.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...KASIH seorang AYAH...

salam alaik buat sahabt-sahabt dan pembaca blog ana yang setia menunggu post-post ana di dalam blog ana nie...ana doakan kalian sentiasa dibawah naungan nikmat dan rahmat ALLAH s.w.t...alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit kenangan dalam laman maya nie...laman ana ini bukanlah diary harian tp 1perjalanan yg dapat ana kongsikan dalam meraih nikmat sebenar kehidupan...

alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untuk pulang ke kampung hari sabtu yang lepas...ana mmg xrancang untuk pulang ke kampung sebab ana ditaklifkan sebagai salah seorang fasilitator untuk "Tamrin Kepimpinan Nuqaba' 2010"...1perancangan yg telah ALLAH caturkan...klu difikirkan sibuk, mmg xdpt la ana balik kg...ptg jumaat, ayah ana call untuk ana pulang jg ke rumah...(nada memujuk)ana kata insyaALLAH...klu da rezki sampai jg...sempat la jg ana sakat ayah ana kata rindu kat ana ke?...ayah ana kata xkanlah RM3.60 pun xde nak balik kg...yealah rumah dengan kampus sekangkang kera...tapi susah juga nak balik...sedih plk ana bile ayah mula sesi tawar menawar nie...disebabkan adik ana nak balik ke Penang hari sabtu...ana cuba jg selesaikan tugas ana pada pagi Sabtu untuk menikmati keindahan "sunrise" atas dasar assigment yang perlu dilunaskan sebelum praktikum...

ALLAH permudahkan urusan, ana sampai jg dirumah jam 3petang...pkul 5petang adik ana nak bertolak pulang ke kampus di Penang...ayah ana ambik kat bus stop coz ana tak nak menyusahkan ayah ana untuk ambik ana di Tampin...




-----------------------
Ana terus bersalam dengan ayah....

Ayah : sihat tak nie?
Ana : Alhamdulillah, shat...
Ayah : Kenapa muka pucat jea?makan tak tadi?
Ana : Mana ada...akak sihat jea..da makan kat Tampin tadi...
Ayah : Jgn tahan-tahan makan..ikut masa makan...nie muka mcm tak cukup tidur jea
Ana : Mana ada akak catu makan...akak ikut jea suma pesan ayah

(monolog : boleh tahan ayah ana nie, blm sampai rmh dah bg tazkirah lima minit kat bus stop..he3)
------------------------

waktu malam lepas isyak...ayah ana tengok bola...ana da xlarat tahan mata nak sharing story aktiviti ana di kampus

Ayah : knapa mcm letih jea ayah tengok?
Ana : penat naik bus rasanya...
Ayah : vitamin ayah beli makan x?
Ana : makan...ayah jangan risau
Ayah : jgn la sampai xpikir diri sendiri bile buat keje...jd ketua pelajar pun klu diri xterurus mcamana nak urus org bawah...
Ana : yea...ayah jangan risau k...akak kan anak ayah..cuma banyak perkara nak kena buat...
Ayah : ingat...semua tu adalah cabaran...itulah latihan sblm ke peringkat seterusnya...itu belum lg jadi cikgu...baru pelatih jea...byk2kn bsabar...solat dan doa selalu...
Ana : Yes, bos...he3

(monolog : ya ALLAH, risaunya ayah pada aku)
-------------------------

hari ahad

Adik : kejapnya, kak ina nak balik dah
Ana : yea la..cuti da habis
Ayah : ayah hantar sampai Tampin, nnt naik bus ke Melaka boleh?
Ana : boleh jea, akak tak kisah...

Sampai di traffic light antara Tampin @ Melaka,

Ayah : dik, kita pi Melaka nak x?
Adik : tak nak la....

Ayah terus bagi signal untuk ke Melaka...

Ayah : Biskut ada x???
Ana : Xpelh ayah, biskut ada lagi....
Ayah : Pagi sarapan tak nie?
Ana : Sarapan...
Ayah : Nak singgah MyDin x??
Adik : Nak singgah...
Ana : ;-)
-----------------------------------

Lepas membeli barang keperluan di MyDin...

Ayah : Asingkan la barang dalam satu plastik...nnt senang
Ana : Akak xbeli apa pun...xpelah, biarlah adik bawa balik...makanan akak ada lagi
Adik : Ayah belikan kak ini, air kotak milo, air kotak anlene dgn ubat nie....
Ana : Banyaknya air...ubat pe 2?
Ayah : Milo atau susu boleh minum time pagi...Habbatussauda' minum buat minuman panas...minuman bg cergas skit...mcmana pemimpin nampak lemah jea...
Ana : Yealah ayah...akak kuat lg nie..he3
Ayah : Jgn xminum plk nanti...mbazir jea beli nnt...
Ana : Yes, boss....

(monolog : ana tahu yg ayah mmg tahu ana xboleh nak minum teh, kopi atau nescafe..mmg dah dididik dari kecil...sebelum pi sekolah n sebelum tidur kene minum susu sampai ana form 5...2yg perut xblh nak trma mnuman berkafein nie...hati ana makin sayu...rasa sayang sangat...terasa kasih ayah...)

-----------------------------------

kepulangan ana ke rumah pd minggu lepas mberi 1semangat baru untuk ana teruskan perjalanan kehidupan ana sebagai seorg pelajar dan anak....walaupun sudah tiga tahun arwah mak ana pergi...tp ayah ttap setia mbesarkan anak-anaknya...walau apa jua caranya, tetap memberi kesan yang mendalam pada diri ana...kasih seorang ayah mengalahkan segala-galanya...terima kasih, ayah....akak sayang ayah...

"kasih ayah kekal selamanya"

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. sayu,,sedih..jeles..huhuhu

  2. Unknown says:

    salam . bergenang air mata apabila tahu rupanya antum kehilangan seorg insan luar biasa. ammar doakan terbaik buat antum dan keluarga antum. salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails