.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...adakah anda pemimpin?...




IPGM KPM telah menerima dengan rasminya, pimpinan baru pada 060309 yg lalu...ana juga telah diberi amanah yg cukup besar dalam menggerakkan dan memajukan JPP dan warga IPGM KPM...jika difikirkan ana dapat rasa betapa beratnya amanah yg diberikan sehinggakn sewaktu ana menandatangani watikah dihadapan saksi...ana masih lagi meragui potensi ana...walaupun mengikut undinya ana diberi kepercayaan yg cukup tinggi oleh guru pelatih IPGM KPM...malam sebelum ana nak diwatikahkan ana muhasabah semula diri ana..ana perlu buat lonjakan perubahan yg mampu memberi kesan yg positif dalam diri ana, persekitaran sekeliling dan masyarakat yg ana pimpin...ana mohon diberikan kekuatan..mungkin ini 1rentetan hidup ana dalam menyelusuri ke alam akhirat..ana harap doa dari kalian mampu membuat ana lebih amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas ana...

Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik. Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin.


Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.


Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin. Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda:







Maksudnya :

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” [1]

Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.



Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum

Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib

Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.

Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.

Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan

Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram. Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak.


Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata. Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya...

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya. Sesesorang pemimpin hendakah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Ia tidak harus bersikap sombong dan mementingkan diri hingga kedapatan rakyat yang hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Akhir kata, pesanan nie utk ana juga dan semua pemimpin-pemimpin...dan ketahuilah..setiap kamu adalah pemimpin terhdap diri kamu sdiri..

salam pemimpin,
sakura putih
9.13pm
070309

4 Responses so far.

  1. selamat bjuang..smoga enti dpt menyuburkan roh2 Islam di bumi ipgm kpm ni..insyaAllah..

  2. truskan pjuanganmu...semoga enti dpt trus mnyburkan roh2 Islam di bumi ipgm kpm ni..insyaAllah..

  3. Bila kita merasa diri kita tidak layak untuk jadi pemimpin itu adalah normal. laksanakan ikut kemampuan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Yakinlah bila kita menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita. ( Surah Muhammad: ayat 6) Selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga dipermudahkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails