he3..walimah...ana xbkesempatan utk bsama2 mrasai kegembiraannya kerana ada perkara yg perlu ada selesaikn di IPGM...alhamdulillah...tlh selamat diijabkabulkan ptg semalam...lpas nie blh la blik mesir dgn teman shidup smati yea...ana doakan kak siti berbahagia ke anak cucu...tinggal lg setahun jea nak graduate dr universiti al-azhar...nasib baik, ana berkesempatan utk berjumpa dgn puteri ke-3 mak ngah nie..klu x, lpas nie xdpt la nak borak2 pjg lg...maaf la kak siti, gambar raya xdapt nak letak coz ada kat mp4 adik...gambar tunang xde dlm stok ana...nnt ana letak gambar kahwin kak siti jea lah yea..

sempena perkahwinannya...ana dedikasikan artikel ini utuk kak siti....semoga artikel ini mberi satu janaan utk kita sbgai seorg wanita adalah insan yg istimewa dan keistimewaan itu blh mberi kekuatan dalam mjalani khdupan seharian....al kisah buat SITI KHADIJAH dan SUAMI....

Sebuah hadis Nabi Sollallahu alaihi wasallam menyebut:


"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik."
(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Sesetengah orang berpandangan bahawa bengkok yang disebut di dalam hadis tersebut bermakna wanita itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik, suka buat perangai, leceh dan sebagainya. Akan tetapi, apakah maksud hadis tersebut sebenarnya?



Wanita yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu 'penyempurnaan' . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.

Tulang rusuk yang bengkok inilah yang melindungi vital organs di dalamnya...

Selain itu, maksud 'tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat 'rahmah'. Wanita itu sifat semulajadinya bersifat penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, wanita boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. Begitu jugalah di dalam masyarakat, wanita sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat 'bengkok' ini daripada wanita dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

Tanggapan negatif terhadap wanita perlu dikikis. Secara individu, kemampuan wanita untuk menjadi baik adalah sama dengan kemampuan lelaki. Kalau lelaki boleh capai taraf iman yang tinggi, begitu juga wanita. Kalau lelaki boleh mencapai tahap taqwa yang tinggi, begitu juga wanita. Cuma, wanita tidak boleh mencapai tahap iman atau ketaqwaan yang tertinggi iaitu tahap para Nabi dan Rasul. Tetapi mereka ini lelaki pilihan, lelaki biasa pun tidak boleh capai tahap tersebut. Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang wanita yang sempurna di sisi Islam, wanita perlulah dipimpin oleh lelaki kerana itulah kelebihan yang Allah sudah kurniakan kepada kaum lelaki sepertimana kelebihan sifat penyayang itu dikurniakan kepada wanita. Tidak ada diskriminasi dalam Islam.

Buat kaum wanita, artikel ini pasti membuatkan anda berasa bangga kerana dilahirkan sebagai seorang wanita(termasuk ana juga)...Teruskan pemburuan menjadi wanita solehah!

Buat kaum lelaki, semoga kalian menjadi seorang suami, abang, adik, ayah dan wali yang mampu melindungi dan menjaga wanita-wanita di dalam keluarga kalian...

"Kadang-kala kita perlu menangis untuk menghargai saat gembira dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata"

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Perempuan adalah pelengkap kepada hidup lelaki dan begitulah sebaliknya...sungguh cantik ketentuan Allah..

    Sudah menjadi Sunnatullah setiap benda di dunia ini ada pasangannya atau lawannya yang tersendiri seumpama hitam dengan putih, kurus dengan gemuk, tinggi dengan pendek. so lawan bagi perempuan yang lemah lembut adalah lelaki yang tegas barulah menjadi lengkap hidup ini...untuk menlengkapkan hidup ini maka syariat menyuruh kita semua berkahwin..

    Lelaki pula adalah sejenis makhluk yang lebih banyak bertindak dari bercakap manakala perempuan pula lebih suka bercakap..Tak percaya?? masa praktikum kat sekolah kita boleh nampak yang banyak bercakap adalah cikgu2 perempuan kalau nak dibandingkan dengan lelaki...begitu uniknya ciptaan Allah yang menjadi setiap manusia lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan dan kelemahan antara satu sama lain yang boleh dilengkapi hanya dengan perkahwinan..wallhua'lam

  2. Jarang terhimpun pada seorang wanita itu sifat cantik, cerdik dan terdidik...

    Ayuh!!!muslimah sekalian...tingkatkan amalan dan penguasaan ilmu untuk menjadi pemangkin ummah dan role model terbaik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails