.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...budaya ILMU vs budaya PEPERIKSAAN...

salam...

sekarang di IPGM seluruh Malaysia tengah dimeriahkan dengan situasi peperiksaan...ada yang sedang menjalani peperiksaan...ada yg sedang mbuat revision...& mungkin masih ada yang dalam angan-angan dan mimpi...ana nak buka skit minda pembaca entry ana berkenaan dengan tajuk "budaya ILMU vs budaya PEPERIKSAAN"....
secara mata kasarnya, jika dilihat budaya ILMU akan dipraktikkan apabila bermulanya musim peperiksaan...lebih menyedihkan apabila ada pelajar yang hanya menelaah buku hanya untuk mendapat markah @ pointer yang terbaik...bukan kerana memikirkan kepentingan sebenar ILMU pada diri sendiri...

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.
Menurut beliau :

"Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan."



Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan (spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda.Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan, mengejar sijil, diploma atau ijazah, atau memperoleh gred, markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Realiti sebenar IPGM masa kini

Kita pastinya tidak mahu bakal-bakal guru dihanyutkan dengan budaya hedonisme , menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan bakal guru sebagai penuntut ilmu dan penyebar ilmu apatah lagi guru merupakan aset penting dan pemacu kepada barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti. guru adalah model yang menjadi perhatian masyarakat. malahan pelajar juga tidak menghormati guru. lihat saja di dada-dada akhbar, semuanya salah guru.

Melihat realiti yang berlaku di IPGM sekarang, guru pelatih lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan, kebudayaan dan sukan semata-mata. Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak. Malang bagi guru pelatih pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat guru pelatih dan pihak atasan dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan guru pelatih. lebih menyedihkan aktiviti kerohanian dan moral dianaktirikan. tiada tindakan yang dikenakan. sedangkan FPK yang menjadi santapan pembelajaran setiap semester tidak dijalankan secara menyeluruh. masih ada lagi sahsiah guru pelatih yang perlu diperkemaskinikan dalam menjana modal insan keguruan yang sebenar. Seteguh mana modul Bina Insan Guru jika masih lagi ada guru pelatih yang tidak beretika di sekolah. sejauh mana pembinaan semangat profesion keguruan jika masih ada lagi guru pelatih yang mengeluh dan ponteng kuliah.

sejauhmana integriti guru, sama-sama kita nilai. kebanyakan daripada guru pelatih tidak mementingkan ilmu tetapi mementingkan elaun bulanan yg lewat masuk. apabila hampir peperiksaan barulah menelaah buku. budaya peperiksaan menjadi amalan guru pelatih..hanya menunggu soalan spot & menghafal. tidak memikirkan kefahaman dan kepentingan sebenar ilmu. guru adalah penyebar ilmu. kadang-kadang isu semasa pun tidak sedar dan tiada kesedaran untuk ambil tahu. aspek pembinaan minda kelas pertama telah diketepikan tetapi telah digantikan dengan pembinaan elaun kelas pertama.

Jadi, ana harapkan ada 1 perubahan positif dari diri ana sendiri, sahabat-sahabat ana sendiri serta barisan bakal guru yang akan menjadi peneraju utama kekuatan negara. Jangan kita ketepikan nilai-nilai sahsiah sebenar seorang guru..sejauh mana penilaian sebenar terhadap guru masa kini, ada pada diri anda..jangan hanya nila setitik habis susu sebelanga. sahutlah cabaran Abu Tayyib al-Mutanabbi :

“Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi”
----------------------------------------------------------

"Seorang cendekiawan dikatakan sebagai cahaya yang sebenarnya apabila dia benar-benar cendekiawan. Jadi, jika cendekiawan itu benar-benar cendekiawan dia harus memancarkan cahayanya ke seluruh dunia, dan jika cahayanya itu tidak menjangkau seluruh dunia ini, sekurang-kurangnya harus menerangi wilayahnya sendiri, kotanya, desanya, atau rumahnya. Cendekiawan macam apakah namanya kalau tidak mampu menerangi walau rumahnya sendiri?"
- Sayyid Jamaluddin al-Afghani

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails