.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...bubur asyura&tragedi KARBALA...

salam...
sedikit perkongsian untuk pembaca entry ana...kaifa haluki/ka???ana harap sahabat2 ana sentiasa brada dlm keredhaan ALLAH s.w.t...untuk entry kali ni ana nak imbau semula kisah peperangan KARBALA...KARBALA???apa yeaa....mcmana ana blh dpt nama nie??...ceritanya begini:
skrg ana tgh nak habiskan buku tulisan "KETUPAT CINTA" karya Faisal Tehrani...1 kisah politik dapur yg banyak mberi input kepada pembaca...mbuatkn ana meninggalkan buku2 akademik dan mjdi bacaan ana sblm tidur..mcm sleeping story la plk..tapi klu dah baca xblh tido....itu mmg kebiasaan ana coz ana xde waktu@ruang utk bacaan ringan kerana kesibukan dan mpunyai keutamaan yg perlu didahulukan pada siang hari...ttpi alhamdulillah kesempatan masa 24jam yang ALLAH s.w.t berikan mampu utk ana mhayati keindahan sastera itu sendiri...
Novel berjudul Ketupat Cinta ini juga memuatkan lebih 10 jenis makanan, sayangnya tiada satu makanan pun bernama ketupat.. Antara menu makanan di dalam novel ini adalah bubur asyura, gulai batang pisang, asam pedas, nasi lemak, laksa champa, sambal kentang, lemak nangka dan lain-lain.. Sesungguhnya cara olahan untuk setiap makanan tersebut menarik dan kreatif...
Tapi kali ini ana nak cerita tentang
BUBUR AS-SYURA&TRAGEDI KARBALA...

TRAGEDI KARBALA
Tragedi Karbala terjadi pada 10 Muharram 61 H. Peristiwa ini dikenal dengan peristiwa Asyura. Hampir semua kaum muslimin di Malaysia mengenal Asyura. Peristiwa Karbala adalah peristiwa dimana kebenaran dengan kebatilan, keadilan dengan kezaliman saling berhadapan. Semestinya tidak ada seorang pun muslim yang meragukan peristiwa ini, yakni dengan bersikap neutral. Ketika Al-Husein bin Abi Thalib (sa) dan pasukannya berhadapan dengan Yazid bin Muawiyah dan pasukannya, maka ini bererti telah berhadapan antara kebenaran dengan kebatilan,keadilan dengan kezaliman, para pecinta jabatan dengan pecinta Allah, dan pelahap dunia dengan pengharap akhirat. Dua kubu ini tidak pernah bersatu sejak zaman para nabi terdahulu, sejak zaman Rasulullah saw hingga zaman kita sekarang, bahkan sampai akhir zaman. Jika terjadi kedua kubu ini bersatu, itu adalah kepura-puraan dan kemunafikan, bukan perjuangan kebenaran dan keadilan yang sejati.

Imam Ali bin Abi Thalib (sa) pernah berkata: Ketika telah berhadapan antara pasukan kebenaran dengan pasukan kebatilan, keadilan dengan kezaliman, kemudian ada orang yang netral maka doronglah ia pada musuh. Kebenaran ini telah membuktikan keberadaannya dalam kehidupan kita sekarang. Sekiranya dalam perjuangan ummat Islam di dunia tidak ada mereka yang neutral, para pencari jabatan dan pelahap dunia, nescaya Islam dan ummatnya sudah berjaya sejak dulu, dan Israil tidak menguasai ummat Islam.

Kejadian inilah yang dialami oleh pejuang kebenaran dan keadilan, Al-Husein (sa) cucu tercinta Rasulullah saw dikhianati oleh orang-orang Kufah yang awalnya berjanji untuk berbaiat kepadanya, tapi ternyata mereka menghadang Al-Husein (sa) dan rombongannya dengan hunusan pedang. Mengapa mereka berbalik 100%? Kerana mereka mengharap janji-janji Yazid dan Ibnu Ziyad berupa jabatan dan dunia. Di sisi yang lain mereka mengenal bahwa pribadi Al-Husein (sa) bersikap tegas terhadap para pengharap jabatan dan pelahap dunia, tidak pernah kompromi terhadap kezaliman dan kebatilan.

Pada 81H/680M, di tempat yang disebut Karbala di pinggir Sungai Eufrat, pasukan Yazid ibnu Muawiyah di bawah komando ibnu Ziyad mengepung Imam Hussain dan rombongannya. Seluruh laki-laki dalam keluarga Hussain kecuali puteranya yang masih kecil, Zainal Abidin, terbunuh. Hussain dipenggal dan tubuhnya dipotong-potong. Kemudian kepala Hussain dibawa kepada Yazid bin Muawiyah. Yazid menangis di atas kejadian tersebut. Dia kemudian berkata, "Sebenarnya saya sudah berasa puas terhadap ketaatan kamu tanpa harus membunuh Hussain, semoga Allah melaknati ibnu Sumaiyah (Ibnu Ziyad), demi Allah seandainya saya menyertainya pasti saya akan memaafkannya dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Hussain."

Tujuan Imam Husayn AS Bangkit Menentang Yazid:

Antara kandungan surat Imam Husayn AS kepada saudaranya Muhammad al-Hanafiyyah:

..." Aku keluar [mengangkat senjata menentang Yazid] bukan kerana berasa iri hati dan tidak kerana marah dan bukan kerana mahu melakukan kerosakan atau bukan juga kerana mahu melakukan kezaliman. Tetapi aku keluar untuk menentang [Yazid] hanya semata-mata untuk membawa islah kepada ummah datukku Rasulullah SAWA. Aku mahu menegakkan yang ma'aruf dan nahi mungkar dan memimpin ummah [ke jalan kebenaran] sebagaimana yang telah dilakukan oleh ayahku [Imam Ali AS] dan datukku [Muhammad SAW]."

Antara ucapan Imam Husayn AS sebelum keluar dari Mekah bagi meneruskan perjalanan ke Iraq:

" ......Segala puji bagi Allah, barang yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada kekuatan yang lain melainkan Kekuasaan Allah, selawat dan salam kepada RasulNya. Garisan maut ke atas Bani Adam umpama garisan perjuangan bagi pemuda satria. Bermula keadaanku hingga akhirnya sebagaimana kepimpinan Ya'akub yang diwarisi oleh puteranya Yusuf. Sebaik-baiknya bagiku ialah perjuangan dan cahaya bumi Karbala bergemerlapan. Tidak dapat kalam menggambarkan apa yang telah terjadi pada hari ini...."

Dalam perjalanannya menuju Karbala Imam Husayn AS mengungkapkan ucapan yang menggariskan pendiriannya untuk menegakkan Islam:

"Sesungguhnya dunia ini telah berubah dan mengingkari haq, kebenaran telah ditinggalkan, tidak ada lagi yang tinggal padanya melainkan semut-semut di bekas-bekas makanan. Demikiannya tandusnya kehidupan sebagai penggembala kehilangan ternakannya. Tidakkah anda melihat kebenaran dan kenapa tidak melaksanakannya? Akan tetapi kebatilan dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan....untuk menggembirakna seorang beriman dalam pertemuan dengan Allah... ianya suatu kepastian. Sesungguhnya aku tidak melihat kematian dan maut yang mendatang melainkan dengan penuh kebahagiaan, hidupku bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta api yang membakar. Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba dunia dan agama hanya berputar di lidah-lidah mereka demikian jalan kehidupan yang dijalani oleh mereka, maka apabila mereka ditimpa dugaan lantas mereka berkata telah hampirnya kami kepada kematian."


KETUPAT CINTA
SIRI 4: BUBUR RATAPAN ASYURA
FAIZAL TEHRANI
Tuan Guru Nuh Ha Mim membelai jambang putihnya.”Kita memikir bagaimana kiranya untuk membuat orang Melayu Islam itu mengingat akan Ahlul Bait atau keluarga Nabi Muhammad saw.Mengingat ia akan ‘Asyura.”

Sultan Alauddin bersuara jelas.”Apa yang ingin diingat pada ‘Asyura itu Tuan Guru?”Tuan Guru memandang kepada kita.”Tun Lepat,ciptakan satu makanan,nasi menangis katakana.Hendaklah pada makanan itu ada tujuh peringatan tentang asyura.”

Kita pun pulang ke istana bersama baginda sultan.Serasa-rasa inilah kerja dan ciptaan makanan paling mencabar sepanjang sejarah kita menjadi gerau.Setelah memikir-mikir lama,maka kita menetapkan harus ada pada bubur itu bawang putih kerana dengan putih itu akan kita semua ingat hitamnya Yazid penguasa yang merancang pembunuhan Imam Husin,cucunda Rasulullah yang disembelih pada sepuluh Muharam.

Hitamnya Yazid itu juga kerana Yazid dan pewarisnya setiap kali khutbah Jumaat maka diperintahkan khatib untuk mencerca dan memaki hamun Ahlul Bait.Kita tahu benar sejarah mencatatkan kerja menghamun keluarga Nabi Muhammad ini hanya berhenti untuk tempoh tidak sampai dua tahun ketika pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang wara’ itu.

Dalam bubur yang kita cipta itu harus ada bawang merah kerana dosa Yazid yang banyak menumpah darah.Di sebalik beras kita masukkan dua cangkir biji gandum.Itu kerana kita hendak menunjukkan betapa banyaknya penyimpangan sunnah dan pembuatan bid’ah yang dilakukan Yazid bin Muawiyah.

Gandum dalam beras;tidakkah namanya bid’ah besar dan pelanggaran sunnah bila dia itu mengambil takhta pemerintahan daripada Muawiyah bapanya.Dialah penerus pemerintahan beraja yang tidak pernah dikenal Islam.Dialah penerus tatacara hidup Rom dan Parsi dalam bidang siasah.

Kita masukkan pula halia dan lada hitam supaya orang yang mengecap bubur ratapan ‘Asyura itu mengenang betapa Yazid tidak bertaubat.Kerana Yazid itulah punca tujuh putera Saidina Ali dibunuh dalam satu hari iaitu antara lain Saidina Husin,Saidina Abbas dan Saidina Jaafar.Semuanya disembelih.Di Karbala itu jugalah dua cicit Rasulullah yakni anak Saidina Husin yang masih anak-anak dicincang.

Juga terkorban anakanda Saidina Hasan iaitu Abdullah,Abu Bakar dan Qasim.Moga-moga bubur ‘Asyura itu membawa orang mengenang riwayat Abu Burdah seperti dinukil Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah.Harus pemakan bubur itu mengingat betapa Yazid bin Muawiyah itu menjolok-jolok dengan tongkatnya ke mulut dan gigi Imam Husin yang kepalanya sudah terpenggal.

Kita masukkan juga kacang yang tuan-tuan namakan kacang kidney untuk penjamah bubur mengingat betapa Yazid itu dosanya bukan di Karbala sahaja tetapi dosanya juga kala mengutus Muslim bin Uqbah serta Husain Numair al Sakuniy untuk membantai Abdullah bin Zubair dan pengikutnya yang berkubu di Mekah.

Abdullah bin Zubair itu seingat kita anak Asma’ binti Abu Bakar dan Zubair bin Awwam.Ketika ingin menawan Abdullah bin Zubair itu kota Mekah telah dikepung,Kaabah yang mulia ditembak dengan manjanik hingga rosak dan terbakar kelambunya.Kacang Kidney itu peringatan akan kezaliman Yazid.Kemudian kita berikan jua ramuan kacang tanah lantaran dosa Yazid menyerang kota Madinah pada tahun enam puluh tiga hijrah,

‘Tanah’ itu melambangkan Madinah sebagai tanah haram yang dicabul tentera Yazid.Adapun kota itu disserang di bawah arahan Muslim bin Uqbah.Kejadian serangan ini dinamai dalam sejarah sebagai Waqi’ah al Harrah.Tentera Yazid di bawah pimpinan Muslim bin Uqbah telah bermaharajalela dan bukan sahaja membunuh delapanpuluh sahabat pengikut perang Badar dan tabien di situ,malah telah membiarkan askarnya merogol gadis dan wanita di Madinah sehingga diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Madaini yang dipetik dalam tazkirah,lebih seribu orang wanita hamil…

Tujuh ribu tokoh muslimin dibunuh,sepuluh ribu rakyat Madinah termasuk seribu orang Ansar dan lapan ratus kaum Quraisy dibantai.

Moga-moga Melayu-Islam yang makan bubur ‘Asyura itu teringat betapa Rasul pernah bersabda seperti diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim,Ibn al Jauzi dan Imam Hanbali yang: “Barang siapa menakut-nakuti penduduk Madinah dengan kezalimannya,Allah akan membuatnya takut dan baginya laknat Allah,para malaikat dan manusia semuanya.Di hari akhirat kelak,Allah tidak akan menerima amal perbuatannya.”

Tidaklah kita tahu kalau membunuh dan merogol orang di Madinah itu terlepaskah daripada hadis ini melainkan mendapat laknat Tuhan jua.Pada bubur ratapan itu juga kita masukkan kacang kuda,kerana terkenanglah kita yang al-Damiri dalam Hayatul al Hayawan,dan al Mas’udi dalam Muruj al Dzahab,mengatakan Yazid itu amat haiwan khususnya menyayangi monyet peliharaannya,ter masuk anjing-anjing yang diberi minum dengan tangan sendiri sedang keluarga Nabi Muhammad ketika dibantai tanpa belas kasihan di Karbala terbiar kehausan sampai syahid.

Harapan kita setelah orang makan bubur ratapan ‘Asyura itu orang Melayu akan tegas menolak Yazid kerana Yazid adalah pemerintah zalim,dan raja zalim harus disanggah.Kata-kata itu Tuan Guru Nuh Ha Nim yang empunya.Islam tidak membenarkan kezaliman malah Rsulullah dating membawa keadilan.Imam Husin telah mengorbankan dan keluarganya untuk membolehkan kita melihat kezaliman Yazid ini.Harapan kita oleh makan bubur ‘Asyura itu akan ingatlah orang setiap hari adalah ‘Asyura,setiap tempat adalah Karbala,dan setiap Muslim harus ingin menjadi Husin,kalau tidak syahid harus ia menjadi Zainab,adiknya yang meneruskan perlawanan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Karbala adalah perjuangan untuk menegakkan cita-cita ajaran Islam bersama kemanusiaan sejagat. Imam Hussain telah mengingatkan kita bahawa menegakkan yang hak itu bukanlah dengan menunggu kehadiran Imam Mahdi. Tetapi kita sebagai kaum Muslim, diingatkan untuk merebut hak kebenaran itu. Kebenaran tidak akan mengalahkan kebatilan, jika kebenaran itu tidak diperjuangkan.

+_+ SELAMAT MALAM +_+

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails