.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...nikmatnya ZIKIR...

salam...ana doakan pembaca entry ana sihat walafiat dan sentiasa dalam keredhaan ALLAH s.w.t...last week ana ada balik rumah...after blik dari perkhemahan...sewaktu mengemas brg ana terjumpa tasbih dalam beg baju...tasbih yang arwah mak ana guna waktu di hospital...tiba-tiba ana teringat pesan arwah mak ana :

"kak, nnt selalu amalkan zikir setiap hari...sekurang2nya 100x sehari"

"knapa ma?"

"kak, dengan mengingati ALLAH hati kita jadi tenang"




Disebalik pesanan arwah mak ana itu, ada kelebihan yang tersendiri pada kalimah-kalimah suci yang menjadi santapan di hati dan bibir arwah setiap hari...ada kelebihan yang ALLAH berikan...dipermudahkan lagi dengan bila-bila masa boleh dilakukan...

bertepatan dengan surah ar-ra'd ayat 28 mafhumnya :

"yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram"

------------------------------------------

Jumaat يا الله -Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.
Sabtu لااله الا الله -Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.
Ahad يا حى يا قيوم -Dipelihara imannya oleh Allah.
Isnin لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم -Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.
Selasa اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد -Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.
Rabu أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه -Dihapuskan 1000 dosa.
Khamis سبحان الله العطيم وبحمده -Tumbuh tanaman syurga baginya.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails